Bab 9

Romance Series 6028

Perpustakaan di penuhi oleh pelajar,maklumlah tak lama lagi perperiksaan akhir semester akan menjelang.Aileen dan AyuHumairah santai menelaah buku di padang universiti..dengan membentang tikar..dan bakul piknik berisi makanan.Aileen memerhati keliling,AyuNatasha yang berada di hadapannya tekun membaca buku.Hmm...mana pula AyuHumairah ni,tadi kata sekejap aje.Aileen meneruskan pembacaannya,sesekali tangannya menulis sesuatu di atas kertas.Apa pulak ni,tak faham aku? Aileen cuba memahami ayat yang tertera di hadapannya.Aileen menguis AyuNatasha di depan...

'Ayu,tolong aku.Tak faham lah..' kata Aileen..beberapa helai rambut yang berjuntai di dahi di selak ke belakang..kacamatanya di betulkan ke tempatnya.

'Yang mana?' Tanya AyuNatasha berpaling melihat Aileen di kanannya..

'Ni,apa maksud dia, sinaran magnetic.Putar belit lah,pening aku...' kata Aileen,lalu menunjukkan buku kepada AyuNatasha.

'Laa,..ini,macam ni..' AyuNatasha menerangkan satu persatu...Aileen hanya mengangguk kepala.Baru aku faham.

'Thanks...' ucap Aileen,lalu mencatit sesuatu di atas kertas.

'Assalammualaikum..' sergah Affendi.

'Oi,mak kau...' AyuNatasha melatah,Aileen hanya tersenyum.Mengurut dada..mamat ni.Kedengaran Affendi ketawa riang,lucu mendengar AyuNatasha melatah.

'Melatah juga kau, makcik.' Sindir Afeendi.AyuNatasha menjeling tajam.

'Sorry,..aku gurau ajelah..' kata Affendi,sorotan matanya beralih pada Aileen di hadapan AyuNatasha..AyuNatasha menunjukkan muka masam kepada Affendi.

'Alaa..sis,sorry...korang buat apa kat sini.Study ke..' tanya Affendi mengubah topic. AyuNatasha hanya berdiam diri,malas melayan.

'Aah,kami study..ada yang tak faham tu yang buat research sikit.' Kata AyuHumairah duduk di sebelah Aileen.

'Kau dari mana ni?' Tanya Affendi,hairan melihat AyuHumairah tetiba duduk di sebelah Aileen..

'aku cari buku tadi..kau nak apa..exam kau dah nak habiskan..' Tanya AyuHumairah,walaupun dia tahu tujuan Affendi.

'Saja nak join,aku dari café tadi ngan Amin,isi perut..aku tunggu korang tadi,tapi tak muncul pun.' Matanya asyik memerhati Aileen yang diam sejak tadi,..lansung tidak menjawab soalannya..

'Laa..tak bagi tau tadi.Melepas rezeki..' sampuk AyuNatasha,Affendi hanya tersenyum.

'Ayu...' Marah Aileen..sepasang mata yang sedang memerhatikan dirinya tidak di pedulikan..ah,biarlah..

'Aik,rezeki jangan di tolak..' kata AyuNatasha berjenaka.

'Suka hati kau lah,wei..korang ada rancangan lepas ni.Apa kata round-round KL jap,nak?' usul Affendi..Niatnya ingin bersama dengan Aileen,dan mengenali lebih dekat gadis itu.. AyuNatasha tersenyum suka..

'Aku nak balik rumah..bnayak lagi nak ulangkaji..' kata AyuHumairah menolak kerusi kebelakang,beg sandang berwarna hijau gelap di sangkut ke bahu..matanya mengisyaratkan agar Aileen mengikuti dirinya..Aileen mengemas peralatannya..

'Sorry geng,aku kena balik rumah...' beritahu Aileen,sebenarnya dia takut terserempak ngan mamat tu lagi.Jadi fobia pula...

'Macam tu pula,kau ni...' kata Affendi bernada kecewa.Ada sesuatu yang ingin di beritahu pada Aileen.Nampaknya tidak kesampaian..

'Takpa ah,Fendi..kau temankan aku..'kata AyuNatasha, Affendi hanya mampu menganggukkkan kepala.

'Cantik!' AyuNatasha mengemas peralatannya,bersiap untuk pergi.Aileen hanya memerhati,tangannya lincah menulis sesuatu di atas kertas,tidak menghiraukan pandangan Affendi yang masih melekat ke wajahnya.

'Aileen,..' pangil AyuHumairah.

'jap aku nak salin sikit..' kata Aileen.

'Wei,kami cau dulu.Jangan lama-lama kat sini...' AyuNatasha mengusik,Aileen menunjukkan muka selamba.Affendi hanya tunduk melihat rumput yang menghijau..hatinya retak seribu.Aileen..kenapa kau seperti mengelak dari aku.Kenapa?

'Bye,..' ucap AyuNatasha,sambil menarik tangan Affendi agar mengikutinya.Aileen hanya melambaikan tangan.

His,dah jam berapa ni? Aileen merenung jam dipergelangan tangan.Jarum menunjukkan enam setengah petang.Alamak,dah lama aku kat sini.Aileen memandang keliling,tiada sesiapa.Hanya kedengaran bunyi kicauan burung.Dah nak dekat maghrib..Aileen berura-ura untuk pergi.Apasal boleh terlajak ni..buku yang di bawa bersama tadi di dakap ke dada.

KRING..KRING..

'Hello,...'

'Aileen kat mana,kenapa belum balik lagi?' tanya puan Mariam. Aileen hanya tersenyum.

'Umi,baby dalam perjalanan balik.Tadi baby baca buku kat taman,..terlalu asyik sampai tak ingat masa.Maaf,umi.'beritahu Aileen..langkah kakinya di atur laju menuju ke parking lot kereta..

'Hmm,..buat umi risau aje.' Kata ummi di sebelah sana,Aileen hanya mampu tersenyum..maaf ummi..kunci kereta yang di capai dari poket beg..

'Maaf,umi..baby nak drive ni.Assalamualaikum..' Aileen memutuskan talian.Buku tadi diletakkan di tempat duduk penumpang.Baru enjin di hidupkan,telefonnya berbunyi lagi.Umi ni...

'Umi,kejap lagi baby sampai kat rumah.Dah dalam kereta ni...' beritahu Aileen sambil tertawa kecil..enjin kereta di hidupkan..

'Assalammualaikum..,..' kata seseorang di hujung talian.Aileen terkedu,suara itu tidak di kenalinya.

'Waalaikummussalam,siapa ni?' tanya Aileen.

' Aileen,..' panggil suara itu.

'Ya,saya..awak siapa?' tiada suara kedengaran.Sepi...

'Hello,..' Aileen bersuara,beberapa minit kemudian talian terputus.Aileen merenung nombor yang tertera di skrin telefonnya.Siapa pula ni...salah nombor kot.Tapi,..Aileen menhidupkan kembali enjin keretannya.Biarlah,..

Assalamualaikum warahmatullah,Mikail memberi salam.Dia menadah tangan memohon restu dari Allah.Setelah habis berdoa,Mikail berdiri.Sejadah dilipat rapi,..kakinya melangkah ke katil.Matanya terarah ke meja kerjanya.Buku itu,terbit satu perasaan aneh di kalbu.Rindu...telah lama peristiwa itu berlaku.Dah dekat dua bulan,ingin hatinya melihat wajah itu lagi.Tapi,..pergi kampus dia kang macam terhengeh-hengeh pula.Hmm...kalau ada jodoh tak ke mana.Matanya di pejamkan...

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Biliknya masih di terangi oleh cahaya lampu,entah mengapa matanya tidak mahu lelap.Hatinya terasa lain sahaja..dup..dap..Aileen berpeluk tubuh.Di renung patung teddy bear yang tersenyum ke arahnya.Kan seronok jadi macam kau,senyum aje.Di peluk erat patung itu,hadiah daripada umi,..ketika dia berumur sepuluh tahun.Aileen berbaring,patung itu masih di peluk erat...wajah seseorang tertera di ruang minda.Aileen terduduk.Apasal dia,..his,buang karan aje.Kakinya melangkah ke sudut biliknya,Aileen bersila.Buku Ilmuan Fizik Dunia di ambil,lalu membaca isi kandungannya.Dahinya kelihatan berkerut,cuba di fahami ayat yang tertulis.Lama-kelamaan wajah yang segar di ingatan tadi hilang entah ke mana.Hujung pennya di gigit-gigit,seketika..pen itu dipusing-pusing.Hmm...huargh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience