BAB 2

Crime Completed 2181

Sosok itu merupakan seorang pelajar lelaki yang paling aku menyampah.Aku menyampah dengan dia sebab pengalaman agak menjengkelkan.Aku dulu pernah mengaku aku suka dia tapi main-main je.Waktu tu aku dengan kawan sekelas aku main permainan yang diberi nama TRUTH OR DARE.Awal-awal tu okey je bila giliran aku,aku dah mula rasa tak sedap hati.Rupa-rupanya jangkaan aku tadi betul.Aku diberi pilihan untuk memilih sama ada jerit "I LOVE YOU" dekat kelas sebelah yang memang ada crush aku atau aku kena sebut nama crush aku dalam kelas aku.Dalam kelas aku, aku tak suka siapa-siapa sebab aku suka gaduh je dengan diorang.Memang tak la aku nak suka siapa-siapa.

Selepas itu,aku terpaksa pilih pilihan kedua.Sebenarnya,aku tak terfikir pun nama sesiapa,dengan tiba-tiba dia muncul di situ.Aku dengan tidak berfikir panjang,sebut nama dia.
"Adam Arif",kata aku dengan suara yang agak lantang.(Suara aku memang kuat dan lantang.)
"WEH KORANG,AINA MUNIRAH SUKA ADAM ARIF"jerit seorang mahkluk Allah yang buat aku rasa geram sampai sekarang.
"Woi sini kau!!!"jerit aku sambil kejar dia dengan penyapu.(Dengan bantuan Sha dia dapat ditangkap.Sha merupakan atlet sekolah dalam acara lumba lari,jadi memang mudah la dia nak tangkap orang.)

Bermula hari itu,satu sekolah tahu tentang itu.Satu tahun aku malu sebab tu.Akan tetapi nasib menyebelahi aku,tahun itu merupakan tahun terakhir aku bergelar pelajar di sekolah kebangsaan tersebut.Selama satu tahun aku dengan Adam tak bercakap.Setiap kali berjumpa mesti akan lari.Tetapi disebabkan aku ada sahabat yang kadang-kadang buat aku geram diorang ni lah yang selalu tarik aku untuk jumpa Adam tu.

Walau apa pun benda yang aku buat untuk tak jumpa Si Adam ni memang akan jumpa juga.Dah nama pun satu kelas,elak macam mana pun tetap akan jumpa juga.

Tetapi bukan aku sorang je yang dikatakan ada teman lelaki, Sha dan Amani juga ada.

Kisah Sha ni complicated sikit.Sha tak suka pun dekat Muaz.Muaz ni merupakan anak salah seorang tenaga pengajar di situ.Bapanya merupakan seorang ustaz.Muaz ni dah lama menaruh perasaan dekat Sha ni,cuma Si Sha ni malas nak ambil tahu.Biasalah,jenis hati kering.

Kisah Amani ni sweet betul.Amani ni seorang yang hati lembut dan senang layan orang.Hubungan Faris dan Amani memang baik sekali.Faris,Adam dan Muaz merupakan kawan baik.Pada awalnya aku dengan Sha melarang Amani untuk meneruskan hubungannya dengan Faris.Akan tetapi,bila aku dan Sha mengingati bahawa Faris,Sha dan aku memasuki tadika yang sama.Pada mulanya aku tidak ingat bahawa aku dan Sha memasuki tadika yang sama.Selepas itu barulah kami dua membenarkan Amani berhubungan dengan Faris sebab kami tidak risau mengenai perangai Faris kerana kami berdua sudah mengenalinya sudah sekian lama.

Begitulah kisah cinta monyet kami.

                          TO BE CONTINUED

Wahai pembacaku yang baik,jangan lupa vote okey?Bye aku dah nak pergi mandi,dh wangi sangat dah ni.Muahhhh cikittt....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience