8. Ra The Guardian of Coral

Fantasy Series 11387

tibalah hari dimana nalisa akan pergi mengembara ke lautan luas. seperti yang taehyung katakan. percaya pada hati. teguhkan niat di hati dan grimoire itu akan hadir. tapi taehyung kata grimoire milik nalisa mengikat dirinya pada yang lain. itu taehyung tidak dibenarkan menerangkan.

semua berkumpul di tasik nalisa yang berada di istana. disana terlihat cindy, zelos, taehyung dan semua anak muridnya.

"jumpa lagi ya. aku hanya pergi sebentar. mencari sesuatu untuk kemenangan didalam peperangan melawan musuh." nalisa mula memasuki tasiknya. "anak muridku pertahankan desa baru dengan sepenuh jiwamu. jaga desa baru kerana disini banyak kenangan kita" ucap nalisa

"jangan lupa tutup portalnya nalisa sidia memesan pada akalku" ucap cindy sambil menunjuk bibirnya kearah taehyung dalam dukungan.

"baiklah." nalisa berenang ke dasar dan membuka portal didalam cermin laut lalu melaluinya hingga dia sampai ke lautan yang luas.

"kini nalisa sudah pergi. aku jadi kesepian." ucap cindy.

"aku kan masih ada sayang" ucap zelos lalu memeluk cindy dari belakang.

"bonda" taehyung memanggil.

"taetae...... taetae... hmm" taehyung sebersalah ingin berkata.

"apa taeate? sudah rindu dengan ibu nalisa?" ucap cindy.

"bukan bonda. aku cuma.... begini bonda.. aku sebenarnya ingin menyatakan sesuatu tetapi aku takut bonda sedih. nenda memintaku untuk tinggal di kerajaan langit setelah anak mama nadine lahir ke bumi. kami harus menetap di kerajaan langit selama pendewasaan kami. kerna kami mempunyai magis yang bahaya. jika tidak dikawal lalu dirampas oleh kegelapan. kita akan musnah bonda ayah." ucap taehyung dengan nada yang takut.

"selama kedewasaan kamu? kamu tahu itu akan mengambil masa yang cukup lama bukan. apa aku harus berkorban anakku pula setelah aku berkorban status dan fizikal ku" ucap cindy lirih.

"bonda jangan cakap begitu. ini pesan nenda. ayah dan bonda tidak perlu merisaukan ketiadaanku. selama 18 tahun ini tiada berlaku peperangan di desa baru dan taman peri kerna kegelapan mengejar barang milik ibu nalisa dan papa alfas yang berada di tempat mereka lahir yakni di kerajaan permaisuri buih iaitu kerajaan laut dalam dan wood elf kerajaan hutan gelap." ucap taehyung.

"jika kami berada di kerajaan langit kami mungkin dapat menyelamatkan anak ibu nalisa kerana kerajaan laut dalam telah jatuh ke tangan yang tidak layak. lalu grimoire itu nyawa kami. jika musnah maka kami juga ikot musnah. itu kelemahan kami selain hati kami menjadi hitam." taehyung mula menceritakan apa yang bakal jadi.

"siapa yang memberitahu kamu semua ini?" cindy bertanya.

"nenda taetae yakni permaisuri kerajaan langit. nenda selalu masuk ke mimpi taetae bonda dan bonda juga tahukan kuasa apa yang ada mama bonda itu. pemegang takdir setiap umat bukan. kuasa nenda sebagai seorang moirai kan?" ucap taehyung

"beri bonda masa untuk memikirkannya dahulu" cindy kini berjalan meninggalkan zelos dan taehyung.

"jadi benar taetae akan akan meninggalkan ayah dan bonda?" tanya zelos

"ya ayah. taetae harus pergi. jika tidak, tiada siapa yang akan membantu kerajaan langit yah. lagipula nenda juga selalu turun ke bumi melihat anaknya itu. taetae juga boleh begitu pa. cuma taetae tak boleh tinggal dibumi buat sementara." ucap taehyung

"jadi selain kerajaan laut dalam dan kerajaan hutan gelap. kerajaan langit juga bakal diserang?" tanya zelos lagi.

"iya. kerajaan lagi bakal diserang. kerna mereka fikir grimoire bonda ada disana ternyata tidak. bonda telah memilikinya. ayah jangan risau. aku kuat untuk hadapi itu." jelas taehyung.

"kerajaan langit bukankah kerajaan yang kuat?" zelos pelik mengapa kerajaan langit harus meminta pertolong orang dibumi.

"kerajaan langit memang kuat dan sempurna yah tapi di puak kegelapan mereka punya seorang dark anima yang boleh menjadikan seseorang itu berada dipuak mereka. jika tertinggi kerajaan langit meminta semua askarnya mungkin akan ada yang jatuh pada kegelapan akibat sihir dark anima itu. jadi yang bertarung hanya tertinggi, permaisuri dan beberapa dewa serta kami."ucap taehyung lalu terbang memasuki istana.

aku mungkin akan rindukan semuanya.. nalisa, nadine, dan alfas segeralah pulang.. tamatkan semua ini..

nalisa kini sudah sampai ke laut luas setelah memasuki portal dua hala yang mereka bina.

"aku rindukan bau laut. burung camar dan batu karang." ucap nalisa

sewaktu berenang ke dasar laut mencari deep sea kingdom. dia terserempak dengan seorang undine lelaki yang sedang sibuk melarikan diri dan dia melihat ada yang mengejarnya. nalisa hanya mengekori jejak mereka kerana dia merasakan tidak sedap hati.

satu serangan telah dilepaskan oleh beberapa ekor duyung bersirip hitam itu berjaya mengena undine itu. undine itu telah berjaya ditangkap.

"aku takkan beritahu apa apa rahsia pada kalian. dasar perampas" ucap undine

"cubalah kalau kau boleh tahan diseksa"duyung itu ketawa

"lepaskan aku. kalian tak guna. membelut yang mulia ratu buih" jelas undine itu.

nalisa menggunakan magis untuk menyerang duyung itu kerana dia tahu undine itu seorang yang baik kerana dia memihak ratu buih atau lebih tetap kakak kepada nalisa.

"siapa kau?" tanya si duyung itu "mengapa kau menyerang kami?" tanyanya lagi

"aku lady of the lake yang baik hati." lalu merapal sihir ombak lalu dia lari bersama undine itu.

"ayuh, kita harus segera sampai ke deep sea kingdom" ucap nalisa

"tidak, aku tidak akan akan ke sana. deep sea kingdom itu telah ditakluk oleh pembelot negara" tolak undine itu.

"kegelapan?" tanya nalisa lalu anggukkan dari undine itu.

"oleh itu, kita lari ke melody of coral sebentar. disana akan benar-benar selamat untuk kita" ajak nalisa

"tapi itu bukan tempat yang tidak wujud? mungkin kita akan ditangkap sewaktu mencarinya disana" jawab undine itu.

"tidak mungkin. tiada kegelapan yang boleh dekati taman itu kecuali penjaganya turut membelut. " kini nalisa mulai cemas, dia takut bahawa sahabatnya itu mungkin jatuh menyembah kegelapan.

"jika kau yakin bahawa tempat itu selamat bantu aku untuk kesana" pohon undine laki laki itu.

"kita lihat saja nanti." nalisa menarik tangan undine itu lalu pergi ke melody of coral.

melody of coral adalah sebuah taman yang indah. dimana jika mencari ketenangan di dasar laut disitulah tempatnya dan jika sakit disitulah tempat merawat. taman itu dipanggil melody of coral kerana terumbu karang disana seolah olah boleh menyanyi menghiburkan hati. terdapat beribu terumbu karang jenis aplysina fitularis yang berwarna kuning keemasan.

Dari jauh terdengar irama yang menyenangkan datang dari arah melody of coral. nalisa tersenyum kerna dia yakin bahawa sahabatnya tak mungkin belot pada kerajaan buih.

setelah sampai undine itu terkejut dengan suasana taman itu. lukanya turut memulih. dia tidak sangka bahawa tempat itu memang benar wujud.

"Ra kau masih menjaga taman ini. Ra jawablah panggilan ku. aku nalisa" seru nalisa memanggil sahabatnya.

"kau pulang nalisa? " jawab suara Ra itu.

"Ra kau dimana?" panggil nalisa

"nalisa aku tiada disini. aku abadikan diriku pada taman melody of coral sementara susuk tubuh ku sudah hancur dia penjara istana. aku menjadi seutuhnya penjaga taman ini setelah dipilih oleh coral-coral ini dan aku juga menjaga barang milikmu. jika hatimu kuat menerima takdir ini. maka aku akan kembalikan barang kepunyaan mu tetapi kau harus kuat nalisa. waktu itu aku sudah tiada lagi kerna magis ku sudah pada tahap sifar." ucap Ra.

"Ra bukankah kau kuat. mengapa kau mudah ditewaskan. kau lupa janji kita?" nalisa sudah mula menangis

"Nalisa, aku tiada cara lain. aku harus korbankan diri demi kemenangan ini. coral membantu aku untuk selalu membaikpulih kerosakan dilaut dalam." terang Ra

"bagaimana dengan kakakku permaisuri buih?" tanya nalisa

" dialah yang harus kau tewaskan dan sebab itu juga aku kalah. aku tidak sampai hati membunuh ratu buih walaupun dia dalang semua pembelutan ini. kini kerajaan laut tiada lagi kemuliaan. bantu rakyat laut dalam wahai nalisa" pesan Ra dan coral itu kini mulai berirama.

T.B.C

bersambungggg!!

ya comeback juga lepas hiatus setahun. maaf guys aku kuliah.. aku cuba lanjutkan ceritanya.

mintaa maaf yaa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience