3. Kelahiran Baru

Fantasy Series 11387

"pohon kelahiran! semua ahli magis pergi berhampiran dengan portal itu dan bantu peri bunga disana sekarang." perintah cindy.

zelos, cindy dan nalisa juga turun ke situ untuk menyambut nadine.

"patutlah sebulan dua ni vampire jahat itu tidak mengacau desa kita rupanya dia ada niat lain. taman peri huh" cindy berucap

"kau jangan lasak dan terlebih guna magis sangat cindy. kau tu hamil!" pesan cindy

"aku cuba nalisa tapi aku tidak boleh janji kerana itu tabiat. hahaha " gurau cindy.

portal itu berjaya menghantar pohon kelahiran ke desa baru. terlihat nadine keluar meminta bantuan para magis. "mohon gunakan magis penyembuhan kalian. sembuhkan peri bunga berkepak perak. itu peri bunga penyembuh." cindy meminta para ahli magis menyedarkan peri bunga.

"nadine! lihat pohon kelahiran. pohon itu makin memudar. terus salurkan magismu. aku akan membantumu.. kita akan lakukan semampu kita sementara menunggu ahli magis ini sembuhkan para peri bunga yang lain. " pinta alfas

"nadine!" jerit nalisa dan cindy serentak.

"kalian aku mohon bantu aku pulihkan pohon kelahiran. pohon ini hanya tinggal tunggu detik untuk melahirkan si kecil peri bunga." nadine memohon

"nalisa kau bantu nadine. aku bantu para ahli magis." terang cindy dan nalisa mengangguk.

"O the guardian of heaven gate, the holy only gate. I ask you to open the gate and send to me my beloved beast! phoenix!" cindy menggunakan mantera pemanggil beast untuk menyembuhkan para peri dengan pantas.

akhirnya phoenix muncul dari kumpulan cahaya. phoenix menggunakan air matanya untuk mengubat para peri dan semua peri telah sedarkan diri lalu membantu nadine salurkan magis pada pohon kelahiran.

setelah para peri stabilkan magis didalam pohon kelahiran dan warna pohon kembali seperti sedia kala, nadine terduduk dan alfas menyambutnya. " awak ok nadine" tanya alfas

nadine senyum " awak panggil saya apa? nadine? bukan lagi pendek? " gurau nadine

alfas tersenyum setelah terkantoi menyukai nadine secara senyap.

" pohon kelahiran menunggu detik?" tanya cindy.

"ya, pohon kelahiran hanya menunggu detik. boleh kamu adakan pesta penyambutan. aku mohon. peri bunga adalah peri yang ceria. aku tak mahu merosakan tradisi ini. mohon bantu aku cindy" nadine memohon

" kalian mendengarkannya ahli magis sekalian? sebarkan berita ini. beritahu semua rakyat. kita akan adakan satu pesta meraikan kelahiran si kecil peri bunga. mungkin kali pertama untuk kalian melihatnya. ini adalah peluang emas buat kalian. " ucap cindy pada elf si ahli magis.

selepas itu, berita pesta dadakkan diadakan. walaupun pesta ini diadakan secara tiba-tiba, terlihat suasananya sungguh meriah. semua rakyat jelata hampir tiba dan persiapan pesta semua telah siap dijalankan.

alfas dari tadi sibuk mengejar tertua pahlawan peri bunga yang membelot puaknya. tertua peri itu bukan mudah juga untuk ditewaskan. tapi bukan mudah juga untuk tertua pahlawan itu untuk melawan seorang angkatan tentera yang mengetuai barisan hadapan suatu masa nanti. akhirnya si pengkhianat puaknya itu tewas dan dikurung didalam sebuah tempat. alfas tersenyum walaupun lengan terluka hasil dari letusan magis lawannya tadi.

setelah pohon kelahiran cukup matang, bunga bunga yang mengandungi peri bunga mula mengugur menandakan anak peri bunga sudah mula di lahirkan. semua peri bunga gembira sekali dengan kelahiran si kecil termasuk juga rakyat jelata desa baru. semua bayi peri bunga disambut riang.

"terima kasih semua. aku, bondaku dan semua peri bunga menyatakan terima kasih atas jasa kalian di desa baru. anak muridku. kini ku kembali kepada kalian. aku akan menjadikan kalian kuat dan bersiap untuk perangnya nanti" ucap nadine berterima kasih pada warga desa baru dan setelah mendengar ucapan nadine, ahli magis gembira akhirnya mereka boleh belajar magis penyembuh yang kuat dari nadine.

"ucapan yang hebat puteri peri bunga" gurau bondanya yakni permaisuri peri bunga. "terima kasih ya cindy dan nalisa membantuku dan yang lain untuk selamatkan pohon kelahiran." sambung permaisuri.

"kita dua kerajaan hendaklah menolong sesama kita, tak gitu wahai permaisuri" gurau cindy.

"cindy, sejak sudah menjadi permaisuri sudah pandai bergurau dengan bonda ya" ucap permaisuri dan disusuli dengan tawa semua disitu.

"bonda, kenalkan ini suamiku dan raja desa baru. zelos caranel" terang cindy dan zelos tundukkan kepala tanda hormat.

"panggilku bonda sahaja. aku sudah dengar cerita kalian dari nadine dan baguslah idea kalian membuka desa baru kerana hanya kerajaan kita berdua sahaja yang masih tegak berdiri" terang permaisuri.

selepas mendengar bualan bondanya dengan cindy, nadine telah keluar dan memberi ruang pada mereka untuk berbual. alfas telah datang pada nadine dalam keadaan terluka.

"alfas, kamu kenapa luka luka?" tanya nadine.

"aku luka luka hanya untuk memberikan kamu hadiah. hadiah istimewa untuk kamu dan kerajaan taman peri." jelas alfas.

nadine keliru dan alfas meminta untuk berjumpa dengan permaisuri. setelah berjumpa dengan permaisuri, alfas menerangkan selepas sahaja mendengarkan bahawa nadine baukan sesuatu berunsur pengkhianatan. oleh itu alfas terus berwaspada dalam setiap langkahnya sehingga berlaku suatu luar jangkaannya apabila mendengarkan titah agar para pahlawan yang akan membuat kerja perahan buah kerana tenaga pahlawan lebih kuat berbanding yang lain dan ternyata itu semua adalah helah untuk semua tertidur setelah minum air air buah pesta meraikan si kecil kerana tertua peri pahlawan tahu bahawa permaisuri tidak akan menolak air minuman yang sama dengan rakyatnya. jadi itulah kesempatan keemasanya. namun itu semua tidak perlu dirisaukan lagi kerana dia telah menangkap pengkhianat itu.

"bagus duhai pahlawan elf. bawanya berjumpa dengan kami" perintah permaisuri.

alfas telah membawa tertua pahlawan peri yang mengkhianati puak peri bunga menghadap permaisuri peri bunga dan raja desa baru.

"kau mengkhianati aku Luinn. kau sepupu ku. membesar sama-sama dan berkuasa sama-sama. apa yang buat kau berpaling tadah padaku." tanya permaisuri

"aku bencikan kau. kau tahu bahawa peri bunga pengkaji sedang berada di luar kawasan taman. kenapa kau sanggup bina pendinding tanpa menunggu mereka pulang." marah luinn

"kau tahukan jika aku tidak bertindak pantas akan begitu ramai peri bunga akan mati, mungkin pohon kelahiran juga akan musnah. mereka ku beri penghormatan yang ikhlas. sesungguhnya mereka berkorban demi keselamatan peri bunga" permaisuri terus marah akibat perintahnya dipertikaikan.

"adakah kau tahu bahawa ada adikku menyertai kajian itu. dia mati di tangan vampire. mereka menghantarkan kepalanya sewaktu penyusupan itu berlaku didepan mata aku. apa kau tidak mempunyai perasaan wahai permaisuri. adikku itu sepupumu jua" terang luinn dalam keadaan teresak-esak.

"maafkan aku, yang salah tetap salah. kau akan ku kurung dalam sangkar peri!" nyata permaisuri.

selepas hukuman dijatuhkan. semua beredar membiarkan permaisuri untuk tenang membaca spell untuk mengurung luinn kerana luinn adalah tertua pahlawan dan kuasanya bukan sebarangan.

nadine berjalan dengan alfas di pekan desa baru. terdapat pelbagai jualan disitu. dari makanan hinggalah ke jualan senjata dan perhiasan. nadine tertarik dengan satu bau herba yang membawanya ke lorong-lorong terpencil. setiba dia di hujung jalan. dia dan alfas melihat satu kelibat wanita dan wanita itu tersenyum. nadine dan alfas terpaku melihat kecantikkan yang ada pada wanita tersebut. wanita itu memanggil nadine dengan melambainya.

"wahai puteri peri bunga ambilah ini. ini adalah permata dewa. permata ini harus diberikan pada permaisuri desa baru. sang putera perlukan ini. aku harus mengubahnya menjadi bunga agar cindy tidak mengetahui identiti diriku. pesan padanya bahawa mamanya selalu merindukannya. suatu hari kami pasti akan bersatu." pesan wanita itu yakni permaisuri kerajaan langit.

nadine dan alfas terkejut bahawa wanita itu adalah permaisuri kerajaan langit. mereka menundukkan diri tanda hormat pada permaisuri itu " jadi anda adalah permaisuri kerajaan langit? baguslah. wahai permaisuri, marilah kita ke istana. cindy amat merinduimu dan berikan ini pada cindy" pelawa nadine dan ingin mengembalikan permata dewa itu.

"tidak, aku takut kejahatan mengetahui langkahku. jaga cindy sebaik mungkin. jangan tinggalkan dia keseorang. dia hamilkan putera yang menjamin kedamaian." pesan permaisuri itu.

nadine terkejut dengan berita yang disampaikan oleh permaisuri kerajaan langit itu dan dia melihat permaisuri itu memesan sesuatu pada alfas dan alfas kebingingan lalu tersenyum melihat nadine.

"kamu adalah elf yang menyelamatkan puteri peri bunga itu bukan? takdir kamu juga penentu kedamaian. jaga puteri peri bunga itu. jaga dia baik-baik. jangan biarkan dia terluka kerana anakmu akan menjadi sepertimu tetapi magisnya mengikut puteri itu dan peri bunga itu bukan peri bunga biasa. ambil cincin ini, cincin ini ku hadiahkan kepadamu dan puteri peri itu. jika kalian sedia untuk aktifkan permata dewa itu nanti, kalian akan tahu kegunaan cincin ini" terangnya pada alfas.

"ingat pesanku. jaga cindy dan kandungannya sebaiknya. begitu juga ketika puteri ini hamil" pesan permaisuri pada nadine dan anggukan dari alfas.

permaisuri sempat menukarkan permata dewa itu menjadi sekuntum bunga narcissus yang putih suci dan mempunyai tompokkan merah ditengahnya. " dengan itu, cindy tidak akan mencurigakan mu. jagalah cindy sebaik mungkin. lindungi cucuku." pesan permaisuri sekali lagi lalu lenyap bersama cahaya putih.

nadine dan alfas kembali ke istana seusai melawat pekan desa baru. nadine meminta diri untuk berjumpa cindy dan alfas terus ke bilik ingin beristirehat.

nadine melangkah mencari cindy di singgahsana namun dia tiada di sana. lalu dia mencari nalisa di tasik istana lalu menyeru beliau. nalisa muncul dan senyum. "rindu aku?" tanya nalisa.

"ahh kau. aku baru pergi sebulan mahu merindu rindumu bagai" acuh tak acuh nadine jawab

"aku risau kau tidak merindui kami lagi setelah kau punya pasanganmu atau lebih intim lagi pedamping mu" nalisa mengusik.
"NALISAAA." jerit cindy sambil membesarkan matanya "aku tidak punya pasangan atau pedamping nalisa. lagipula siapa dia yang inginkan aku?" jawab nadine sambil menguis kakinya di tanah.

"alfas! si elf yang kacak itu" jawab nalisa tanpa bertangguh.

merah muka nadine setelah mendengar jawaban dari mulut nadine. mereka bergurau gurau melepaskan rindu sesama mereka. selepas itu nadine bertanya pada nalisa keberadaan cindy dan keadaanya.

nalisa terkejut mendengar bahawa nadine sudah tahu yang cindy hamil. lalu berterus terang yang cindy tidak punya cukup tenaga akhir akhir ini dan terpaksa menggunakan darah zelos untuk berikan dia tenaga agar kandungannya terus kukuh. lalu nadine menceritakan dirinya bertemu dengan permaisuri sky kingdom dan meminta dirinya untuk merawat dan menjaga cindy dengan herba yang diberi olehnya.

nalisa meminta untuk nadine persiapkan penawarnya. "aku akan menolongmu membina penawarnya. ini rahsia kita. cindy perlu sembuh. mungkin anaknya itu anak yang kuat " terang nalisa dan dibalas anggukan dari nadine

zelos mengelus rambut depan cindy yang basah akibat keringatnya. ternyata cindy menahan sakit kerana magisnya makin melemah akibat kandungannya memerlukan magis yang cukup istimewa banyak. zelos cuba untuk meminta pertolongan dari peri bunga penyembuh tetapi dihalang oleh cindy kerana risau akan pengkhianat yang masih berleluasa.

cindy takut puak vampire akan menyerang desa baru secara besar besaran kerana mengetahui bahawa dalaman kerajaan desa baru agak lemah kebelakangan ini akibat kehamilannya. zelos terus menjaga cindy. nadine dengan masalah dalaman kerajaan taman perinya. belum tentu tentera magis yang dipimpin nalisa cukup kuat melawan vampire sihir itu. itu yang membuat cindy bimbang dan merahsiakan kehamilannya.

pintu bilik diraja terbuka lalu masuk satu dayang dari puak elf dan memberitahu zelos bahawa panglima nadine dan panglima nalisa ingin berjumpa dengan mereka lalu zelos meminta elf itu membawa nadine dan nalisa ke bilik diraja. elf itu menurut.

"cindy!" panggil nadine setelah melihat cindy terbaring lemah di atas katil. "nalisa! kita tidak boleh menunggu lagi. malam ini muncul sahaja bulan dari kegelapan malam kita akan lakukan ritual itu" terang nadine pada nalisa

"hey! kalian mahu lakukan ritual apa lagi tanpa pengetahuan ku" zelos menanyakan pada nadine dengan nada gurau setelah mengingatkan ritual menyelamatkannya dulu.

nadine ketawa. "iya aku akan beritahumu." jelas nadine.

nadine menerangkan bahawa permaisuri peri bunga menceritakan bahawa dahulu pernah ada seorang nymph yang cedera parah. lalu permaisuri kasihan padanya dan menjadikan dia seorang peri bunga. cukup tempoh matang nymph yang berubah menjadi peri bunga itu, permaisuri telah memberikan dia bunga narcissus untuk menambahkan rangsangan terhadap magis baharu yang akan terhasil.

"jadi bunga ini akan menyesuaikan cindy dengan magis baharu yang akan diberikan pada putera kalian"terang cindy sedikit menipu kerana itu bukan bunga narcissuss tapi permata dewa yang diubah.

"baiklah aku setuju. kita cuba. tapi bunga ini tiada kesan buruk pada isterikukan?" tanya zelos sedikit kerisauan.

"jangan risau zelos. cindy keluarga kami juga kan? takkan aku mahu melukakan dia" balas nadine dengan sindiran

malam itu mereka berkumpul sekali lagi di tasik nalisa. sekali lagi sebuah ritual akan diadakan untuk mengubati yang terluka.

nadine membaca sebuah mentera yang cukup berkuasa untuk mengaktifkan permata dewa itu tetapi ia gagal.

cincin suci yang diberikan oleh permasuri kerajaan langit tiba-tiba bercahaya pada alfas lalu dia mencari nadine kerana dia tahu nadine sedang mengaktifkan permata dewa itu.

alfas mencari nadine ke istana dan dayang istana memberitahu nadine sedang berada di tasik nalisa lalu dia berlari ke sana secepat mungkin.

"nadine berhenti! teriakan dari alfas membuat semua memandangnya.

"kau jangan ikut campur dalam ritual ini alfas. ritual ini tidak ada kena mengena dengan kau." marah nadine yang kelelahan akibat hampir separuh magisnya sia sia hilang akibat kegagalan mengaktifkan permata dewa itu.

"pakai ini. aku akan pergi selepas ritual ini tamat." alfas memberikan nadine sebentuk cincin yang bersadurkan emas putih berkilat dan terukir disitu sepasang sayap.

nadine menganguk lalu ritual itu dijalankan oleh alfas dan nadine. mereka berganding tenaga untuk mengaktifkan permata dewa itu. " nadine fokus pada manteranya aku akan salurkan magis" pesan alfas.

perlahan lahan kelopak bunga narcissuss itu terbuka selang beberapa minit kesemua kelopak itu terbuka menandakan pemata dewa berjaya diaktifkan.

setelah direndamkan dalam segelas air, bunga narcissuss itu larut dan menghilang. air itu diberikan pada cindy dan habis diteguknya. badan cindy mulai bercahaya dan terapung. cahaya itu mula pudar dan melihatkan warna rambut cindy bertukar dari blonde ke perak perakkan dan warna kulitnya tidak pucat seperti dahulu.

setelah selesai ritual itu cindy dibawa ke kamarnya untuk rehatkan diri dan alfas meminta diri. sebaik sahaja berdiri alfas pitam tidak sedarkan diri. nalisa memegang tangannya alfas "nadine! alfas kehabisan magisnya" nalisa mulai membantu alfas memberinya magis kerana nadine juga kelelahan. nalisa sudah biasa merawat elf yang kehabisan magis di kem tentera magis desa baru.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

setahun sudah berlalu dari hari ritual itu dilakukan dan cindy terselamat. terdengar riuh tangisan bayi di dalam kamar raja di istana itu. semua gembira mendengar tangisan itu.

"selamat datang taehyung caranel ke dalam keluarga kami" ucap nadine sambil tersenyum.

bersambung..

terlintas untuk komen luahan anda. komen anda menaikkan semangat saya dan memperbaiki penulisan saya.

chapter baru untuk viewer!! terima kasih sudah membacanya.

1K viewer = 100% peningkatan semangat untuk menulis

chapter terakhir.. nantikan hujung bulan untuk chapter seterusnya sehingga selesai..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience