Prolog

Fantasy Series 11387

Sky kingdom merupakan tempat yang paling membosankan buat cindy kerana tempat itu baginya penuh dengan tata tertib. Cindy merupakan anak tunggal kepada tertinggi dan permaisuri kerajaan angel dan identitinya yang sukakan lasak.

Cindy suka turun ke bumi kerana bumi penuh dengan warna warni kehidupan manusia dan mahluk-mahluk mistik yang lain.

"papa, aku mahu turun ke bumi mahu bergosip dengan nalisa." cindy bergurau dengan ayahnya. papanya hanya mengiyakan sahaja.. jika dia menghalang cindy akan protes untuk terus menetap di bumi dan yang itu di takuti oleh raja sky kingdom.

"wahai penunggu tasik yang tidak berkaki, aku seru kau untuk timbul dan tunaikan hajatku" seru cindy dengan gurauan mengusik nalisa. tiba-tiba yang timbul adalah seekor kappa berbadan sasa menyerang cindy. tetapi cindy membalasnya ketawa yang berdekah dekah.. " hey nalisa cuba kau berubah jadi yang lebih seram.. hahahaha. ini kappa.. aku tak takut laa.. " cindy ketawa..

"kau ni nama saja angel tapi selalu sakitkan hati aku." gumam nalisa. "kau pikir aku ini demon atau apa haa? " marah nalisa.

Nalisa merupakan Lady of the lake di tasik itu. makhluk akuatik yang selalu memberikan ganjaran kepada sesiapa yang jujur dan rendah diri. tapi hakikatnya dia seorang makhluk jahat sekiranya orang tidak berkata jujur dan tamak dengan melemaskan mereka di tasik itu.

"kau ni nalisa, terjegat kat situ apa lagi. jom lah kita pusing-pusing hutan. aku dah bosan ni" cindy sudah bosan. "maaf cindy, aku tak dapat temankan kau harini. magisku lemah. aku belum sempat kumpulkan tenaga akibat menolong vampire itu" jawab nalisa. "ajak lah nadine temani mu" sambungnya..

"vampire, aduh alasan tidak munasabah laa kau ni" adu cindy. nalisa menceritakan pada cindy bahawa dia kehabisan magis kerana membantu seorang pemuda tampan yang dibaluti jubah dan dipercayai seorang vampire. usai bertarung dengan makhluk yang mengejar vampire itu, nalisa membawa pemuda itu ke sebuah gua berdekatan tasik itu dan dia harus segera ke tasik kerana risau dia berubah ke bentuk asal sebelum sampai ke tasik akibat kehabisan magis.

cindy terus berlari ke gua kerana ingin membantu vampire itu. setelah sampai ke gua itu, cindy melihat wajah pemuda itu sudah pucat lesu. akhirnya cindy menggunakan magis healingnya..
"tear drop of phoenix, i open the heaven thee to called the holy flying fire bird with rainbow tale, phoenix" cindy membacakan spell untuk menyembuhkan vampire itu dan ternyata healing itu berjaya menyembuhkan luka-luka yang ada pada vampire itu.

pemuda itu ternyata tersenyum. dia memperkenalkan dirinya zelos. zelos memberitahu bahawa dirinya tidak perlu diubati kerana dirinya menunggu masa untuk mati kerana ahli sihir dari puak vampire telah membuat satu ramuan racunan dimana terkutuklah jika vampire berdarah suci meminum darah vampire campuran biasa kerana darah itu adalah darah larangan bagi vampire seperti zelos yang dikenali sebagai "holy vamp forbidden poison"

zelos juga meminta cindy untuk war-war kan kepada warga manusia dan penghuni hutan mistik untuk berhijrah ke tempat yang jauh dari desa vampire kerana takhta kerajaan desa vampire telah jatuh pada vampire yang berkuasa sihir hitam dan vampire itu bukan dari vampire berdarah suci.

setelah mendengar segala cerita dari zelos, cindy jatuh suka kepada vampire berdarah suci itu kerana sikap bertanggungjawab itu membuat dia kagum walaupun zelos terlihat lemah dan punca takhtanya jatuh ke tangan vampire jahat!

setelah pemuda itu merehatkan diri, cindy keluar ke tasik dan menyeru nalisa. setelah nalisa timbul, cindy meminta untuk memerhatikan dan menjaga zelos kerana dia ingin berjumpa dengan nadine si pari-pari bunga. cindy kurang pengalaman tentang sihir bumi dan dia kelihatan pelik holy phoenix tak boleh sembuhkan sepenuhnya sakit zelos.

setelah berjalan jauh dihutan, cindy telah menjumpai sebatang pohon abadi dimana pohon yang besar menjadi penanda kediaman pari-pari bunga. zelo menyeru nadine untuk membuka laluan untuk dia masuk ke taman(kediaman) peri bunga.

setelah memasuki taman itu, cindy disambut riang oleh nadine dan peri bunga yang lain kerana sudah lama cindy tidak datang menjenguk taman mereka. cindy tersenyum dengan sambutan itu. tidak lama kemudian dia berbisik pada nadine dengan nada yang serius. oleh itu, nadine telah membawa cindy ke bilik bukunya.

nadine senyum. " aku tahu kau tidak mudah untuk datang ke taman kami kalau tidak ada urusan lain. selalunya kau akan jerit nama aku di tasik nya nalisa untuk memanggilku" nadine berceloteh dan dibalas dengan sengehan dari cindy.

cindy menceritakan tentang keadaan di desa vampire dan keadaan zelos iaitu putera mahkota kerjaan desa vampire. nadine mengangguk-angguk.

"holy vamp forbidden poison huh" aku rasa aku ada buku tentang kerajaan vampire darah suci. tapi aku lupa buku itu ada dalam pustakaan ayah atau ibuku. jika buku itu tiada di perpustakaan ibuku mungkin buku itu di pustakaan ayah ku di desa manusia. itu kena ambil satu hari itu mencari bukunya. kau kena sabar ya cindy. jika aku temuinya aku terus beri pada nalisa yaa. dan cindy mengangguk faham.

cindy meminta diri untuk pulang kerana dia tidak boleh lama di bumi kerana papanya pasti risau kerana dia terlalu lama dibumi.

setelah naik ke langit, cindy melaksanakan tugasnya sebagai ahli pakar strategi peperangan dengan meminta untuk menjaga pihak manusia pada malam hari kerana dewa seperti mereka tidak boleh terlibat dengan peperangan dibumi cuma pasti anak-anak yang tidak bersalah diselamatkan.

selama satu hari berbincang dengan pihak pengawal diraja untuk menambah ahli pemerhati di desa vampire kerana risau pihak penyihir puak vampire menggunakan magis terlarang untuk merampas tanah puak makhluk lain. dewa seperti mereka perlu menghukum siapa yang melanggar hukum alam.

setelah habis segala urusan, pihak yang menjalankan tugas telah selamat menunggang pegasus untuk turun ke bumi bagi menjalankan misi yang diberi.

cindy juga turut turun ke bumi untuk melawat zelos dan yang lain. sesudah sampai dia di bumi, cindy melihat zelos, nalisa dan nadine bersembang bersama di tasik nalisa.

cindy berdehem membuat semua makhluk disitu mengetahui keberadaannya disitu. "hai semua.. hehehe" cindy dengan wajah yang ceria tetapi dibalas dengan wajah sedih oleh semua.
"kenapa ni?" tanya cindy. nadine membuka suara ingin menceritakan tentang cara menyembuhkan zelos tetapi dihalang oleh zelos kerana ramuan utama penawar itu adalah benda yang mustahil.

"kenapa nadine?" tanya cindy lagi. cindy mula curiga kerana ada sesuatu yang nadine ingin sampaikan tetapi dihalang oleh zelos

"zelos, jom ke gua aku ingin mengubati luka hasil dari racun itu. nadine dan nalisa jangan kemana-mana ada yang ingin aku katakan sebentar lagi.

"tear drop of phoenix, i open the heaven thee to called the holy flying fire bird with rainbow tale, phoenix" sekali lagi healing itu berjaya mengubati luka-luka. cindy meminta zelos untuk berehat kerana racunnya makin aktif jika zelos banyak bergerak dan zelos mengikut saranan cindy. cindy meminta diri untuk ketasik.

setelah sampai di tasik, cindy meminta sahabatnya itu untuk berkata jujur dengannya apa yang mereka sembunyikan dari pengetahuannya.

nadine mengeluh "hmm, sebenarnya aku sudah jumpa cara mengubati racun zelos tetapi ramuannya agak berat. zelos tidak mahu menyusah kau cindy" jujur si nadine. "barang itu harus ku cari? jika barang itu dilangit aku boleh saja, jika dilautan, nalisa boleh ambilkan dan jika dihutan pasti kamu boleh carikan nadine. apa yang susah sangat!" bentak cindy.

"ramuan tak susah dicari tapi sukar didapati !" nadine menjawab. "kau ni dah kenapa nadine? berahsia sangat!" marah cindy.

"ok, aku berterus terang. menurut buku historical of holy vamp, vampire berdarah suci adalah vampire yang diberi kepercayaan oleh dewa tertinggi dengan diberi titisan darah dewa keturunan yang tertinggi. oleh itu, mereka menjadi makhluk abadi yang memegang takhta kerajaan vampire. tetapi mereka mempunyai syarat yang mereka tidak boleh menghisap darah vampire lain kecuali darah pasangannya dan kelemahan mereka adalah titisan darah vampire campuran biasa yakni menjadi racun bagi mereka berdarah suci. cara mengubati zelos adalah hasil titisan darah keturunan dewa tertinggi dan satu pengobanan. disebabkan pengorbanan yang menjadi rahsialah zelos tak minta disembuhkan dan sembunyikan fakta ini dari kau cindy" nadine menceritakan semuanya.

"selalunya pengorbanan ini melibatkan nyawa cindy, aku lady of the lake sudah biasa dengan kejadian sebegini" tambah nalisa. terduduk cindy mendengar penjelasan nadine dan nalisa.

setelah berjaya menenangkan diri, cindy meminta nadine menandakan sempadan wilayahnya untuk dijaga oleh dewa agar terjamin keselamatan peri-peri bunga.

pada senja itu, siren dewa begemang di telinga cindy melambangkan kejadian buruk bakal berlaku!

bersambung.....

perlu disambungkah?? komen yuk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience