Bab 3

Romance Series 6028

CINTA PERTAMA! Novel apa ni ek.Mikail membelek-belek buku itu,ingin membaca terlalu tebal.Tau ajelah orang lelaki.Lantas novel itu di letak di atas meja study.Gambar Aileen pula menjadi mangsa,Mikail tersenyum lebar.Dah ada yang punya ke minah ni? Kalau takda,hehehe...Mikail memejamkan mata.AILEEN..berulang kali nama itu di seru sehingga dia terlelap.

Tuk..tuk...

'Mikail...' panggil seseorang.Mata yang terpejam rapat tadi terbuka luas.Hmm..indah sungguh anganku tadi.

'Ye,ibu...' sahut Mikail.

'Turun nak,abah nak jumpa sayang.' Beritahu puan Maisara.

'Baik ibu,kejap lagi Mikail turun..'

'Jangan lama-lama tau..'

'Ye ibu,..' apa yang abah nak bincangkan ek.Pasal kerja aku ke..tak mungkin.Hmm..janji jangan pasal kawin dah le,aku masih mau enjoy dulu.Nikmati kehidupan dengan sepuas-puasnya.

Kedengaran gelak ketawa di ruang tamu,Mikail merasa hairan.Siapa yang datang? Keluarga pak ngah ke..langkah kakinya di percepatkan.Kalau pak ngah,hehee...mesti dorang bawa durian.Lama dah tak merasa durian dari dusun nenek.

'Assalammualaikum...' ucap Mikail.Empat pasang mata tertumpu kearahnya.Dahinya berkerut,siapa pulak ni? Bukan pak ngah,kawan abah ke yang datang,..

'Mikail,sini sayang duduk sebelah ibu.' Pinta puan Maisara.Mikail hanya menurut.

'Ini kawan abah dari Pahang,datang melawat.'Beritahu puan Maisara,Mikail bersalaman dengan mereka tanda hormat.

'Selamat berkenalan,saya Mikail..' kata Mikail sopan.Encik Sulaiman dan Puan Suzanah hanya mengangguk.

'Ini anak kami,lelaki tunggal..' beritahu ibu.

'Anak yang kedua ke? Hmm..dah besar panjang.Anak perempuan kamu mana,lama dah tak jumpa.Kali terakhir masa dia umur empat tahun tak silap aku.' Kata puan Suzanah,rindu akan Nabila Ain yang di anggap seperti anak sendiri.

'Kat Keningau..minggu depan baru balik.Kamu berapa lama kat sini? Eh,aku tak nampak pun anak dara kau..tak bawa sekali ke?'' soal puan Maisara.Mikail hanya diam,tidak tahu ingin berkata apa.Abahnya leka berbual dengan encik Sulaiman,menyampuk kang kurang ajar pulak rasanya.Hmm...novel di tangan di belek-belek,baca ajelah.

' Tak..ada kerja katanya..tak dapat cuti..' beritahu puan Suzanah..senyuman terukir di wajah itu melihat anak sahabatnya yang sudah besar panjang..ada hajat yang ingin di katakan tetapi,..

'Mikail,kerja ke masih study?' tanya encik Sulaiman.Mikail tersentak,novel di tangan jatuh ke lantai.

'Ye,pakcik..' di capi novel yang terjatuh di hujung kaki..

'Kamu dah kerja atau masih belajar?' tanya encik Sulaiman..di perhatikan anak sahabatnya itu..boleh tahan..

'Kerja pakcik...' beritahu Mikail.

'Di mana?' tanya lelaki itu lagi. Sekadar ingin tahu..

'Syarikat minyak aje,uncle..jadi rakan kongsi je..' jujur Mikail memberitahu..menjawab sepatah..

'Hmm...bagus juga tu..Kerja elok-elok,ikhlas..amanah..baru Allah sayang.' Nasihat encik Sulaiman.Mikail hanya terangguk-angguk.Encik Firdaus di sisi hanya tersenyum..

'Puan,makanan dah sedia.' Beritahu Mak Tom.

'Terima kasih,kak..jemput makan.Makanan dah sedia tu..' ucap puan Maisara.

Pelbagai cerita di kongsi bersama,termasuklah pengalaman kerja selama lima belas tahun encik Sulaiman ketika diperatauan.Tidak sedar masa berlalu,dah dekat tengah malam.Mikail merasa mengantuk,matanya kian kuyu.Jam tepat menunjukkan sebelas malam.

'Hmm..dah lewat ni.Kami minta diri dulu,esok kalau ada masa kami datang lagi..' kata encik Sulaiman sambil bersalaman dengan abah.

'Yelah,nanti lawat-lawatlah kami kat sini..'kata puan Maisara, lantas mereka berpelukkan.

'Assalammualaikum..' Mikail bersalaman dengan kedua-dua tetamu itu.Enjin kereta di hidupkan,pasangan suami isteri itu berlalu pergi.

'Mikail,kalau ada masa jenguklah kami di Ampang,..dekat dengan tempat kerja kamu kan.' Sempat lagi puan Suzanah berpesan agar Mikail dapat berkenalan dengan anaknya dengan lebih dekat lagi,Mikail hanya mengangguk,insya Allah..katanya dalam hati. Puan Suzannah tersenyum berkenan akan anak teruna sahabatnya itu..kalau buat menantu pun bagus budak ni.

'Mikail,ada pangilan untuk kamu..' beritahu Mak Tom.Mikail menghampiri wanita itu.

'Siapa mak,..' soal Mikail,pangilan mak memang sebati sejak kecil lagi.Mak Tom hanya menjungkit bahu tidak tahu.

'Entah,suara perempuan..' beritahu Mak Tom.

'Terima kasih,mak.' Ucap Mikail lalu masuk ke ruang tamu.Hmm..ni mesti Cathrine,nak minta maaflah tu.Jangan harap,kali ni aku takkan tunduk pada dia lagi..semakin buat tak tahu,dia pijak kepala aku.Hari ni,aku mesti..

'Ya sayang,..' lain yang nak di buat,lain yang pulak yang jadi.Apasallah aku ni..dengan perempuan yang satu ni..lembik aje..kutuk Mikail akan dirinya.

'Honey, I am sorry about that day.Please honey...' kata Cathrine manja.Mikail hanya terangguk-angguk.

'But sayang,...' pujuk Catherine.

'Honey,please..' pujuk Cathrine lagi.Apasallah ngan mamat ni,cerewet betul..nyampah aku.Tapi nasib kaulah dapat girlfriend macam aku ni.Orang cantiklah katakan...ramai yang nak,tapi yang mamat ni tak boleh lepaskan.Lombong emas!

'Cathrine,..maaf.Awak dah melampau,..' ya,Mikail..macam tulah.Tunjukkan kuasa kau,jangan tunduk pada dia lagi..

'Honey,..' Catherine cuba memujuk Mikail.

'Maaf Cathrine,..I rasa hubungan kita sampai di sini sahaja.Assalammualaikum..' Mikail memutuskan talian.Fuh! lega..

'Hello,..' terkulat-kulat Cathrine di hujung talian.His..kenapa ngan mamat ni.Lantak ah..esok gerenti dia cari aku.Badannya di pusing-pusing di hadapan cermin,cantik aku ni.Kata Cathrine bangga diri..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….Mikail termenung memandang sepi telefon itu,betulkah tindakan aku ni..tapi dia memang dah melampau.Hari tu,aku ada nampak dia jalan ngan lelaki lain.Aku tanya, dia kata sepupu,tapi kalau dah berpegangan tangan,berpeluk pinggang..apa ke hal tu? Hmm...kalau sekali tu,bolehlah.Ini,dua tiga kali lelaki yang sama juga.Jam berdeting dua belas kali,Mikail menguap beberapa kali.Ngantuknya...ah,biarlah si Cathrine tu,....betul juga kata Ezzad,selama ni aku hanya membuang masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience