5. Kepercayaan / Trusting

Fantasy Series 11387

setelah mendengar cerita bahawa taman peri akan bangkit semula. nadine memberitahu berita itu kepada bondanya agar bersiap sedia berpindah setelah dia dan peri pertahanan menyiapkan pendinding yang kukuh agar taman peri aman untuk didiami.

langkah awalnya, nadine telah meminta cindy dan nalisa untuk merapalkan mantera pelindung yang tidak tertebus seperti pelindung desa baru dan mereka bersetuju.

pelindung itu di tambah lagi dengan berkah lapisan luaran daripada perisai perak milik taehyung. kali ini taman peri benar-benar tidak tertebus oleh vampire bawahan. jika berlaku pecahan pendinding itu maka warga taman peri harus siap sedia bertarung dengan sesuatu yang kuat.

"mama nadine ingat ya. jika hati mama nadine telah kuat untuk memiliki kuasa ini. barulah mama nadine serahkan diri pada buku ini. kuasa ini amat kuat jika hati mama nadine tidak kuat mama nadine boleh mati akibat sifar magis" pesan taehyung dan dibalas anggukan nadine

"taetae akan selalu main disini setelah mama nadine lahirkan temanku. hihihi" taehyung terbang menyorokkan muka pada bahu cindy.

"dengar tu nadine. aku pasti taetae bermaksud kamu akan punya anak" nalisa bergurau

muka nadine merah akibat usikkan nalisa lalu memandang alfas yang sedang berbicara dengan zelos tentang hasratnya menitipkan taman peri dalam penjagaan desa baru sewaktu dia merantau mencari pedang miliknya yang dikatakan taehyung itu.

setelah memastikan taman peri sudah betul-betul selamat, nadine telah meminta semua peri bunga pulang ke tempat asal mereka dan perkhabaran itu mengembirakan peri bunga. malam itu juga mereka berpindah ke taman peri melalui portal magis. tinggal frasa terakhir iaitu pemindahan pohon kelahiran ke taman peri mengambil sedikit waktu kerana magis yang banyak perlu dipakai agar penumbuhan anak peri tidak terbantut.

"sayang, kau kelihatan sedih? kenapa? taetae buat hal lagi?" tanya zelos pada isterinya.

"aku cuma sedih peri bunga pergi meninggalkan kita. hanya beberapa sahaja yang tinggal kerana mereka setia dengan kerajaan kita lagipula takdir yang menunggu taehyung itu membuat aku takut dia terluka." cindy memeluk zelos

"anak kita seorang yang kuat sayang, di usianya yang kecil dia sudah boleh bertitah agar taman peri dibuka." zelos membalas pelukkan cindy.

"aku tahu taetae itu kuat, cuma aku tidak tahu dugaan seberat apa yang harus dia lalui. pelbagai rintangan harus dia lalui sebelum dia benar benar bersedia untuk perang terakhir itu" terang cindy.

"bonda, maafkan taetae ya. taetae tak seharusnya menunjukkan kuasa taetae diusia taetae sebegini. taetae tahu bonda mahukan anak bonda yang masih dalam pelukan bonda, dukungan bonda, masih comel meminta bantuan bonda tak seperti taetae yang menghilang ketika usia taetae baru seminggu" ucap taehyung.

"jangan cakap sebegitu taetae. bonda masih sayang kamu. kamu hasil pencintaan kami. ikatan pencintaan kami. mana mungkin bonda sedih melihat kamu sebegini malah bonda bangga dengan kuasa kamu" cindy mengelus lembut dahi taehyung lalu menciuminya.

"kalau begitu, bonda ambilah ini dan jaga dia baik-baik. ini nenda permaisuri kerajaan langit yang pesan pada taetae agar meneguhkan kepercayaan bonda pada taetae supaya kita akan menang perang ini dengan kekuatan bonda" pinta taehyung

"ini buku bonda taetae. ini buku magis yang bonda guna untuk praktis magis waktu kecil kerna bonda sering lupa bacaan manteranya." terang cindy

"iya bonda. taetae tahu. bonda percayakan sama taetae bahawa buku ini akan membantu kita?" tanya taehyung

"bonda percaya taetae" jawab cindy dan zelos hanya melihat anak ibu itu berbalah.

"tipu. bonda tak percaya sama taetae. pejam mata bonda. teguhkan kepercayaan bonda pada taetae." taehyung memaksa dan cindy tersenyum benar dia masih ragu ragu.

cindy mengambil nafas panjang lalu memejamkan matanya untuk teguhkan hati dia. sesungguh dia harus meletakkan kepercayaan pada anaknya.

tiba-tiba buku cindy itu bercahaya dan sedikit bertembangan di udara lalu berubah bentuk menjadi sebuah buku yang tebal dan kulitnya sungguh cantik diperbuat dari perak. zelos dan cindy terkejut tapi taehyung sama sekali tidak terkejut.

"selamat datang light grimoire" ucap taehyung.

"grimoire?!" tanya cindy dan zelos serentak.

"iya grimoire itu memilih 3 wanita betul-betul berada di pihak taetae dan wanita itu diakui lebih kuat dari sang suaminya. hihihi" taehyung melarikan diri.

"aku harus berjumpa dengan nadine." ucap cindy

" belum masanya lagi sayang. nadine masih sibuk dengan taman peri." ucap zelos

"tapi....." belum sempat cindy meneruskan ayatnya zelos memotong ayat cindy dengan kucupan hangat di umbun umbun cindy. " kita ikut rentak taetae kita. dia tahu apa yang sedang dia lakukan. kamu percayakan taetae kita kan? " senyum zelos dan dibalas anggukan cindy.

taman peri sudah 90 peratus kembali seperti sedia kala. kemeriahanya didengari dengan alunan lagu serta nyanyian gembira si kecil. permaisuri taman peri dan nadine tersenyum bahagia melihat suasana di taman peri ini.

"semua tinggalkan beta dengan tuan puteri dan beritahu pada semua yang mencari kami, kami sedang lagi sibuk!" titah permaisuri taman peri pada pengawal dan dayang istana secara tiba-tiba.

"bonda? ada apa yang bonda ingin bincangkan sehingga menghalau para dayang dan pengawal. bonda masih lagi takut akan pengkhianatan?" tanya nadine

permaisuri senyum "bukan nadine, bonda ingin menunjukkan mu rahsia kerajaan taman peri yang selama ini aku rahsiakan sebagai amanat yang mulia permaisuri taman peri yang pertama. " sambil merapal beberapa mantera di belakang singgahsana kerajaan.

setelah merapalkan beberapa mantera muncul satu portal berwarna emas. permaisuri telah memasuki portal itu disertai oleh nadine.

nadine terkejut melihat sebuah perpustakaan usang namun terdapat berjuta rak buku didalam ini. "bonda, ini buku yang ayah simpan?" tanya nadine

"ini buku ayahmu dan ibumu nadine. lalu ayahmu bukan suamiku" terang permaisuri.

nadine bergenyit tidak memahami inti pati yang permaisuri ingin sampaikan.

"baiklah tiba masa untuk bonda ceritakan semuanya. segala tentang dirimu yang sebenar. bonda tidak sangka masa ini akan sampai. bonda tahu kamu pasti akan membenci diri bonda selepas ini." permaisuri memeluk nadine

"mana mungkin aku membenci bonda. bonda satu satunya tempat ku menagih sayang dan bonda membesarkan ku hingga aku jadi sebegini" nadine membalas pelukan permaisuri.

"bonda akan menceritakan latar belakangmu kerana kamu perlu tahu inti diri kamu agar proses grimoire itu lebih mudah untuk kamu nak." nadine mengangguk

"kamu ingat cerita yang pernah bonda ceritakan waktu kamu kecil? seorang nymph kecil yang terluka?" nadine mengangguk lagi

