‘’Kalau betul aku pregnant kenapalah? Apa kau fikir ini anak kau ke?’’ balas Ramona dengan teriakan.
‘’Kenapa kau sebodoh ini? Apa yang pasti kau kena pergi ke hospital sekarang!’’ Danial menarik Ramona untuk membawanya ke hospital namuan Ramona menahan langkahnya.
‘’Aku taknak ke hospital. Biarkan budak ini mati. Tiada siapa yang mengharapkannya untuk hidup! Aku pun tak mahu!’’ jawab Ramona .
‘’Persetankan bapa budak tu atau siapapun yang penting kau selamat. Kalau kau terus begini kau akan kehilangan banyak darah,’’ ujar Danial.
Ramona hanya diam membisu tetapo sudah tidak mampu menahan rasa sakit dan akhirnya dia rebah pengsah. Danial yang menyedari hal itu pantas menyambut tubuh Ramona dan segera membawanya ke hospital.
Setelah tidak sedarkan diri selama dua hari, akhirnya Ramona sedar dan membuka matanya buat kali pertama. Wajah pertama yang dilihat sebaik matanya celik adalah Danial yang memandangnya dengan penuh risau.
‘’Kau okay? Ada sakit kat mana-mana?’’ tanya Danial membelai lembut pipiku.
Aku memalingkan wajahku ke arah bertentangan dengan Danial. Aku masih benci pada lelaki ini.
‘’Maafkan aku, aku tak tahu yang kau hamil. Kalau aku tahu aku tidak akan membuang kau seperti itu. Maafkan aku Ramona ,’’ tutur Danial penuh kesal sambil menggenggam tanganku.
Ramona yang terkejut mendengar perkhabaran dia hamil hanya terdiam. Dia tidak dapat berfikir dengan betul saagt ini.
Macam mana dia boleh hamil di usia muda ini. Apa yang harus ku katakan pada kedua orang tuaku? Malang betul nasibku ada bayi ni.
Lantas Ramona bagai hilang waras mula memukul-mukul perutnya dengan kuat.
‘’Sial! Bayi sial! Cepat kau keluar dari perut aku! AKu tak mahu kau! Aku benci bapa kau dengan kau sekali aku benci!’’ jerit Ramona sambil menumbuk-numbuk perutnya.
Danial pantas mencengkam tangan Ramona menghalang dia dari menyakiti diri sendiri dan bayi dalam kandungannya itu.
Pintu bilik wad terbuka dan Lena yang melihat adengan itu segeram berlari ke arah Ramona lalu menekan loceng kecemasan untuk memanggil doktor segra ke katil Ramona.
Doktor dan nurse berlarian memberikan bius penenang untuk Ramona . Beberapa minit kemudia Ramona mulai tenang dan beransur lemah lalu tertidur.
Share this novel