Pada suatu hari,yang merupakan hari lahir aku yang ke-17 satu sejarah hitam telah berlaku di rumahku.Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah,aku melihat ibu bapa aku dan pembantu rumah aku telah diikat dan diacukan pistol oleh ketua kumpulan Harimau Putih yang dikenali Long Tiger.Mereka telah memecah masuk rumah aku dan membunuh semua pengawal keselamatan di situ.Bahkan mereka juga telah membunuh ibu bapa aku yang cuba menyelamat aku.Sewaktu aku ingin melarikan diri,aku telah ditembak di bahagian bahu.Aku berjaya melarikan diri dan aku gunakan semua kudrat yang aku ada untuk selamat diri aku kerana pada waktu itu aku tahu bahawa ibu bapa aku sudah tidak sempat untuk diselamatkan.
Pada malam itu,aku pergi melihat situasi dirumah aku.Kelihatan seperti mereka sedang menunggu dan mencari kerana aku merupakan satu-satunya pewaris empayar keluarga aku.Sewaktu mereka sedang nyenyak tidur,aku senyap-senyap menyelinap masuk ke dalam bilik aku melalui tingkap.Aku mengambil semua barang-barang yang penting dan masukkannya ke dalam beg sekolah aku.Pada malam itu,aku pergi ke sebuah motel yang agak jauh dari situ.Aku cuba menenangkan diri dan cuba untuk berfikir bagaimana cara untuk aku larikan diri dari mereka.Setelah lelah aku memikirkan cara aku tertidur.
Pada keesokan harinya,aku telah pergi ke bank untuk mengambil wang di dalam akaun bank ibu bapa aku.
"Ya,apa yang boleh saya bantu?"tanya seorang juruwang yang ada di situ.
"Saya nak buat pengeluaran wang dari akaun ini"balas aku dan memberikan buku bank tersebut.
"Boleh berikan kad pengenalan diri?"tanya juruwang tersebut.
"Nah"balas aku sambil menghulurkan kad pengenalan aku.
"Harap maaf,umur cik tidak mencukupi had umur kami.Jika cik ingin membuat pengeluaran cik perlu berumur 18 tahun keatas atau membawa waris yang berumur 18 tahun keatas"kata juruwang tersebut.
"Ibu bapa saya dah tak ada.Saya anak tunggal.Ibu bapa saudara pun dah tiada.Datuk dan nenek saya pun dah tiada.Saya dah tak ada siapa-siapa.Duit ni pun saya nak ambik untuk menampung keperluan harian saya.Saya nak kerja tapi belum cukup umur.Boleh tak tolong saya,saya betul-betul perlukan duit sekarang ni."kata aku dengan muka yang berharap dia akan membantu aku.
"Kali ni saya tolong cik.Cik nak keluarkan berapa?"balas juruwang itu.
"Semua"jawab aku.
Semua berjalan lancar.Sekarang aku hanya perlu ke luar negara supaya kumpulan Harimau Putih itu tidak dapat mengesan aku.Akhirnya,aku melarikan diri ke Thailand.Aku menaiki kapal terbang untuk kesana.Aku mengambil Class Economy kerana aku ingin menjimatkan wang aku.Sebenarnya,aku boleh menaiki kapal kerana itu lebih menjimatkan wang aku,akan tetapi kapal lebih berbahaya.
Setelah aku selamat mendarat di lapangan terbang,aku mencari motel untuk aku berehat hari itu.Aku menghidupkan kembali telefon pintar ku.Aku membuka aplikasi WhatsApp aku melihat semua sahabat aku mengucapkan selamat hari lahir pada aku.Aku tidak memberitahu mereka kerana aku tidak mahu mereka risau tentang aku.Sebelum aku sampai ke Thailand aku telah menganti nombor telefon aku.Tanpa aku sedar,aku menangis dan tiba-tiba ketawa.Aku ketawa kerana aku bakal menyeksa mereka yang membunuh ibu bapa aku dengan lebih teruk seperti mana mereka menyeksa orang lain.Aku berjanji pada diri aku untuk membalas dendam kepada mereka yang telah membunuh ibu bapa aku.
BE CONTINUE
wahai pembacaku yang comel,jangan lupa vote okay?muah cikitttt..... sorry semalam author tak update. author busy sikit. harini author update 2 bab.
Share this novel