"itu kamu nak. seorang nymph yang hampir tewas akibat magis yang terlalu kuat lahir di usia mu yang kecil. ibumu seorang anima atau lebih tepat penyihir putih dan dia seorang pemimpin puak itu. dia sahabat bonda. dia memintaku untuk mengunci kekuatan mu buat seketika waktu sehingga kamu benar benar sedia dengan magis kamu. ayahmu seorang elf pokok yang mencintai ibumu seorang penyihir putih dan berkahwin lalu melahirkan kamu. mereka bercinta dan membina perpustakaan ini yang gah dengan jutaan buku dari seluruh bumi. sewaktu ketika kamu didalam ritual mengunci magisnya mu. bonda hanya berada disini merawatmu tidak pernah keluar melawat sesiapa kerana ritual itu adalah ritual yang teliti dan mengambil 20 malam untuk menyempurnakan ritual itu. namun didalam perlaksanaan ritual itu, khabar angin tersebar diseluruh telinga puak manusia bahawa sihir itu baik putih atau hitam hasilnya tetap memudaratkan puak mereka. lalu mereka menginca setiap penyihir putih sehingga yang terakhir iaitu pemimpinnya dan itu ibumu. bonda tidak sempat buat apa apa ayah mu dibakar hidup hidup dan ibumu mati ditangan sihir hitam kerana lelah bertarung dengan manusia, sihir hitam mengambil kesempatan" terang permaisuri

"jadi ibuku dan ayahku mati akibat ketidakadilan dialami oleh mereka?" permaisuri mengangguk dan mengesat airmata nadine.

"mungkin takdirmu nak dilahirkan dalam keadaan hampir tewas kerana magis yang kuat itu lahir bersamamu dan telah memisahkanmu bersama ibumu buat sementara waktu. penyihir gelap itu fikir ibumu adalah keturunan akhir teal alvia tapi mereka silap, keturunan akhir sekarang ini adalah kamu dan grimoire itu memilihmu. apabila vampire bersayap putih dilahirkan grimoire ini akan mencari tuan mereka lalu dia memilihmu." terang permaisuri

"grimoire? tapi bukan grimoire itu hanya buku magiskah bonda? kenapa dia mencari tuan?" tanya nadine

"tidak nadine, memang buku magis dan grimoire itu sama tapi grimoire itu hidup dan dia setia memberi tuannya kekuatan mahupun pelindungan" ucap permaisuri.

"anak kecil itu telah memberitahumu bukan. teguhkan hati sebelum membukanya. bonda akan membantumu" sambung permaisuri

tiba tiba satu letusan telah mengempar seisi istana dan letusan itu juga di dengari oleh permaisuri dan nadine.

"pencerobohan, pencerobohan di gerbang utama. kita diserang" jerit seorang pengawal.

"bonda!" panggil nadine.

"ayuh bantu bonda pertahankan taman peri" pinta permaisuri

nadine dan permaisuri telah melihat beberapa pahlawan peri yang dipimpin alfas sedang bertarung dengan vampire di pintu utama namun melihat seorang penyihir yang cukup kuat melahirkan beberapa raksasa.

"bonda akan membantu alfas. nadine bantu peri penyembuh" nadine mengangguk.

setelah bertarung dengan raksasa itu, permaisuri telah menyerang penyihir itu. "ailen, kau masih hidup? kenapa kau pilih kegelapan?" permasuri menyerang lagi.

"kau mengenaliku? bagus. akan ku musnahkan jasad kau" gelak ailen

"cactus spike" permaisuri menyerang duri kaktus namun dihalang oleh raksasa itu.

"shadow binding, dark explode!" ailen mengunci pergerakan permaisuri dan letupkan dengan bom hitam lalu permaisuri terluka akibat letupan itu.

"oh night ghost orchid.. give them your powerful dose.. sleeping powder!" permaisuri berjaya menidurkan raksasa namun itu tidak pada ailen.

"kurang ajar!" ailen membaling pisau beracun pada permaisuri dan pisau itu mengena pada perutnya.

"kau tidak akan terseksa. sedikit saja lagi kau akan lenyap. dark chaos open!!" sebuah portal gelap cuba menarik permaisuri dan semua yang berada disitu

"bonda!" nadine menjerit. grimoire itu bereaksi setelah mendengar rintihan nadine.
ailen terkejut melihat magis sebesar itu malah sihirnya juga belum memasuki sebesar itu.

magis petagram muncul dibawah kaki nadine berdiri dan grimoire itu terbuka diatas kepala nadine. urutan spell berwarna emas itu timbul mengelilingi tubuh cantik milik nadine dan bercahaya sehingga melihat tubuh badan baharu milik nadine yang kini bertukar menjadi.............

bersambung..
comment about this chap and dont forget to tags #ifollowupAPVS..

hope u guys will like it.. from me sweetsugaaswag (deepbow)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience