2. Ramalan / Oracle

Fantasy Series 11387

selepas lamaran itu, cindy bersetuju kerana ternyata dia juga ada menyimpan perasaan pada zelos. Baginya zelos bersungguh dalam menyelesaikan masalah puak vampire ini. cindy mula mencintai zelos kerana zelos sering menaruhkan nyawanya bagi melindungi dia dan nadine ketika merantau. beliau juga turut menghadiahkan cindy seutas rantai yang dibuat dari magis silver stone.

keesokkanya, majlis sambutan perkahwinan diantara zelos dan cindy dan kenaikan takhta zelos. majlis itu disambut meriah oleh penduduk desa baru.

kelihatan majlis itu berlangsung indah. trolls menari bersama alunan muzik dari elf dan hiasan majlis dibuat oleh peri bunga dan ogre. werewolf menjadi penjaga pendinding.

nadine dan nalisa tentulah umat yang paling gembira melihat sahabatnya berkahwin dan menaiki takhta kerajaan desa baru.

"cindy, aku akan meninggalkan kalian buat sementara waktu. bondaku memerlukan ku. desa manusia masih aman kerana terdapat beberapa manusia yang mahir membunuh vampire dengan alat moden mereka. tetapi puak bondaku menjadi sasaran kerana perbatasan bondaku menjadi lemah kerana kebanyakan peri bunga bekerja keras pada pohon kelahiran berbanding pendinding." ucap nadine

"ahh aku juga rindu pada pohon kelahiran. terdapat banyak anak kecil yang comel-comel." ucap nalisa. "terima kasih ya nadine dan juga cindy. kalian buat hidupku makin menarik dan aku tidak kesunyian lagi kerana adanya mereka" nalisa meneruskan ucapanya lalu menunjukkan pada semua warga desa yang meraikan hari perkahwinan cindy. nalisa juga menerangkan bahawa dia juga seronok ada penempatan di tasiknya. oleh itu, dia tidak terasa terpinggir lagi kerana lady of the lake hidup keseorangan dan hanya menanti umat yang singgah ditasiknya.

cindy tersenyum bahagia lalu memeluk nalisa.

"nadine kau hati-hati ya pulangnya. aku takut vampire jahat mengejarmu." ucap cindy nada gelisah.

nadine dan nalisa ketawa serentak mendengar kata-kata cindy. "hey, aku tidak keluar dari perbatasan kitalah. nalisa akan bukakan portal untuk aku kembali ke tamanku dan menyiapkan beberapa sudut baru untuk portal dua hala. portal ini akan memudahkan kita jika berlaku kecemasan. contohnya tamanku diserang. aku boleh membawa peri bunga ke desa baru dan begitulah sebaliknya." terang nadine panjang lebar pada cindy.

"ahh, aku ingat kau akan ikut jalan hutan sendirian." ucap cindy

"cindy, nadine mahu tunjuk sesuatu pada kamu. dia takut kamu sedih jadi dia hanya tunjuk padaku tapi bagiku ini satu perkembangan yang bagus." nalisa menepuk bahu nadine

"nalisa. kau !" bentak nadine

"hey, hey. jangan gaduh lah. aku ok." terang cindy.

dengan rasa berat hati, nadine tunjukkan sayapnya yang diperoleh sewaktu magisnya telah kukuh dan memasuki tempoh matang. semua tersenyum disitu. bahagia melihat keindahan sayapnya nadine yang merah kuning keemasan.

"cindy, kau ok? aku bukan tidak mahu menunjukkan padamu. aku takut kau sedih kerana dulunyakan kau ada sayap. selepas ritual itu kau hilang semuanya kecuali magis mu." terang nadine sambil melihat ke tanah.

"aku ok nadine, tapi tipulah kalau aku tak sedih. aku bukan sedih kehilangan semuanya tapi aku cuma rindu pada mama dan papa. aku sudah tidak dapat berjumpa dengah mereka. ini hari perkahwinan ku tapi mereka tiada disisiku" ucap cindy dengan lirih.

mereka bertiga berpelukan kerana mereka memahami perasaan cindy buat waktu sekarang. mereka adalah keluarga cindy sekarang dan selamanya.

pada kemeriahan meraikan majlis perkahwinan itu, ada beberapa yang memerhati gelagat warga desa baru di sebuah sudut.

"aku tidak sangka takdir menyebelahi mereka. tidak guna punya dewa, aku harus lakukan sesuatu untuk hapuskan ikatan suci itu. zelos perlu dihapuskan. desa baru harusku tawan. aku dahagakan darah keturunan tertinggi itu. hahahahaha!" terlihat seorang ketua vampire berdarah campur itu semakin tamak dan mencari peluang untuk menawan desa baru lalu membunuh zelos.

sementara itu, pemaisuri dewa turut melihat cindy melalui kristal magis "suamiku, lihatlah. ikatan suci seperti yang diramal oleh ayahmu ternyata benar. jika perang ini habis. tiada lagi peperangan diantara sesama umat di bumi." pemaisuri dewa berkata. permaisuri turut memerhati gerak geri cindy.

"kenapa harus puteriku? aku tidak menyangka anakku harus diuji seberat ini" jawab yang tertinggi

"percayalah pada takdir wahai suamiku, kita semua tidak mampu melawan takdir termasuk aku. " pemaisuri mendekati tertinggi

"kita harus menunggu ikatan murni berlangsung pula. waktu kedua-dua kerajaan itu akan menjadi kuat. desa baru dan taman peri" permaisuri telah dapat menentukan takdir pahlawan peperangan.

"apa maksudmu isteriku" tanya tertinggi.

"apabila keturunan suci dan darah suci bersatu membentuk ikatan suci, tiada apa yang dapat memecahkan barisan kerajaannya. lalu apabila tonggak utama barisan hadapan dan tonggak utama barisan belakang bersatu membentuk ikatan murni. maka benih mereka adalah umat yang menjaga kesucian dan kemurnian tanah di muka bumi kelak" pemaisuri dewa membacakan ramalan yang tetulis di sebuah batu ditaman dewa dewi itu.

"jadi maksudmu puteriku dan anak vampire itu adalah ikatan suci?" tanya tertinggi "habis siapa pula si tonggak utama barisan hadapan dan belakang?" tetinggi terus bertanya pada permaisuri.

"itu yang harus kita cari tahu suamiku, kita kena pantas mencari jawabannya agar kita sedikit sebanyak dapat melindungi mereka sehingga mereka bersatu. jika puak vampire penderhaka itu dapat tahu siapa mereka yang bersatu menjadi ikatan murni, saya risau mereka akan membunuh pasangan itu" jawab permaisuri

pada petang itu, perkahwinan diantara darah suci dan keturunan suci iaitu zelos dan cindy berlangsung. pelbagai magis berbentung bunga api dikeluarkan bagi memeriahkan suasana.

malam pula, pertabalan zelos sebagai Raja desa baru dan cindy sebagai permaisurinya.

"Disini kita berdiri, dibawah kerajaan desa baru. dipimpin oleh pemimpin yang kerajaannya dirampas. Dialah yang menyatukan kita tidak kira kita dari puak mana. disini kerajaan yang perlu kita tumpahkan setia dan dengan ini saya tabalkan zelos caranel sebagai Raja baru kita." oleh itu zelos ditabalkan sebagai raja dengan rasminya oleh nadine dan nalisa. kedengaran laungan long live king dilaungkan beberapa kali oleh rakyat desa baru yang mendoakan raja mereka panjang umur dan terus memakmurkan kerajaan desa baru.

setelah itu, kerajaan desa baru makin kukuh setelah melantik nadine sebagai panglima perubatan dan nalisa sebagai panglima latihan peperangan. zelos juga melantik orang bijaksana dari semua puak yang ada sebagai orang yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

sebulan zelos menjadi raja desa baru. beberapa serangan ke atas desa baru berjaya dipatahkan. hasil daripada kebijaksanaan cindy dalam perancangan peperangan dan taat setia rakyat desa baru dalam mempertahankan desa baru.

Nalisa dan nadine telah berjaya dalam menghubungkan desa baru dengan taman peri bunga. ternyata kerajaan taman peri tidak stabil akibat kelemahan pendinding mereka tertua peri disana sering bergaduh ada yang mementingkan pohon kelahiran dan ada yang berkeras meminta pendinding itu terus diperkukuhkan kerana sering berlaku penyusupan akibat kebocoran pendinding itu. kerajaan taman peri harus berterima kasih pada beberapa pahlawan dari puak lain.

"Nalisa, aku akan tinggal di taman peri untuk menyelesaikan persengketaan ini. taman peri sudah bercelaru. beritahu cindy dan zelos untuk tumpukan pada pemerintahan dulu. jangan risaukan aku. aku akan pulang juga bila tiba saatnya nanti dan mintanya untuk menjadikan portal ini sebagai rahsia kerajaan." pesan nadine pada nalisa.

"aku faham. jaga diri kau wahai sahabatku nadine." balas nalisa

selepas sahaja portal itu ditutup. nadine terus keluar bilik tidurnya dan meluru ke pusat kerajaan taman peri. sesampai sahaja terlihat suasana sunyi dibahagian pentadbiran. selepas keluar dari istana, suasana di tempat tinggal peri turut sunyi. tingkap-tingkap di pohon peri juga turut tertutup dan dia tidak melihat satu pun peri lalu di situ.

nadine nekad untuk pergi ke pohon kelahiran. mungkin semuanya disitu. dia terbang tinggi ingin melihat suasana di taman peri kini. dia terlalu pelik dengan suasana seperti ini.

sewaktu ingin sampai ke pohon kelahiran terdapat beberapa bunyi letupan. nadine berasa tidak sedap hati kerana berlaku peperangan di tempat suci itu.

"hey berhenti!!!" nadine menjerit.

"apa yang kalian lakukan ini. menderhaka keatas taman peri atau apa huh?" marah nadine. "aku hanya meninggalkan taman peri baru 3 bulan. aku berada di desa baru. bonda pemaisuri tahu semua itu." sambungnya lagi.

"semua di ruang temu malam ini! aku ingin jumpa kalian semua termasuk pahlawan dari puak elf itu." pesan nadine dan dia berlalu mencari bondanya didalam pohon kelahiran.

"bonda!" panggil nadine.

nadine dan ibunya berpelukkan. bondanya sudah lelah menggunakan magis kerana hanya sebulan sahaja lagi hari kelahiran anak anak peri bunga baharu.

malam itu perjumpaan telah diadakan. semua barisan pahlawan peri dan elf termasuk juga barisan pertahanan peri bunga juga turut hadir. cuma beberapa barisan penyembuh sahaja dihadiri oleh yang tertua kerana para peri bunga penyembuh sibuk membuat persiapan lahir peri.

"apa yang kalian telagahkan? beritahu aku?" tanya nadine.

"tuan puteri, saya yang memulakan pertelagahan ini. saya yang tertua barisan pertahanan peri bunga. maafkan saya. saya hanya menjalankan tugas tetapi saya tidak mampu melihat anak buah saya mati lagi. kami berkeraskan mempertahankan pendinding untuk melindungi seluruh taman peri namun kami hanya peri bunga pelindung dan tidak mahir bersenjata. jika berlaku pencerobohan disebabkan kebocoran pendinding tiada siapa yang melindungi kami. sebab yang tertua barisan pahlawan berkeras mahu mengawal di pohon kehidupan sahaja. saya tidak menyalahkan barisan penyembuh kerana itu adalah tugas mereka meraikan si kecil." si tertua pertahanan bertutur di hadapan nadine.

"tertua pahlawan, ada apa-apa yang ingin kau katakan." tanya nadine.

"maaf tuan puteri. tiada. cuma saya nak pesan pada tuan puteri, pohon kelahiran amat penting bagi kita" kata tertua barisan pahlawan.

"saya rasa apa yang dikatakan oleh tuan tertua pertahanan ada betulnya" jelas nadine. "oleh itu, saya ingin barisan pahlawan peri berada di barisan pendinding dan pahlawan elf berada pohon kelahiran." terangnya lagi.

"tapi tuan puteri, kenapa tidak barisan pahlawan elf di pendinding. mereka lebih mahir berperang. lagipula dia tidak tahu kelemahan pohon yang harus dijaga." tanya yang tertua barisan pahlawan.

"dengarkan perintahku, elf adalah tetamu dan dia tidak boleh melepaskan magis menembusi pendinding seperti kalian!" marah nadine.

"perintahmu didengar tuan puteri" sambut semua barisan tentera peri bunga dan terdapat laung "bless" yang dijadikan sebagai doa mereka untuk negara.

ada elf yang tersenyum melihat nadine memerintah rakyat peri.

esoknya dia pergi melihat nadine di air terjun taman peri. dan melihat nadine sedang mandi. dia tersenyum melihat kecantikkan yang terzahir pada nadine.

tetiba batu yang dia pijak bergegar dan elf itu jatuh ke dalam air sungai itu. ternyata nadine menggunakan magis untuk menjatuhkan orang yang menghendapnya mandi.

selepas itu, dia menggunakan healingnya untuk menyedarkan elf itu lalu elf itu pun tersedar.

"kamu memang tiada perkerjaan lain ya yang harus kamu lakukan selain mengintai aku mandi.?" tanya nadine

"hahaha, maaf aku bukan sengaja. aku mahu berkenalan dengan kamu wahai puteri peri bunga." jawab elf itu.

"aku alfas, putera elf." terang alfas

nadine pelik sebenarnya kerana ada elf yang terselamat sedangkan dia merantau di desa elf untuk mencari mangsa perperangan dan hasilnya nihil. "jadi, macam mana kamu boleh berada disini. aku tidak sangka pahlawan itu adalah dari puak elf kerana aku pergi ke desa elf semua sudah hancur. sisanya hanya sedikit dan berada di desa baru." tanya nadine

"kami sedang keluar desa untuk merantau waktu peperangan itu. setiba sahaja aku kembali ke desa ku memang aku lihat seluruhnya hangus dan darahku juga bercahaya tanda kedua ibubapaku sudah mati. lalu aku mendengar taman peri ini sedang di dalam peperangan hasil perebutan desa. jadi aku disini untuk membantu. apa masih ada sisa-sisa elf. boleh kau tunjukkan padaku dimana mereka? aku ingin berjumpa dengan rakyatku." tanya alfas

"jadi begitu ceritanya? ok. pasal rakyat kamu, aku tidak boleh berjanji kerana mereka telah menjadi rakyat desa baru." jawab nadine

"oh aku faham. cuma aku tak faham..." alfas mengantungkan ayatnya dan nadine membuat muka keliru "mengapa kamu pendek dari peri-peri yang lain."sambung alfas sambil ketawa

muka nadine merah akibat alfas mengutuk fizikalnya yang pendek itu. lalu dia membuat magis angin dan mencampak alfas setinggi tingginya.

"huh' itulah cari penyakit. lelaki jangan pernah tegur tubuh fizikal perempuan." nadine beransur pergi.

alfas tersenyum senang melihat nadine marah begitu. selepas kejadian itu, pelbagai cara alfas gunakan untuk tarik perhatian nadine tapi tekniknya tak pernah romantik, caranya lebih kepada menyakat.

pada hari kelahiran anak peri bunga, satu jamuan besar besaran telah diadakan untuk meraikan si kecil yang bakal tiba. setelah itu. semua peri datang ke jamuan itu. setelah semua tetamu hadir pemaisuri peri bunga memberikan ucapan.

"wahai pejuangku, wahai rakyat jelataku. hari ini kita akan menyaksikan kelahiran bayi peri kita selepas setahun ini kita bersusah payah menjaga pohon mereka. kita bekerja keras mempertahankan negara dan kita layak dipanggil pejuang. wahai pencinta taman peri marilah kita bersatu membentuk kerajaan yang kuat dan kekalkanlah kemakmuran ini. wahai simati sesungguhnya kami berterima kasih padamu atas jasamu melindungi kami" ucap permaisuri

sang tertua barisan pahlawan melaungkan "long live Queen!" sebanyak tiga kali dan meminta semua untuk minum atas perayaan ini.

tiba-tiba alfas menjentik batu ke arah gelas nadine dan gelas itu pecah. alfas ketawa lagi. nadine berang dan ketika alfas hendak minum, nadine bekukan air dalam gelas alfas.

permaisuri telihat lemah dan berkata air itu ada hipnosis jangan minum. setelah melihat permaisuri pengsan semua yang minum air untuk meraikan hari kelahiran si kecil turut pengsan. nadine dan alfas bingung kerana mereka belum sempat minum air tadi jadi mereka baik baik saja.

sang tertua barisan pahlawan ketawa besar melihat kejayaannya dan berlaku penyusupan. beberapa vampire jahat telah menceroboh masuk.

pohon kelahiran yang menunggu detik kelahiran turut menjadi pudar kerana tiada magis disalurkan.

"nadine salurkan magismu pada pohon kelahiran, aku akan pertahankan mu. percayakan ku." jerit alfas

alfas telah mengeluarkan tongkak sakti dan menukarkannya menjadi pedang untuk melawan vampire itu. ternyata alfas bukan sebarang pahlawan. dia pahlawan yang boleh mengunakan pedang dan magis serentak.

nadine menyalurkan magisnya pada pohon kelahiran dan ingin menggunakan portal untuk meminta pertolongan nalisa dan yang lain di desa baru tetapi dia tidak cukup magis.

"alfas bantu aku! pegang tanganku dan salurkan magis mu" minta nadine dan alfas lakukan dengan pantas.

"O ring of the portal, gimme a way to new town and transfer us to them" seru nadine pada cincinnya

alfas menolak semua vampire yang mendekatinya dengan magis angin dan mencampak jauh dari pohon kelahiran dan pohon kelahiran lenyap dari taman peri setelah melalui portal itu.

cindy, zelos, nalisa mendapat panggilan bantuan dari nadine dan mereka melihat portal dari langit terbuka luas.

"pohon kelahiran! semua ahli magis pergi berhampiran dengan portal itu dan bantu peri bunga disana sekarang." perintah cindy.

zelos, cindy dan nalisa juga turun ke situ untuk menyambut nadine.

"patutlah sebulan dua ni vampire jahat itu tidak mengacau desa kita rupanya dia ada niat lain. taman peri huh" cindy berucap

"kau jangan lasak dan terlebih guna magis sangat cindy. kau tu hamil!" pesan cindy

bersambung!!

sudilah rated dan comment ceritanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience