Setelah dua tahun menghilangkan diri,kini Porshe terserempak dengan Aina dan sahabat-sahabatnya di Malaysia.
"Hai,Porshe.Lama tak nampak.Aina cakap awak dah tak stay dekat Thailand.Awak pergi mana?"sapa Imah dengan ramah.
"Hai,Imah.Saya stay dekat Paris sekarang."jawab Porshe yang melihat Aina beredar dari situ tanpa sepatah kata.Terdetik di hati kecilnya 'adakah Aina sudah membenci aku?'
"Ohh ok.Kitaorang pergi dulu ekk.Aina tu sibuk sikit hari ni tu sebab dia tak cakap and terus gerak.Dia badmood sikit.Sorry ok?"kata Sha sambil mencuit Imah dan memberi isyarat kepada Amani.
"It's okay.Bye.Tolong kirim salam saya untuk Aina."balas Porshe dan berlalu pergi dari situ.
Sha,Imah dan Amani berlari-lari anak menuju Aina yang sudah jauh.
"Weh,kita nak makan dekat mana ni?"tanya Amani.
"Dekat kedailah."jawab Sha.
"Aku tahu lah dekat kedai takkan dekat bawah jambatan pulak.Maksud aku kedai mana?"balas Amani geram.
"Kau nampak kedai makan tu dekat mana? Dekat depan kan?"balas Sha. Amani dan Sha pun mula lah nak bertikam lidah.
"Weh dah ahh."kata Imah yang cuba menenangkan keadaan.
Aina dari tadi hanya mendiamkan dirinya.Selalunya dia akan meleraikan kekusutan itu atau akan ketawa besar. Akan tetapi disebabkan kejadian tadi, Aina tidak bercakap sama sekali.
"Aku nak bagitahu something ni."kata Sha.
"Amende weh?"balas Amani.
"Bulan depan aku tunang."balas Sha dengan muka tak rela nak kahwin.
"Happy-happy ahh sikit. Kau dah nak kahwin tau.Nanti tak da seri pengantin lak."sakat Imah.
"Ni mesti pasal mak ayah kau yang paksa,kan?"tanya Amani.
"Haah."jawab Sha.
"Aku tahu aku pandai."kata Amani dengan riak.
"Weh Aina,kau dari tadi tak cakap apa-apa. Kau dengar tak?"kata Imah.
"Woi,Aina!!!" jerit Sha sambil meluku kepala Aina.
"Apa kau ni ,Sha? Sakit lah,weh. Terjerit-jerit bagai. Terkejut aku."balas Aina dengan muka terkejut.
"Tadi waktu aku cakap,kau duduk dekat alam barzakh ke?"marah Sha.
"Kau cakap apa? Aku tak dengar apa-apa pun."balas Aina kehairanan.
"Memang sah dia dah masuk alam barzakh. Korang bagitahu lah dia. Kejab lagi kalau aku bagitahu,risau ada pulak yang mati dekat sini."balas Sha.
"Ok macam ni,Sha dah nak tunang bulan depan."kata Amani.
"Ohh okey. Congratulations."balas Aina lalu diam kembali.
"Dah abaikan lah dia. Weh Sha,kau akad nikah bila?"tanya Amani yang ingin tahu.
"Aku akad nikah dalam tiga minggu selepas tunang. Mak ayah aku nak cepatkan sebab aku dah tua."terang Sha dengan muka nyampah.
"Majlis resepsi pulak bila?"tanya Imah.
"Seminggu selepas akad nikah. Kenduri lambat sikit sebab nak prepared dulu."balas Sha.
"Ohh,ok. Weh aku balik dulu ekk? Aku rasa macam nak demam."kata Aina dan bangun dari tempat duduknya.
"Ha,ok.balas Sha,Amani dan Imah.
"Gerak lu,papa roger. Assalamu'alaikum."kata Aina lalu berjalan beredar dari situ menuju ke kereta.
"Waalaikumussalam."balas mereka.
POV Aina.
Pahal tiba-tiba dia muncul setelah lama hilang? Apa yang dia nak? Dah lah malas aku nak fikir. Baik aku mandi,lepastu makan ubat and tidur.
Sebulan kemudian,tibalah masanya majlis pertunangan antara Sha dan tunangnya Faiz diadakan.
"Weh,aku nak announced something. Aku pun dah nak kahwin."kata Imah.
"Bila?"tanya Aina.
"Aku tunang minggu depan. Akad nikah bulan depan. Majlis resepsi pulak dua minggu selepas selesai akad nikah."terang Imah.
"Memang nak ambil tarikh dekat dengan majlis aku ke macam mana tu?"balas Sha.
"Tak lah."balas Imah.
"Weh,Aina. Kau tak da calon ke? Kami semua dah nak kawin,kau pulak single lagi."tanya Sha.
"Tah-tah Si Aina ni suka sejenis kut."perli Amani.
"Tak habis- habis dengan soalan bodoh kau tu."kata Sha sambil meluku kepala Amani.
"Aku pun tak tahu lah."balas Aina.
Selepas semua benda selesai,Aina pun balik ke Bangkok. Porshe pula hanya mendiamkan diri dan memerhatikan segala pergerakan Aina.
Setelah selamat mendarat,Aina pun balik ke rumah dan berehat. Keesokan harinya,ada seseorang yang membunyikan loceng rumahnya. Setelah membuka pintu, terlihat Porshe sedang melutut sambil memegang cincin dan dibelakangnya kelihatan seperti rombongan meminang.
Secara terpaksa Aina perlu menerima pinangan itu kerana dia tidak mahu Porshe menanggung malu. Empat bulan kemudian,mereka telah selamat menjadi pasangan suami isteri.
Akhirnya,mereka hidup tenang dan bahagia tanpa gangguan dari pihak lain.
END
Wahai pembacaku yang baik,jangan lupa rate ok. Terima kasih kerana telah menyokong ff ini. Byeee.
Share this novel