Hancur musnah masa depanku. Harga diri dan maruahku. Bagaimana harus aku berdepan dengannnya lagi?
Hujan tidak berhenti turun mencurah.
Masih segar diingatanku saat dia menikmati seluruh tubuh ini dan
akhirnya dengan hitungan detik pula dia melupakan semua nya seakan tidak
pernah terjadi. Aku hancur, dunia ku gelap gelita dan harapanku punah.
Aku benar-benar kotor sekarang. Andai saja dia menerimaku dan menyanyangiku sudah pasti aku tidak hatuh tersungkur seperti ini.
Watsons International High School
‘’Hey Ramona, kau dah kenapa serabai ni? Lupa tengok cermin ke tadi pagi? Tanya Lena sinis dan Ramona tidak menghiraukan sindiran kawannya itu.
‘’Cuba tengok kau ni rambut kusut masai, bibir pucat dah mamcam Zombie dan matamu dah ada eyebag penuh macam panda, kau dah macam orang yang kena reject!’’
Raut wajah Ramona serta merta berubah murah. Apakah benar dia nampak macam orang yang menyedihkan saat ini?
‘’Betulkah aku dah tak cantik? Matanya mulai berkaca.
Lena terkedu mendengar soalan kawannya itu. Apa benar soalan itu keluar dari mulut Ramona , seorang gadis yang selalu membanggakan dirinya, berkeyakinan tinggi kerana tahu dia menjadi kegilaan para lelaki.
‘’Kau dah kenapa ni Ramona ? Aku dah risau tengok kau ni!’’
‘Takpelah, aku okay,’’ jawab Ramona lesu.
‘’Jika itu alasa Danial tinggalkan aku taka pa, kita tengaoksiapa yang akan meneysal. Kehilangan dara bukan bermakna masa depanku gelap. Mari kita mulakan permainan ini Danial!’’ ujar Ramona . Bagai ada satu tiupan semangat pada dirinya.
Share this novel