BAB 6

Humor Completed 20161

“Woi asal kau senyum sorang-sorang ni? Nak cakap tengah tengok television tak pulak elok je tv tu off” sapa Syamil. Dia menekan butang on pada remote. Serta merta screen television yang malap itu bertukar menjadi warna-warni.

“Kau sampai bila nak duduk rumah aku ni?” belum pun sempat Yazid menjawap pertanyaan yang pertama dirinya dihujani dengan soalan yang lain

“Kau nak halau aku ke?” ada nada rajuk dihujung suara itu.

“Lebih kurang la”

“Sampai hati kau, kawan tengah bermasalah bukan nak tolong”

“Aku tak kesah sebenarnya tapi kau faham je la. Rumah aku ni ada perempuan tak manis la. Lagi-lagi korang ni bukan muhrim. Aku tak nak la ada fitnah yang terbang nanti” Syamil melahirkan kebimbangan nya.

“Aku tahu. Lagipun aku kesian dekat kau yang dah 3 hari tak kerja. Tak keluar rumah bila aku dan Cantik ada dekat rumah. Terharu aku dengan pengorbanan kau. Kau la sahabat sejati aku” lantas Yazid memeluk tubuh Syamil. Lagaknya seperti sudah lama tak jumpa. Erat.

“Weh. Gila ke?” marah Syamil dia menolak keras tubuh Yazid. Ish kawan aku sorang ni perangai macam budak-budak.

Yazid mengeluh perlahan.

“Kau kenapa?” Syamil hairan melihat perubahan Yazid yang tiba-tiba.

“Mil aku serius nak ambik Cantik jadi isteri aku” luah Yazid

“Aku sayang gila dekat dia. Kau tak tahu Mil, aku setiap hujung minggu mesti turun Shah Alam skodeng Cantik. Dapat tengok dari jauh pun jadi la. Nak tegur takut nanti dia buat-buat tak kenal aku pulak. Dia tu bukan boleh jangka. Kalau aku kawin dengan Cantik tak adalah mama aku bising nak menantu. Aku rela berbujang la dari kawin dengan Tipah tu.” Syamil tersenyum.

“Aku tahu tu. Aku dah syak bila aku terserempak dengan kau dekat shah alam bulan lepas. Ada meeting la katanya. Buat-buat terserempak konon. Menyampah kau” Syamil ketawa. Yazid sudah pun tersengih. Malu bila aktiviti mingguannya bocor.

“Kau kalu betul serius nak dekat adik aku kau cakap la dekat dia. Aku on je” Syamil menepuk bahu Yazid. Bersinar mata Yazid mendengar kata-kata Syamil.

“Kau serius?”

“Serius la. Asal kau tak suka ke?”

“Eh tak-tak aku tanya je. Mesti la aku nak. Dah lama aku mengidam nak buat adik kau tu jadi bini aku” Yazid ketawa gatal.

“Kau jangan nak fikir bukan-bukan pulak” marah Yazid.

“Ish mana ada la. Tapi kenapa baru sekarang kau bagi. Dulu aku mintak kau tak bagi?” Yazid melahirkan keraguan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience