BAB 11

Romance Completed 9866

Sebelum dia beredar dari pintu dia sempat mengatakan sesuatu pada Danial.

‘’Tolong jangan cari aku lagi, jangan pernah menghalang aku. AKu mohon biarkan aku menjalani kehidupan tanpa kehadiran kau. AKu berdoa semoga aku dan anak ini tidak akan bertemu mu lagi,’’ ucap Ramona tanpa rasa sesal kerana hatinya benar-benar sakit.

Danial hanya terdiam terpaku. Kakinya merasa lemah hingga dia duduk terjatuh. Sungguh yang ada pada dirinya saat ini adalah sebuah penyesalah. Kerana pada saat dia mulai sedar cintanya sudah menebal pada Ramona sejak dari hari pertama melihat gadis itu, Ramona pula meninggalkannya. Seandai saja nafsu dan ego lelakinya tidak merajainya pasti saat ini mereka sedang bermadu kasih sebagai pasangan kekasih.

Sedarlah dia kini bahawa dia hanya mahukan Ramona dan hanya Ramona saja yang bisa menggentarkan hatinya. Namun semua sudah tidak berguna lagi dia kehilangan insan yang dicintai juga zuriat yang boleh mengikat kasih mereka.

Airmata jantannya gugur bersama esak tangis sebuah penyesalan.

Dia telah menghancurkan hidup seorang gadis dan dia tidak tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan rasa salah ini.

Ramona dapat mendengar esak tangis Danial.

‘’Permainan kita sudah tamat, hiduplah kau dengan rasa penyesalan itu untuk sepanjang hayat kau Danial, selamat tinggal dan terima kasih untuk rasa sakit ini…’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience