Selama lima tahun aku meneruskan hidup di Bangkok,aku telah menyambung pelajaran di sebuah universiti yang terkemuka di sana
dan buat kerja sambilan untuk menampung pembelanjaan harian aku.
Kini tiba masa yang aku nantikan iaitu aku telah menghabiskan pelajaran.Sekarang aku perlu mencari kerja tetap.Aku mengambil kos Ekonomi.Sewaktu aku masih belajar aku telah melaburkan wang yang ada di dalam akaun bank arwah ibu aku sedikit demi sedikit dan dilaburkan ke dalam sebuah syarikat terbesar di Thailand,Malaysia dan Singapura.Itulah yang telah aku pelajari dari arwah ibu bapa aku.Kini saham aku sudah melebihi 30% dan aku merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut akan tetapi aku tidak menunjukkan diri aku selama aku melabur dalam syarikat tersebut.Aku juga menggunakan dua nama iaitu Mayuree Ritthirong dan Nur Aina Munirah.Aku menggunakan nama Mayuree untuk kegunaan pejabat seperti syarikat,universiti dan lain-lain.Manakala nama Nur Aina hanyalah untuk kegunaan luar dan hanya digunakan di Malaysia.Dalam erti kata lain,aku mempunyai dua kad pengenalan.Di Malaysia aku berstatus warganegara manakala di Thailand aku berstatus penduduk tetap.
Sebenarnya aku telah mendapat kerja tetap iaitu menjadi CEO akan tetapi aku hanya menjadi pengurus besar kerana aku ingin menyembunyi rahsia aku untuk membalas dendam.
TO BE CONTINUE
Wahai pembacaku yg baik,jangan lupa vote okay?
Share this novel