BAB 6

Romance Completed 9866

3O HARI KEMUDIAN

Akhirnya Ramona sudah boleh menarik nafas lega kerana selesai berdepan dengan peperiksaan akhir. Rntah kenapa sejak akhir-akhir ini di mudah rasa lelah dan mengah. Sebelum ini dia tak ambil peduli kerana mahu fokus pada peperiksaan.

‘’Masih rasa pening ke Ramona ?’’ tanya Lena mengejutkan Ramona yang sedang menggelamun.

‘’Tak tahulah kenapa tapii aku rasa tak sedap badan tekak rasa mual,’’ ujar Ramona sambil memegang perutnya.

‘’ Apa kata kita jumpa doktor, nak tak?’’ tanya Lena.

‘’Tak perlu! Apakata kita ke mall. Bukankah 2 hari lagi prom night akan berlangsung? Nak?’’ tanya Ramona .

‘’Good idea!’’ jawab Lena.

Setelah hampir dua jam mereka mengelilingi butik pakaian akhirnya berhenti di salah sebuah butik ternama.

Lena yang sudah menemui baju pilihan hatinya bergegas ke bilik Salinan untuk mencuba baju begitu juga Ramona yang sudah menemui gaun rona emas tanpa lengan paras lutut dengan perincian manis yang sarat memenuhi dada dan melingkar di sekeliling pinggang.

Usai Lena mencuba pakaian kini giliran Ramona mencuba gaunnya.

‘’Eh kenapa payudara kau semakin membengkak ni Ramona? Kau pregnant ke?’’ Danial ke orangnya?’’

‘’Tutup mulutmu tu Lena!’’ marah Ramona sambil matanya memandang tajam muka Lena.

‘’Okay sorry,’’ ujar Lena.

‘’Sejak kebelakangan ini nafsu makanku bertambah, ada saja tak kena. Lepas makan aku mesti muntahkan balik makananku. Dan aku tak tahu kenapa payudara aku semakin membengkak,’’ ujar Ramona sambil melepaskan gaunnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience