BAB 9

Crime Completed 2181

Seminggu selepas hari bahagia Amani,aku pun kembali ke Bangkok.Sewaktu dalam perjalanan,aku telah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata.Sudah aku jangka,perkara ini akan berlaku.Aku telah diserang oleh ahli kumpulan Harimau Putih.Mereka mengikuti aku dari hotel hingga ke lapangan terbang.Aku sememangnya sudah mengetahui mereka mengikuti aku sejak hari kedua aku di Malaysia.Aku membiarkan mereka mengikuti aku.Aku ingin melihat sejauh mana mereka mampu membuat angkara di hadapan aku.

Di pertengahan jalan,aku telah diikuti oleh lima buah kereta dan dihalang oleh dua kereta.Aku memberhentikan kereta aku.Perlahan-lahan aku turun dari kereta.Mereka menyuruh aku mengangkat tangan.

Mereka ingin memeriksa aku.Pada waktu itu aku menendang salah seorang dari mereka dan mengambil pistol di dalam kereta.Aku mengacukan pistol kepada mereka.Mereka mengertak aku.Mereka menceritakan tentang peristiwa hitam itu dan membuatkan aku bertambah marah dan geram.Akhirnya aku melepaskan satu tembakan di udara.Mereka terkejut dengan tindakan aku.

Mereka melarikan diri kerana bunyi tembakan yang kuat.Aku sedikit pun tidak gentar malah aku gembira sebab mengetahui kumpulan itu masih ada.

Aku kembali ke Bangkok.Aku memastikan orang bawahan aku mengesan mereka.Aku menghubungi orang bawahan aku.
"Hello,kau dah dapat ke belum maklumat pasal orang yang bunuh mak ayah aku?Aku nak kau pastikan kau dapatkan maklumat tu sebelum pukul 12 malam.Malam ni kau jumpa aku dekat gudang lama tempat perjumpaan biasa.Kalau kau lambat,kau mampus."kata aku dengan tegas.
"Baik,bos.Saya dah dapat semua maklumat.Malam ni saya akan tunggu dekat markas."???
"Good."kata aku dan menamatkan perbualan.

Pada pukul 11:30 aku mandi dan bersiap untuk ke markas.Aku memakai serba hitam.Sebaik sahaja aku melangkah masuk semua orang yang ada di situ menunduk hormat kepada aku.
"Mana barang yang aku minta?"tanya aku dengan dingin.
"Ini bos.Bos nak saya bunuh dia?"balas Porshe yang merupakan orang bawahan aku yang paling setia.
"No,aku nak dia tersiksa.Aku akan masuk dari dalam."balas aku sambil melihat dokumen yang ada di dalam sampul itu.

Aku terkejut saat melihat isi di dalam sampul itu.Aku terus berlari ke dalam kereta.Aku menangis.Aku sudah menyangka orang yang membunuh arwah ibu bapa aku ialah seorang yang baik dengan keluarga kami.Aku melihat gambar itu dan aku mengenggamnya sehingga hampir koyak.


TO BE CONTINUED

Wahai pembacaku yang rajin,tolong vote okay?Muahh cikit....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience