Seminggu kemudian,setelah aku dipanggil untuk memberikan keterangan dan kes itu telah dibicarakan.Aku kasihan akan Porshe kerana menjadi mangsa keadaan.Apabila aku mengingati Porshe ia membuatkan aku menjadi sebak kerana dia telah banyak berbakti kepada aku.Dua hari sebelum tarikh pembicaraan aku telah membuat keputusan untuk menghubungi Sha.
"Assalamualaikum,Sha.Aku nak minta tolong kau boleh?"tanya aku dengan suara serak sebab lepas nangis.
"Waalaikumsalam.Kau nangis ke?Kau nak minta tolong apa?"balas Sha.
"Aku tak nangis lah.Aku just nak bayar kau untuk jadi peguam bela Porshe.Boleh tak?"jawab aku.
"Boleh,tapi kenapa kau nak bela dia."tanya Sha ingin tahu.
"Saja.Aku cuma rasa dia tak bersalah dan hanya menjadi mangsa keadaan."balas aku.
"Okey lah kalau kau cakap macam tu.Aku boleh tolong kau."balas Sha.
Dua hari selepas itu,kes itu telah dibicarakan.Porshe dijatuhkan tuduhan bersekongkol dengan kumpulan Harimau Putih.Aku meminta Sha untuk mengatakan bahawa Porshe hanya membantu aku dan tidak bersalah.
Keputusan persidangan itu telah menjatuhkan hukuman mati kepada Rose dan Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Rahim bin Zubir.Manakala Porshe atau nama sebenar Muhammad Aakif bin Muhammad Ishak dilepaskan.Selepas pembicaraan,aku meluncur laju ke rumah.Aku ketawa puas apabila dendam aku terbalas.
Lima hari kemudian,Porshe menelefon aku dan mengajak aku berjumpa di sebuah kafe berdekatan dengan pejabat aku.Aku bersetuju untuk berjumpa dengannya.
"Assalamualaikum,Aina.Awak sihat?"sapa Porshe.
"Waalaikumsalam.Nampak macam dah mati ke?"balas aku sambil minum milk tea.
"I'm wanna say sorry.Saya harap awak dapat maafkan saya.Saya rasa bersalah sangat sebab apa yang ibu saya buat dekat keluarga awak."kata Porshe.
"K."balas aku simple.
"Saya faham awak tak boleh terima.Saya rela kalau awak tak bercakap dengan saya.Saya harap awak bahagia.Saya tahu awak sakit bila tengok muka saya.Saya faham awak rasa tertipu.Saya tak nak awak tahu pasal ni sebab saya tahu awak akan marah dengan saya."kata Porshe.
"Takziah atas pemergian mak kau.Kalau dah tak da apa-apa nak cakap,aku dah nak balik office.Kejap lagi,kau pergi hantar surat berhenti kerja dan ambik gaji terakhir kau."balas aku lalu beredar dari situ.
Sejak dari itu aku tidak pernah berjumpa Porshe lagi.Mulai hari itu aku tidak pernah mempercayai siapa-siapa sahaja.
THE END
Wahai pembacaku yang baik,comel dan segalanya.Thanks for your support and rate.Jangan lupa rate okay.
Share this novel