Bab 7

Romance Series 6028

Habis basah lecun baju Aileen,AyuNatasha hanya ketawa riang.Aileen mengejar AyuNatasha hingga ke tebing,si kembar yang sorang lagi entah ke mana..merayau satu kampong kot..tetiba...

'Busss,..' Aileen terjatuh,mukanya di selaputi oleh lumpur.Eeeiii....bau.

'Padan muka,...week.' AyuNatasha berlari meninggalkan Aileen.

'Ayu,..tunggu ah..' panggil Aileen..di raup mukanya yang di penuhi lumpur,AyuNatasha hanya mengelengkan kepala.

'Tak mau,...'kata AyuNatasha,berlari meninggalkan Aileen... tak pa,nanti kau kat rumah.Aileen duduk di tepi tebing,bajunya yang di kotori lumpur cuba di basuh dengan air sawah..,rambutnya yang basah di biar terurai.Aileen melihat bajunya yang masih kotor tapi okai sikit dari tadi yang lansung tidak kelihatan seperti baju..angin petang bertiup nyaman..dia duduk memerhati permandangan sawah padi yang terbentang cantik..syukur pada yang SATU..matanya di pejamkan..angin yang nyaman bertiup melalaikannya sehingga tidak menyedari hari semakin gelap.

'Wei Aileen,kau ke tu?' tanya Hasnah,sepupunya.Dari jauh dia terlihat Aileen terbongkok-bongkok,seperti mencari sesuatu.

'Hasnah..lama tak jumpa kau..' kata Aileen naik ke tebing..dia cuba memeluk sepupunya itu,tapi Hasnah menolak..

' baju kau basah..busuk' kata Hasnah,menolak Aileen ke tepi..muncung Aileen kelihatan bila Hasnah kata dia busuk,sampai hati..dia menoleh ke kiri,aik bila masa si kembar ni kat sini..kakak dia tiada pula..

'kau cari apa..dan kenapa kau basah ni..?' Tanya Hasnah,hujung t-shirt Aileen di pegang..ada kesan lumpur..takkan jatu bendang kot..

'cari selipar,aku terjatuh tadi ,main dengan kawan aku, AyuNatasha ...' beritahu Aileen.Hasnah hanya mengangguk,faham..di sisinya AyuHumairah tersenyum..gelihati melihat keadaan Aileen..habis basah bajunya dek lumpur..

'Ni AyuNatasha mana pulak.Kau sorang aje ke..' tanya Hasnah,matanya mencari kelibat AyuNatasha kot-kot ada berhampiran..

'Dia dah balik,tinggalkan aku sorang.Kau dari mana,Has?' Tanya Aileen,..dia cuba naik ke tebing..tapi..masih terjatuh ke lumpur..

' sini aku bantu..kau ni..dah besar pun nak main lumpur..' marah Hasnah..Aileen tersengih malu..

' aku terjatuh lah..' nafi Aileen..huluran tangan Hasnah di capai..

' kakak tinggalkan kau seorang..' Tanya AyuHumairah,Aileen menganggukkan kepala..jahatkan kakak kau..

'banyak barang kau beli..kau dari mana..' Tanya Aileen berjalan beriringan dengan AyuHumairah dan Hasnah...lumpur yang melekat di baju di buang ke tanah..

'Pekan,beli barang sikit.Nenek baik?' beritahu Hasnah sambil menunjukkan barang yang di belinya.Sayur,ayam...susu..

'Alhamdulillah,nenek sihat.Pak long dan mak long apa khabar?' tangannya memulas bajunya mengeluarkan air..Hasnah mengelengkan kepala..sepupu aku ni..

'Dia orang sihat,kau balik sini dengan twins Ayu ni ke..abah ngan umi kau tak ikut..' tanya Hasnah,.Aileen hanya mengangguk.

' tak,dorang pergi melawat kakak aku,kak long bersalin..umi gi Johor temankan along jaga kak long..abah busy sikit..tu aku je balik kampong..lagipun cuti semester..boring ah kat bandar tu..' AyuHumairah yang berjalan di hadapan di renung geram..tunggu aku laa..

' ermm..dah dekat maghrib ni..Has,aku balik dulu..' pinta Aileen..dia cuba mengejar AyuHumairah yang sudah meninggalkannya..

'Meh aku temankan...' usul Hasnah.Aileen tersenyum...di paut lengan sepupunya..

' Eee..bau,jauh sikit..' marah Hasnah,Aileen mencebik muka..tapi lengan Hasnah di peluk erat..

'erm..kau ni..jom balik..dah nak gelap..' kata Hasnah..langkah di atur pulang ke rumah..

'Terima kasih,sayang juga kau kat aku ek..' Hasnah hanya buat muka selamba,pura-pura tidak dengar.Malas ingin melayan usikan sepupunya itu.

' Alaaa..janganlah macam tu..' usik Aileen,Hasnah hanya menarik muka..kelihatan AyuHumairah berjalan di hadapan..

'ooii makcik..tunggu ah..kembar kau mana?' jerit Aileen..AyuHumairah hanya menjongket bahu..dia berdiri di tepi jalan menunggu Hasnah dan Aileen menghampirinya..

Mikail terbaring letih,kepalanya terasa pusing.Kipas di biarkan berpusing laju,menyejukkan badannya.His,..klien Jepun buat hal lagi.Ingat aku ni robot ke? Rungut Mikail sendirian.Pas tu, projek Damansara bukan aku yang handle aku pulak yang di persalahkan.Siot betullah...Mikail mengetap gigi,geram.Matanya di pejam rapat..baru beberapa seketika telefonnya berbunyi.Siapa lagilah ni? Kacau ajelah...

'Hello,..' jawab Mikail kasar..

'Hai sayang,lama dah tak call.Kenapa dengan sayang tak sihat eh.' Kata Cathrine manja.Mikail terdiam,dia tidak menyangka Cathrine akan menelefon setelah enam bulan dia memutuskan perhubungan.

'Sayang,...' panggil Cathrine apabila Mikail tidak membalas kata.Mikail masih diam,mulutnya seakan terkunci.Biar betul minah ni..

'Mikail,sayang...' panggil Cathrine lagi.

'Maaf,Cathrine..saya rasa kita dah tiada apa-apa lagi.' Beritahu Mikail,di telan air liur.Terasa pahit.

'But Mikail,...are you serius?' soal Cathrine,tidak percaya.Dia menyangka selama ini Mikail tidak menghubunginya di sebabkan sibuk berkerja,tetapi..Ah,aku tak peduli.Aku takkan lepaskan kau Mikail.

'You...' rengek Catherine manja..cuba mengoda Mikail..i know you only joke,sayang..

'Cathrine,tolong jangan ganggu I lagi,..' pinta Mikail lembut.

'But,...' giginya di ketap geram..i don't believe it..

'Please,..' pinta Mikail lagi..handphone di jauhkan dari telinga..suara nyaring Catherine menyakitkan gegedang telinganya..

'I don't care,you still mine.Mikail,remember this..i don't ever let you go..understood.' marah Cathrine,dadanya berombak kencang.Mikail hanya diam,talian diputuskan..

Mikail mengeleng kepala,masak benar dengan perangai Catherine.Tapi,untuk kali ini..maaf.

Bengang aku! Patut dia buat macam ni,dah lima tahun kami bersama.Sejak di universiti lagi semua kami kongsi..suka duka...Hmm..aku tak boleh percaya,ni mesti ada perempuan lain.Seketika kemudian,Cathrine tersenyum.Mikail tidak akan meninggalkan dirinya.Tubuhnya di peraga di depan cermin..ah,Mikail tidak akan sanggup tinggalkan dia.Aku cinta pertamanya...Cathrine tersenyum sendirian.Mikail kau takkan dapat lupakan aku...bibirnya terselit senyuman yang menakutkan..kemudian Catherine tertawa terbahak-bahak sendirian..sesekali menangis..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience