Bab 10

Romance Series 6028

Bola matanya memerhatikan ikan yang berenang riang di dalam kolam.Terbentuk senyuman di bibir itu.Sesekali tangannya menabur cebisan roti,terhibur dirinya melihat ikan-ikan itu berebut menggigit cebisan roti tersebut.Cuti semester tinggal tiga hari sahaja lagi.Hmm..apa aku nak buat ek? Nak jalan-jalan..em,...

'Baby,ada panggilan..' beritahu kak Ita.Aileen hanya menganggukkan kepala.Baki cebisan roti tadi di tabur ke dalam kolam.Kakinya melangkah ke ruang tamu..

'Hello,..'

'Assalammualaikum,Aileen.Aku ni..boleh kau temankan aku.' Pinta Affendi,..berharap.Aileen terdiam,macam mana dia tau nombor telefon rumah aku.Ni mesti AyuNatasha yang bagi tau.His,..aku kata jangan bagi sesiapa...Ayu ni..

'Hello..' kata Affendi di hujung talian.

'Maaf,temankan kau pi mana? Aku kat rumah sekarang ni..malas lah nak keluar.' Beritahu Aileen,dalam halus menolak ajakkan Affendi.Terdengar keluhan kecil..Aileen mengetap gigi.

'Tapi,Leen...' Affendi masih cuba memujuk.Sudah berhari-hari dia berniat ingin mengajak Aileen keluar,tapi..hampa.

'Maaf Fendi,aku sibuk sekarang ni.Assigment belum buat lagi..' bohong Aileen,dia memang tidak mahu keluar berdua dengan Affendi.Entah mengapa dia tidak tahu..

'Takpa lah,aku ajak Ayu ajelah.Assalammualaikum..' kata Affendi berbunyi hampa.Aileen hanya mampu berdiam diri.

'Waalaikummusalam...' ucap Aileen lalu menamatkan talian.

Beberapa minit berlalu,Aileen masih termenung di ruang tamu,terbit rasa bersalah di kalbu.Tak patut aku buat macam tu..dia kawan aku.Tapi,..Aileen mengeluh kecil.Hmm..aku memang begini,kalau bab lelaki minta maaf..

'Baby,kenapa ni?' tanya kak Ita,melihat anak majikannya itu seperti ada masalah.Aileen menoleh,senyuman di beri kepada pembantu itu.Kepalanya di gelengkan,menandakan dia tidak apa-apa.

'Tiada apa-apa kak..' beritahu Aileen.Wanita itu hanya menganggukkan kepala lalu meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi.Aileen melangkah ke tepi tingkap.Panorama taman mini yang menghijau menjadi santapannya.Pelbagai persoalan berlegar di ruang minda..dia mengesyaki Affendi menaruh hati padanya,tapi benarkah? Ah,Aileen tidak mahu ambil tahu,makin pening kepalanya di rasakan.Matanya di pejam seketika,wajah itu menerpa kembali..angin bertiup nyaman.

KRING...KRING..

Aileen menoleh ke arah telefon yang berbunyi itu,hilang angan-angannya sebentar tadi.Di hampiri telefon yang menjerit minta di angkat..siapa pula ni? Aileen membiarkan

telefon itu menjerit.Terjengul wajah kak Ita dari pintu dapur.Dahinya berkerut melihat Aileen tidak mengangkat telefon itu.Harap-harap bukan Affendi lagi,pintanya dalam hati.

Fuh-fuh...

'Hello,assalammualaikum...' ucap seseorang.Suara lelaki kedengaran.Entah mengapa dengupan jantungnya berdegup laju.Aduh..kenapa ni?

'Waalaikummussalam..nak cari siapa?' tanya Aileen sopan.

'Ini rumah encik Fuad ke?' tanya suara itu.Dahi Aileen berkerut,salah nombor mamat ni.

'Maaf encik,saya rasa encik dah salah nombor ni.Ini rumah encik Zainoddin bin Alias.' Beritahu Aileen,terselit senyuman di bibirnya.Tapi,entah mengapa dengupan jantungnya..hmm,kenapa makin laju ni?? Aileen memegang dadanya..

'Maaf,...saya tersilap.Maaf..' pohon suara itu.Aileen hanya tergelak kecil.Gemersik suara itu,..terasa sesuatu di kalbu.

'Tak mengapa,saudara..'

'Maaf..sekali lagi.'

'Baiklah,Assalammualaikum..' kata Aileen ingin menamatkan perbualan.

'Maaf,waalaikummussalam..' ganggang di letakkan,senyuman terukir di bibir.Entah mengapa suara itu mengingatkan dia pada seseorang.Kak Ita yang melihat hanya mampu mengelengkan kepala.Bebudak sekarang....

Mikail tersenyum sendirian,apasallah dengan dia hari ini.Serba tak kena sahaja...di renung telefon yang baru di letakkan.Gemersik suara itu..memikat tangkai hatinya.Sudah berpunyakah? Ulat bulu dah naik daun...sebenarnya ingin mengajak Ezzad keluar makan,tapi tersalah nomborlah pula.Hmm,...Mikail melayan angan.Soal Ezzad hilang entah ke mana.Hanya suara itu yang kedengaran di cuping telinga..

'Abang,..abang..' panggil Erika,satu-satunya adik Mikail.Pintu bilik itu di ketuk perlahan.

'Masuklah,abang tengah baring ni..' beritahu Mikail.Terjegul wajah Erika yang kemerahan di sebalik pintu.Mungkin baru balik dari berjogging.

'Abang,..temankan Erika pi jalan-jalan.Ibu takda,pi jalan dengan abah.' Pinta Erika.Mikail berdengus kecil..ni mesti nak shopping.

'Hmm...nak pi mana?' tanya Mikail.Erika tersengih-sengih..tengok muka tu aku dah tau.Kata Mikail dalam hati,..takda benda lain.Nak aku belanjalah ni..

'Jalan-jalanlah...round KL.Nak?' kata Erika masih ingin berselindung.

'Hmm,..pi siap.Dalam jam lapan setengah kita keluar..'

'Thanks bro,..i love u.' kata Erika,lantas tubuh sasa abangnya itu di peluk erat.

'His, bau busuklah..' usik Mikail,Erika menarik muka masam.

'Mana ada,adik pakai deoduran tau..abang tu yang tak mandi lagi.Kata orang pula..' marah Erika.Mikail menahan tawa,suka dia melihat adiknya itu menarik muncung 14 begitu.Erika melangkah keluar...malas melayan karenah abangnya itu.Nanti dia juga yang sakit hati.Mikail tersenyum,...matanya terpandang akan buku di atas meja.Terbit rindu di hati.

'Abang....' Panggil Erika dari ruang tamu.Mikail bergegas keluar,..

'Kenapa?' tanya Mikail dari tingkat atas.

'Kawan abang call,..' beritahu Erika..telefon di tangan di tunjukkan pada Mikail..berkerut dahi si abang..

'Hmm..pas kat bilik abang..' arah Mikail.malas dia hendak menuruni tangga .Erika hanya menganggukkan kepala.Abang aku ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience