Bab 2 - You Again..

Romance Series 6028

BAB 2 : Again You…

Aileen membelek-belek novel di tangan,tidak tahu hendak pilih yang mana satu.Kedua-dua sipnopsis yang tertera di belakang buku itu menarik perhatiannya.Hmm..kedua-duanya mengisahkan loving story,kegemarannya...L.U.T.H atau ANDAI ITU TAKDIRNYA mana satu ek.Ah,..beli dua-dua ajelah,bulan depan save sikit..yelah tu,kot-kot bulan depan beli lagi...Aileen melangkah ke kaunter pembayaran.

'Ye cik,beli buku?' ramah cashier itu bertanya.Aileen hanya menganggukkan kepala.

'Ada diskaun ke, kak?' kata Aileen,lalu mengeluarkan dompet dari beg sandangnya.

'Adik selalu kat sini,akak bagi 20 peratus..' kata gadis itu ramah..buku novel di masukkan ke dalam pembungkus.

'Okai..berapa semua?' tanya Aileen,mengeluarkan dompet dari beg..

'Cuma RM30.00 sahaja.' Beritahu gadis itu.Aileen menghulurkan not RM50 kepada cashier tersebut.

'Nah,bakinya.Terima kasih,datang lagi.' Ucap gadis itu mesra.

'Terima kasih..kak,kalau ada novel baru bagi tau saya ek.' Pinta Aileen,seraya memberikan nombor telefonnya.Gadis itu hanya mengangguk.Aileen melangkah keluar dari kedai itu.Matanya meliar mencari kelibat Ayu.Mana pulak minah ni,...mesti pi kedai baju ni.Tak habis-habis,cubalah manfaatkan duit tu beli buku ke..ada juga faedahnya.Hmm.....aduh,!

'Maaf,..maaf...saya tak sengaja.' Pohon suara itu.Di kutip buku-buku yang bertaburan.Aileen mengetap gigi,buta ke?? Aku yang besar gini pun tak nampak.His,..nak kena ni..kacamatanya yang melurut jatuh ke hidung di betulkan ke tempatnya.

'Maaf...' kata suara itu lagi.Aileen berdiri,di tepuk-tepuk bajunya yang melekat oleh habuk.

'Awak buta ke?' marah Aileen.Di rampas bukunya yang berada di tangan lelaki itu,tanpa melihat wajah lelaki itu yang bermandi peluh..takut di marahi oleh Aileen.

'Maaf,saya tak sengaja.Saya nak cepat ni..' beritahu Mikail.Aileen memandang wajah lelaki di hadapannya.Terhenti degupan jantungnya seketika...Dia lagi??

'Hmm..takpa ah.Maaf,assalammualaikum...' ucap Aileen lalu melangkah pergi.His,..macam manalah boleh terserempak ngan mamat ni.Blah ajelah...

'awak..awak.....' panggil Mikail.Kenapa dengan dia tu,..takkan? Di renung novel di tangannya.Alamak!! macam mana aku nak bagi ni? Nama pun tak tahu..alamat lagilah..

'Awak...hei,saudari..tunggu.Barang awak..' panggil Mikail.Aileen tidak mempedulikan panggilan itu,kakinya di hayun laju meninggalkan Mikail..sesekali dia menoleh ke belakang,Mikail masih mengejar dirinya..dia membelok ke kanan..masuk ke butik baju yang ada berdekatan..dia pura-pura membelek baju-baju yang di pamerkan pabila Mikail melintas di hadapannya..

'Huh,..cepatnya dia dah hilang..' tercungap-cungap nafas Mikail.Cepatnya dia,di renung buku di tangannya.Apa aku nak buat ni? Kenal pun tak..di belek-belek novel itu,ada sesuatu terjatuh.Mikail membongkok,sekeping kertas.

AILEEN ILHAM BT ZAINORDDIN,

JURUSAN SAINS KIMIA (BIOTEKNOLOGI),

UPTM,SELANGOR.

Pelajar rupanya dia ni.Mikail tersenyum..yes,aku dah dapat.Tapi,kenapa dia terus blah lepas jumpa aku? Rasanya aku tak pernah jumpa diakan, tapi macam pernah..kat mana ek?? Hmm...Mikail membelek lagi novel itu.Terselit gambar Aileen yang bertocang satu,dengan kacamata empat seginya..senyuman terukir di bibir.Boleh tahan juga minah ni.Heheee...ulat bulu dah naik daun.!

'Mikail..kau kat mana ni...?' telephonenya berbunyi..Akil,.punat hijau di tekan..

'sowie..jap lagi aku sampai..' katanya..

'Okai..aku tunggu kat depan One Utama..kat restoran De Lafe..aku nak kau tengok kertas kerja ni..' kata Akil..Mikail hanya menganggukkan kepala..

' Okai, on the way..projek tu ramai yang bida ke..' Tanya Mikail..

' Dalam lima buah syarikat..terutamanya pesaing kita syarikat J&A..dia orang buat bidaan tertinggi..kalau kita dapat projek ni untung syarikat..lagipun,boleh perluaskan pengaruh ke luar Negara..' jelas Akil lagi..

' bagus..jap lagi aku sampai..siapa lagi dengan kau..'

' E.J dan Maulud..' setelah berbual seketika..talian di matikan..

Fuh,selamat! Apasallah aku boleh terjumpa ngan dia lagi.Suratan atau kebetulan..mustahil! Aileen menyimpan buku yang di pegang ke dalam beg.Macam ada yang kurang? 1,2,..alamak,mana novel aku lagi satu.Aileen menyelongkar beg sandangnya,tiada.Mana aku letak pulak ni? Jangan-jangan,...habislah aku.Gambar pun ada kat dalam tu..mati.siot...

'Hei sis,..aik kenapa kau ni? Macam kena kejar hantu aje..' soal AyuNatasha.

'Kau ni tak reti nak bagi salam ke?' marah Aileen,di urut dadanya.Buat terkejut orang aje.AyuNatasha hanya tersengih.

'Sorry lah kawan,..kau ni kenapa?' tanya AyuNatasha lagi.

'Takda apa-apa,jomlah balik.' Bohong Aileen.Berkerut dahi AyuNatasha mendengar apa yang di katakan oleh Aileen.Ada sesuatu yang dia tak tahu,tersembunyi.

'Aik...biar betul kau ni.Baru dua jam kita kat sini dah nak balik.Kau tak sihat, ke?'

'Tak,jomlah..' di tarik lengan AyuNatasha..

'Tapi,aku belum habis lagi ni...' pujuk AyuNatasha.Aileen berdengus kecil.Minah ni...

'Hmm..okai,tapi aku cau dulu.Ada hal..' tipu Aileen.Dia mahu blah dari situ,tidak mahu terjumpa dengan mamat tu lagi.

'Okai,aku pun dah janji ngan E.J ni.Maybe dalam perjalanan.Kau betul dah nak balik ni?' tanya AyuNatasha.Aileen hanya mengangguk.

' E.J? ' tanya Aileen..AyuNatasha tersengih malu..

' Lah..yang aku cerita kat kau hari tu..mamat yang aku kenal kat fac....' beritahu AyuNatasha..Aileen hanya mampu megelengkan kepala..

' Kau tau..rupanya dia ada kembar,hehehehe..macam aku..yang ni Ezzad Junaidi..yang Ezzad Zulkarnain..abang dia..tapi,dua-dua pun hensem tau..' kata AyuNatasha miang keladi.saja memancing minat Aileen..kot-kot tersangkut..Aileen hanya mampu mengelengkan kepala..memanglah dah namanya kembar..takkan seorang sumbing kot..nazubillah...

Kenapa dengan kawan aku tu,lain macam aje.Ada hal apa ek? Selalu,dia bagi tau aku...hmm,bendera jepun dah melanda kot.Biarlah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience