4. Kerajaan Gelap

Fantasy Series 11387

setahun sudah berlalu dari hari ritual itu dilakukan dan cindy terselamat. terdengar riuh tangisan bayi di dalam kamar diraja di istana itu. semua gembira mendengar tangisan itu.

"selamat datang taehyung caranel ke dalam keluarga kami" ucap nadine sambil tersenyum menyambut bayi itu lalu memanggil zelos

zelos dan cindy di anugerahi seorang putera penerus kerajaan mereka. putera mereka dilahirkan dengan sepasang mata biru, rambut berwarna silver dan kulit seperti cindy.

setahun kerajaan desa baru itu tertutup dengan perkembangan perkhabaran mereka. rakyatnya juga tidak boleh keluar dari desa sesuka hati. namun pembangunan dan pewilayahan mereka sangat membanggakan.

desa baru telah memantapkan kedudukan mereka dengan kemajuan dalam pendindingan, penyembuhan dan ahli magis yang sudah berada di tahap bersedia menghadapi perperang.

tidak terkecuali desa vampire yang ditakluk oleh vampire jahat itu turut megah apabila desa itu makin besar dan angkuh dengan ketinggiannya. terdapat bepuluh tingkat yang mereka bina untuk mengelakkan musuh sampai di tempat yang tertinggi iaitu kedudukan raja vampire.

pengawal vampire itu turut mengawal didalam kabus tebal berwarna hitam. tempat itu sungguh gelap dan sihir hitam terasa kuat di situ. tiada angel yang boleh menghampiri kawasan itu seolah olah jika angel terkena kabus itu mereka akan bertukar menjadi kejahatan.

desa vampire itu dinaung oleh sebuah kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai kerajaan gelap. disitu terlihat satu penyihir puak vampire berdarah campuran menjadi raja dan erinyes sebagai permaisurinya. panglima panglima kegelapan yang angkuh berada disana melindungi raja mereka dan disitu berdirinya anima, fallen angel, dark elf dan undead.

vampire berdarah campuran itu sudah berada pada tahap yang betul-betul berbahaya kerana ia mampu mencipta askarnya sendiri melalui sihirnya dan belum tentu raja desa baru itu mampu mengalahkannya dengan kekuatan yang raja desa baru itu miliki sekarang kerana dialah menjadikan puak dewa bimbang akan kekuatannya ditambah pula dengan dewa kejahatan erinyes yang menjadi pedamping si raja itu.

Anima adalah seorang manusia yang bijak akan sihir dan bijak mengubah diri kepada haiwan atau makhluk magis yang lain. dia menggunakan sihir untuk kebaikan atau erti kata lain dia penyihir putih. penyihir putih ini bernama Ailen. Ailen mempunyai kekuatan untuk melawan sihir hitam dan dia pemimpin akan puak penyihir putih tetapi manusia tidak percaya akan sihir putih dan menganggap semua sihir adalah sama iaitu kegelapan. 20 tahun yang lalu dikhabarkan suami dan anak Ailen tewas ditangan manusia ketika dihutan untuk melarikan diri dari peperangan. apabila peperangan antara manusia dan penyihir putih berada di kemuncaknya. penyihir putih telah diserang penyihir hitam iaitu kumpulan kecil dari puak pemberontak dari penyihir puak vampire dan ketuanya telah menyihir ailen menjadi darkness anima.

setelah itu ailen banyak mencipta makhluk mistik kegelapan hasil dari tahanan perang untuk mengukuhkan kedudukannya yang dibantu oleh alchemis gila.. ailen ketawa dalam kegelapan kerana dia lupa alasan dia menjadi penyihir putih sedangkan sihir hitam lebih bagus dan menyeronokkan.

setelah setahun membina empayar kegelapan. pertahanan mereka tidak tertelus daripada apa-apa serangan. mereka bijak mengunakan sihir. sesiapa yang cuba menyerang kerajaan kegelapan ibarat menghantar nyawa sahaja kerana sudah tertewas pada lantai terbawah bangunan kerajaan gelap.

begitu juga dengan kerajaan desa baru. peranan mereka sudah bermula setelah cindy melahirkan anak sulungnya.

"hey taehyung! kamu comel sekali. aku mahu cium pipi tembam kamu. bila ya aku boleh culik kamu untuk bawa bersiar siar?" sembang nalisa pada taehyung

setahun taehyung di lahirkan dia sudah bijak berbicara malah dia sudah pernah hilang sekali kerana merindukan nadine dan nalisa lalu membawanya tempat keberadaan mereka.

semua terdiam ketika itu berfikir bagaimana dia boleh pergi sejauh itu sedang dia berjalan pun tidak boleh apatah lagi dalam keadaan yang agak jauh.

taehyung pernah menghilangkan diri untuk pergi ke kem tentera magis kerana dia membaukan bau dari nalisa dan nadine disana. habis haru biru kem tentera magis akibat melihat seorang budak kecil yang belum tahu dari puak mana dan ramai perempuan dari puak elf ingin memegang taehyung kerana kecomelannya.

apabila berganjak tahun kedua, setelah beberapa berita mengemparkan istana itu menjadi perkara biasa kerana ternyata taehung kecil sering menghilangkan diri. mungkin dia mengikut sifat bondanya yang tidak suka perkara istana.

sehinggalah satu hari terbongkar cara taehyung menghilangkan diri. akibat taehyung selalu pergi menghilangkan diri ke kem tentera. cindy gemar membawa taehyung kesana agar taehyung tidak menghilangkan diri dengan bersendirian lalu cindy mengambil kesempatan untuk berlatih perkukuhkan magis disana. nadine dan cindy bertarung magis manakala nalisa menjadi pemerhati. setelah lelah berlatih mereka mengambil peluang untuk melihat tentera magis berlatih dan memperbetulkan mantera mereka agar magis itu makin kuat keberkesanannya.

tiba-tiba satu elf ini merapalkan magis terlarang dan ingin menyerang rakannya kerana mereka masih dalam sesi latihan magis. tekanan magis yang tinggi itu menyedarkan nalisa, nadine dan cindy turut tidak terlepas sikecil taehyung di dukungan cindy. nalisa terlambat untuk menghalang magis itu lalu magis itu dilepaskan dan berjaya diarah ke lawan elf itu. pihak lawan hanya terkejut dan kaku dengan magis yang dilepaskan oleh sahabatnya. namun kesemuanya selamat walaupun magis itu di letuskan untung satu tempat itu hampir musnah dan mereka diselamatkan oleh si kecil taehyung. taehyung yang melepaskan diri dari dukungan cindy lalu menghasilkan sebuah sayap yang indah dibelakangnya dan terbang sedikit tinggi untuk mencipta berberapa perisai perak bagi menyelamatkan semua disitu.

cindy, nalisa dan nadine terkejut dengan kekuatan yang ada pada taehyung ditambah pula dengan sayapnya yang muncul ketika usianya masih kecil lagi.

"taetae ku! apa kau lakukan ini? taetae juga tak pernah pada bonda kekuatan mu nak" tanya cindy lalu memeluk taehyung

"ahh bonda akan terkejut melihat kekuatan ku oleh itu aku rahsiakan" terang taehyung dan semua ahli magis tergamam melihat budak sekecil taehyung sudah boleh bicara.

"kalian harus diam dan rahsiakan perkara ini! ingat semua peraturan! segala yang berlaku di dalam kem ini adalah rahsia kerana kita tidak mahu.... " nalisa memesan.

"musuh ketahui kekuatan kita" jawab semua ahli magis dan dibalas senyuman oleh nalisa dan nadine.

"cindy, pulanglah. kami akan menyusul kemudian " nadine menepuk bahu cindy lalu mengulas lembut kepala taehyung.

"baiklah!" jawab cindy.

"wenn temui aku selepas ini. dan hukuman kamu cukup berat kerana hampir membunuh sahabatmu" marah nalisa dan dibalas anggukan dari elf yang merapal magis terlarang itu.

cindy dan taehyung pulang ke istana lalu membawa taehyung masuk ke biliknya. "taetae, apa lagi yang kamu sembunyikan dari bonda taetae." tanya cindy dan zelos pelik dengan pertanyaan cindy

"apa yang anak nakal ayah ini lakukan lagi bonda? hilang lagi?" tanya zelos pada cindy dalam keadaan gurau.

"ayah taetaenya, anak nakal kamu ini aktifkan kuasanya sebentar tadi dan menyelamatkan kami semua disana daripada letusan magis terlarang di kem tadi" jawab cindy

"kekuatan taetae itu, aku tidak terkejut tapi rapalan magis terlarang itu mungkin aku kena selidik" zelos datang mendukung taehyung. taehyung ketawa dan itu membuat cindy monyokkan diri

"sayang, kamu kena ingat, taetae kita dapat kuasa dari siapa? kita bukan. kau adalah wanita terkuat dan tertabah pernah ku lihat oleh itu aku jatuh cinta pada kamu dan aku dari keturunan pemegang magis terkuat di bumi." sambung zelos lalu mengucup lembut pipi cindy.

"tiba masanya bonda akan tahu apa yang taetae galas selama ini. hihi" taehyung menerangkan lalu menyorokkan mukanya pada dada bidang ayahnya dan dibalas kucupan di pipi gebunya berkali kali.

kem magis itu penuh dengan peri bunga penyembuh yang menyembuhkan keadaan kem itu kembali sedia kala.

"jadi ramalan mama cindy bukan main-main. taehyung itu pemegang magis terhandal dan terkuat berbanding vampire sihir kegelapan dan dia yang akan memenangkan perang dengan kegelapan." tanya nalisa pada nadine

"heyy! mama cindy itu moirai tahu. dia pemegang takdir jadi dia tahu ramalan apa yang bakal jadi" jawab nadine.

"lalu apa yang harus kita lakukan dengan buku forbidden magic ini. aku masih was was untuk membukanya." sambung nadine bertanyakan pasal buku yang yang mengandungi mantera rapalan magis terlarang yang diambil pada ahli magis di kem tentera magis itu. wenn menceritakan bahawa ada seekor merpati putih patah sayapnya di udara dan tersangkut di pohon lalu dia menyelamatkannya. sebagai balasannya burung itu telah memberinya sebuah ganjaran iaitu buku magis tetapi dia tidak mengetahui bahawa magis itu adalah magis terlarang.

"nanti aku akan serahkan buku ini pada yang mulia zelos. mungkin dia tahu apa yang harus kita lakukan." jawab nalisa

lalu mereka pergi ke istana untuk berjumpa dengan zelos. setelah sampai di istana. mereka berjumpa dengan alfas yang sibuk bersembang dengan zelos di taman istana lalu mereka turut menyertai bualan itu.

"hey nalisa dan nadine" panggil zelos

"yang mulia! nalisa dan nadine tunduk hormat pada zelos.

"janganlah begitu, aku juga sahabat kalian. tidak perlu seformal itu. sudah berapa kali aku cakap" zelos tidak senang apabila sahabatnya memanggil dirinya yang mulia.
"ok, maafkan kami. ini buku rapalan magis terlarang yang tentera magis dapat hasil ganjaran pertolongannya pada seekor merpati putih patah sayapnya di udara." terang nalisa sambil memberi buku itu.

"ayah jangan buka buku itu, itu bukan untuk ayah" jerit taehyung terbang di udara dengan sayap cantiknya.

"taetae!" takjub zelos melihat anaknya terbang menggunakan sayap lalu mendarat dalam dakapan zelos

"buku ini untuk ibu nadine. nanti ada lagi 2 buku yang akan berada dalam gengaman kerajaan kita. tapi buku ini bukan milik kerajaan kita ayahanda. buku ini milik kerajaan taman peri!" terang taetae.

"dari mana kamu dapat tahu semua ini taetae"tanya alfas.

"taetae tahu daripada satu kerabat keturunan ayahanda ku papa alfas." jawab taetae

"tapi siapa? taman peri sudah dimusnahkan lalu kita sudah bergabung kerajaan" tanya nadine kali ini.

"taman peri harus dibuka semula kerana di situ ditakdirkan akan lahir seorang pembawa kedaimaian di dunia mama nadine. ok taetae akan ceritakan semuanya tapi tolong panggilkan bonda.

setelah cindy sampai di taman bunga. taehyung telah mengaktifkan satu perisai emas yang indah lalu mengurung mereka semua dalam sebuah imaginasi.

"taetae apa ini?" tanya bonda

"tenang bonda" jawab taehyung.

taehyung menceritakan " dahulu ada lima pahlawan yang membanteras kegelapan pada zaman demon. dimana vampire bersayap putih, elf bersayap peri bunga, dryad dengan magis istimewa, seorang elementalist, dan elf tertinggi. mereka yang mengalahkan kegelapan di akhir peperangan dahulu. namun kejahatan terus berleluasa. mereka tidak boleh menggunakan sesuatu magis untuk kepentingan mereka. kerana itu akan mengakibat keturunan mereka akan di sumpah disebabkan magis itu baru lagi dan belum matang. lalu mereka menjadi kekuatan itu terbentuk menjadi sebuah buku atau lebih tepat grimoire dan buku itu terbahagi kepada 3. pertama ialah the guide from light untuk bondaku, the elementalis untuk ibu nalisa dan forbidden spell untuk mama nadine. dan buku itu hanya akan aktif setelah aku lahir iaitu vampire bersayap putih kedua dan pada zaman itu semua puak akan bersama dan bersatu" terang taehyung mengambarkan sebuah imaginasi dalam perlindungan itu.

"jangan merepeklah taetae. mama tak percaya." cabar nadine

"ok aku buktikan" taetae senyum

"dipersilakan" nadine tidak mahu kalah

"aduh nadine. kamu jadi lebih kelakar ingin berlawan dengan si kecil taetae" gurau alfas

"aku buktikan. angkat tangan kanan mama nadine dan tangan kanan milik papa alfas." ucap taehyung lalu nadine dan alfas tersentak

"bonda, ayahanda dan ibu nalisa lihat apa pada jari mereka. sebuah cincin perak dengan ukiran sebuah sayap. itu hadiah dari nendaku permaisuri kerajaan langit dan sayap kecil ku ini hasil daripada permata dewa yang sama diberikan kepada vampire sayap putih yang nendaku tukar kepada sekuntum bunga narcissus pada mama nadine. hihihi" terang taehyung sambil menyorok pada mukanya lagi pada dada ayahnya.

"ok ok mama nadine kalah" nadine angkat tangan seperti orang mengalah.

"hihihi. ok mama nadine" taehyung seronok ketawa.

"nadine, aku buntukan penjelasan dari kau" cindy bertanya pada nadine dengan nada yang kedengaran marah

"bonda jangan marah dengan mama nadine, bukan niat mama nadine ingin merahsiakan perkara ini cuma itu satu titah dari nendaku bonda. lagipula bonda lihat, taetae terpaksa mencipta perisai untuk melindungi sesiapa yang ingin melihat apa yang aku ingin sampaikan. nenda juga berpesan untuk berwaspada setiap langkah" taehyung menjelaskan.

"terima kasih taetae" ucap nadine.

mereka semua takjub dengan taehyung di usia nya menjangkau 2 tahun, dia sudah mahir dengan magis.

"mama nadine, bawalah buku ini. binalah semula taman peri kerana disitu lahirnya sahabat sahabatku dan papa alfas, pergilah papa ke black forest di tengah-tengah barat itu kerana disitu ada sekumpulan elf kuno menjaga pedang sakti milik papa alfas. ini titah pertama ku. aku akan kehabisan magis dan buat sementara waktu jangan minta taetae jelaskan apa-apa kerana kita kena ingat setiap langkah kita ada yang memerhati" titah taehyung pada nadine dan alfas.

"tapi itu tidakkah berbahaya. kerana mereka akan keluar dari sempadan kita" nalisa bertanya.

"tidak ada yang perlu dirisaukan. cincin yang nenda taetae berikan itu cukup berkuasa dan pada masa yang sama buku ini sudah muncul menanda kerajaan peri akan pulih sebab buku ini bukan milik desa baru. dan papa alfas juga akan mendapatkan kekuasan yang penuh setelah mendapatkan pedang sakti itu" taehyung terangkan lalu perisai itu terbuka dan taehyung tersungkur akibat kehabisan tenaga magis.

"anakku yang hebat" jawab cindy dengan senyuman.

bersambung....

komen please about the story....

siapa yang follow up novel angel prince vampire slave tolong comment saya follow up APVS untuk beri saya semangat menulis lagi.
saya menulis ketika lapang tapi 2 minggu ini saya kerja tak cukup tangan.. hahahaha.. tolong naikkan semangat saya balik k.. komen saya follow up APVS..
bye semua moga jumpa lagi chap seterusnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience