Setiap dari insan di dunia ini pasti punya kisahnya yang tersendiri. Samalah halnya juga dengan Daniel dan Ramona.
Kedua mereka ini adalah masih bersekolah di sekolah menengah dan masih terlalu mudah untuk mengerti tentang cinta yang sebenar. Namun naluri mereka tetap mahu merasakan cinta dengan insan yang mereka kasihi.
Kedinginan pagi yang masih berembun tidak mematahkan semangat Ramona bersiap untuk ke sekolah. Baginya kedinginan ini tidak menjadi satu masalah berbanding dengan kesepian yang dirasainya ketika ini.
Tiada jeritan panggilan sang ibu menyiapkan sarapan pagi dan mengejutkan dia untuk ke sekolah, tiada sosok garang seorang ayah yang menunggu anaknya siap ke sekolah sambil membaca surat khabar. Sesungguhnya tiada dan dia sunyi. Hanya ada dia dan seorang bibik yang akan datang siang hari dan akan pulang petang setelah menyiapkan makan malam untuknya.
Tapi sejujurnya kesepian sudah tidak asing baginya, ia hanya sekali sekala mengetuk dinding hatinya. Pada hakikatnya dia merasa selesa bersendirian apatah lagi dia sudah menginjak usia remja dan dia boleh melakukan apa sahaja sesuai dengan usianya tanpa ada seorang dewasa yang mengambil peduli tentangnya.
‘’Hai adik cantik manis, mari abang hantar ke sekolah,’’ panggil suara lelaki yang sama hampir setiap kali mengganggunya. Lelaki spesi yang pantang melihat perempuan berdahi licin dan sering berganti pasangan.
‘’Da takda kerja lain? Dah takde modal lain nak pancing perempuan ke?’’ sindir Ramona sambil memberi jelingan maut.
‘’Eh betullah, gadis secantik adik manis bahaya berjalan seorang diri. Zaman sekarang ada macam-macam perkara tidak diingini boleh terjadi, abang cuma mahu membantu perempuan yang lemah,’’ ujar lelaki bernama Fikri itu sambil cuba menyuakan tangannya di lengan Ramona namun berjaya ditepis kasar oleh gadis itu.
Begitulah gangguan yang hampir saban hari diterimanya, dan baginya itu adalah harga yang harus dibayar kerana digilai para lelali. Siapa yang mampu menahan godaan dari terjatuh hati dengan Ramona yang memiliki susuk tubuh ramping menggiurkan meski gadis itu seringkali tampil dengan baju-T atau kemeja longgar, rambut lurus bersinar bak sutera, gigi putih menawan, berlesung pipit lengkap dengan belahan dagu dihiasi dengan sepasang mata hijau tua dan hidungnya yang mancung belum ditambah lagi dengan bibir mungil rona peach miliknya. Pendek kata pemilik nama Ramona ini serba sempurna.
Seragam sekolah paras atas lutut dan longgar seringkali membuatkan lelaki miang keladi berfantasi mengejarnya namun semua panggilan dan rayuan para lelaki tidak diendahkan sebab itulah Ramona digelar primadona di Watsons International School.
‘’Ramona, kau ke mana semalam? Apahal kau suka sangat ponteng kelas ni? Tanya lelaki bertubuh sasa dan tinggi yang menghampiri meja Ramona.
‘’Kau peduli apa ke mana aku pergi semalam, kau sibuk apahal? Parents aku tak tanya kau pula yang terlebih concern.’’ Jawab Ramona melenting.
‘’Aku rasa kau lupa apa kedudukan dan peranan aku di kelas ni, in case kau lupa aku adalah ketua kelas,’’ jawabnya sambil membetulkan tali leher yang dipakainya.
‘’Oh, aku belum nyanyuk lagi untuk lupa yang kau adalah ketua kelas yang suka sangat busy body hal orang.’’ Jawab Ramona lagi.
‘’Eh, baguslah kau ingat, jadi sekarang aku tanya kau simple je. Kau kea man semalam?’’Tanya Danial meninggikan sedikit suaranya namun cuba untuk berlagak tenang.
‘’Ermmm baiklah, biar aku cuba ingat ye ke mana je aku pergi semalam, hurmmm oh shit! Sorry Danial, aku betul-betul tak ingatlah encik ketua kelas.’’ Ramona mentertawakan Danial sambil diikuti dengan hilai tawa rakan-rakan sekelasnya yang lain.
Danial menarik nafas namun tersenyum sinis.
‘’Aku tanya elok-elok kau taknak jawab, baiklah simpan alasan kau kemudia dan cuba ingat dan jawab soalan tu dengan orang yang sepatutnya. What can I say, you are in big trouble Ramona.’’ Jawabnya.
‘’Oh really, so scared and im freaking out like hell now! Masalah besar macammana tu Danial? Sebebsar lengan kau yang sado ni ke?’’ seloroh Ramona sambil mendekatkan wajahnya pada Danial.
‘’Masalah yang cukup besar dan cukup buat kau dibuang sekolah,’’ ancam Danial tepat di wajah Ramona, yang merupakan anak kepada salah seorang lembaga pengarah sekolah ini.
Dengusan nafasnya meniup muka Ramona membuat jantung Ramona berdetak dengan kencang bukan kerana masalah sebesar dunia yang bakal dihadapinya tapi kerana hangatnya nafas yang menyentuh wajahnya.
Ramona tergamam dan terdiam. Danial kembali duduk di kerusinya bersama rakan sekelas yang tergolong dalam kategori pelajar pintar dan berdisiplin.
Share this novel