Selepas memastikan keadaan sudah tenang doktor dan nurse yang merawat Ramona meninggalkan bilik wad itu dan kini tinggal ada Ramona , Lena dan Danial sahaja di bilik itu.
Lena yang sudah tidak dapat menahan rasa marahnya terus sahaja menampar muka Danial.
‘’Apa kau fikir dia ni siapa kau ha? Berani kau menanamkan benih sialan kau itu pada Ramona!’’’Danial hanya diam tanpa kata.
‘’Biarkan Ramona menggugurkan kandungannya. DIa berhak untuk mendapat masa depan yang cerah.’’
Danial yang seakan tergamam mendengar kata-kata Lena itu kini menatap perempuan dihadapannya dengan padangan tajam.
‘’Aku mahu bernikah dengan Ramona dan aku akan menyara hidup dia,’’ tutur Danial penuh tegas dan serius.
‘’ Kau dah gila ka?’’ jerit Lena.
‘’Tidak, Ramona akan ikut aku tinggal di London untuk melanjutkan pelajaran di sana TANPA kehadiran bayi ini. Noktah!’’
‘’Tidak! Itu tidak akan terjadi!’’
‘’It’s okay Lena, aku akan melahirkan bayi ini,’’ ucap Ramona yang menatap wajah Lena dengan sayu. Dia terjaga dari pengsan selepas mendengar suara Lean dan Danial yang saling berteriakan sebentar tadi.
‘’Baillah jika itu keputusanmu,’’ ujar Lena mengangguk perlahan.
‘’Dan kau Danial, aku tidak sudi mengahwini kau, lebih baik aku mati daripada bernikah dengan kau,’’ ujar Ramona dengan padangan penuh benci pada Danial.
‘’Aku tidak mahu menambahkan dosaku dengan menjadi pembunuh dan aku memilih untuk melahirkan bayi ini. Aku akan pergi dari sini dank au bolehlah hidup dengan tenang bersama perempuan yang jadi mangsa nafsu rakusmu selepas ini.’’ Tambah Ramona lagi seraya perlahan cuba bangkit dari tempat duduknya dibantu Lena.
Share this novel