Bab 4

Romance Series 6028

Bintang berkelip cantik di langit malam.Udara bertiup nyaman..Aileen termenung di dalam bilik.Kerja rumah telah awal disiapkan.Hmm..boring pulak tak buat apa-apa ni.Tubuhnya di rebahkan ke atas tilam empuk,matanya merenung siling.Dua minggu lagi cuti semester.Tentu boring duduk kat rumah,Abah ngan umi pergi melawat abang long kat Johor,kak Qistina nak bersalin...Angah..tak balik,join kawan-kawan dia naik gunung Tahan.Hmm,..nampaknya aku sorang jelah.Takda aktiviti yang berfaedah ke..balik kampong? Sekarang musim buah,cantik!! Aileen tersenyum riang,kenyanglah dia nanti makan buah-buahan.Ajak AyuNatasha sekalilah,ada juga teman.Hehehe.....nenek tunggu Aileen.

Kafeteria penuh dengan pelajar,ada yang sedang menikmati makanan..ada pula sekadar duduk berehat.Aileen meletakkan buku-buku yang di bimbit ke atas meja kosong.Di perhatikan keliling,masih ramai pelajar beratur membeli makanan.Hmm..

'Aileen,kau nak makan apa.Aku nak pi beli ni,lapar ah.' Tanya AyuNatasha,bersedia untuk pergi.

'Mee goreng dengan ais limau ajelah..wei,kau ada nampak Affendi tak? Tadi masa dalam bilik kuliah dia takda pun..' tanya Aileen.AyuNatasha hanya mengelengkan kepala,tidak tahu..jemerinya lincah di keypad telefon membalas mesej E.J alias Ezzad Junaidi.

'Hmm..pergilah,aku dah lapar ni..' asyik berkepit dengan telefon aje kawan aku ni..

'Yelah,..kau ni banyak songeh..' ngomel AyuNatasha,Aileen hanya tersengih.

Sambil menunggu AyuNatasha membeli makanan,Aileen membaca buku..ada beberapa fakta yang di terangkan oleh professor tidak di fahami.Sinaran mengion..terdiri daripada sinaran zarah seperti alfa,beta,dan neutron..yang di pancarkan daripada pereputan sesuatu bahan radioaktif.Hmm.. tapi kalau sinaran gama macam mana? Baca lagi..sampai faham.Oh...sinaran gama tu adalah sinaran elektromsgnetik yang di pancarkan masa pereputan sama dengan sinaran mengion,tetapi sinaran gama di pancarkan berikutan daripada pemancaran sinaran zarah.His..berbelit-belit,pening kepala aku.

'Mana Ayu ni,lambat juga beli makanan.Aku dah haus ni..' la,..seronoknya dia.Hmm..hehe,ada chance nak sakat dia ni.Aileen hanya memerhati AyuNatasha sedang bercakap dengan seseorang,lelaki pulak tu.Hensem ,patutlah si kawan cair,siap tersenyum lebar lagi.Ayu..Ayu..

'Hai sis,beli makanan ke ngurat pakwe?' sindir Aileen,apabila AyuNatasha sampai ke meja mereka.AyuNatasha hanya tersenyum,no komen..

'Wei,tak nak kongsi ke...' pujuk Aileen.

'Yelah,dia senior kita..jurusan undang-undang..' beritahu AyuNatasha tangannya menyusun pinggan berisi kuih di atas meja..

'Fuyoo,..dapat pakwe peguam kau ek..' sakat Aileen.

'Hei,belum habis lagi lah,kau ni potong betullah..' marah AyuNatasha.

'Okai,sambung.Janganlah marah..' pujuk Aileen.

'Tau takpa,macam ni..dia ajak aku keluar,esok pi tengok wayang .Hmm..tapi..'

'Kau tolak..' pintas Aileen lagi.AyuNatasha mendengus kecil.

'Tak,esok aku nak habiskan kerja rumah aku..banyak yang belum siap.Tapi aku nak juga keluar esok,tapi bukan dengan dia laa,E.J ajak aku tengok wayang,tapi..Hensem mamat tu kan..' beritahu AyuNatasha.Aileen hanya mengelengkan kepala.Tak habis-habis..

'Macam mana ni,Leen? Apa aku nak buat..' kata AyuNatasha.

'Terima ajelah,peluang bukan datang dua kali..' beritahu Aileen,AyuNatasha berfikir sejenak...

'Terima ajelah...' kata Aileen,AyuNatasha berfikir sejenak..terima atau tak? Di toleh kembali kearah jejaka tadi,..AyuNatasha membalas lambaian jejaka tadi. Tapi,E.J?

'Okai,aku terima..tapi kau temankan aku boleh?' soal AyuNatasha.Tersembur keluar air yang di minum oleh Aileen,nasib tak tempias kearah AyuNatasha.

'Kau biar betul,ajak aku pulak..tak maulah aku,kacau daun aje.' Tolak Aileen.

'Alah Leen,please..' pujuk Ayu.Aileen mengelengkan kepala.AyuNatasha mengeluh.

'Sorry sis,bab yang ni aku tak boleh nak tolong,dia ajak kau bukan aku...bubbye.' Kata Aileen,meninggalkan AyuNatasha,makanan telah habis di makan kini ada hal yang belum di selesaikan lagi.AyuNatasha hanya memerhati,wajahnya muram..sesaat cuma senyuman terukir di wajah itu.

Peluh mula memercik di dahi,langkah kakinya di percepatkan.Buku yang di tangan di dakap ke dada.Sesiapa yang berselisih dengannya di hadiahkan dengan senyuman..His apasallah aku boleh terlewat bangun hari ni? Jam,seingat aku dah set semalam.Aileen mempercepatkan langkahnya,jam di tangan tepat menunjukkan lapan pagi.Alamak,..mesti prof Halim dah mula kuliah.

'Maaf prof,terlewat..'kata Aileen setiba di pintu masuk.Prof Halim hanya mengangguk membenarkan Aileen masuk.

'Terima kasih..' Aileen menghampiri Ayu yang berada di barisan kedua meja kuliah.

'Apasal kau lewat?' bisik AyuNatasha.Aileen hanya diam,dia tidak mahu di marahi oleh prof lagi.Dah lah lewat,bising dalam kuliah pulak..tak nak aku.

'Leen,..' bisik AyuNatasha lagi.

'Nanti aku cerita..' kata Aileen,lalu memberi perhatian dalam setiap ajaran hari ini.

Apa yang di ajar oleh prof di salin di atas buku,Aileen hanya menganggukkan kepala dengan setiap penerangan yang di katakan oleh gurunya itu.Di belek-belek buku di sisi,Aileen mencatit isi-isi penting.Kadangkala beberapa ayat di dalam buku di garis mengunakan pen marker pelbagai warna..

'Ha,...sekarang cerita.' Tagih AyuNatasha.Aileen yang mengemas bukunya memandang AyuNatasha.

'Tak sabar-sabar,..' sindirnya.AyuNatasha hanya tersengih.

'Alah tu pun nak marah.Relaks sis,..'

'Aku terlewat bangun hari ni,entah aku tak tau kenapa.Puas hati..' beritahu Aileen.

'Hmm....'

'Hmm..?' soal Aileen.

'Yelah,nak buat macam mana...'

'Huh..'

'Lupa aku,lepas ni kau nak pi mana?' tanya AyuNatasha.

'Aku nak pi library,ada subjek yang aku kena study..kenapa?'

'Lah,..ingat nak ajak kau pi jalan-jalan.Cuci mata...' kata AyuNatasha hampa.

'Terima kasihlah sebab ajak,but no thank you..' kata Aileen,lalu menjelirkan lidahnya kepada AyuNatasha.Week...

'Aileen....' Marah AyuNatasha..tetapi Aileen sudah jauh di depan.Tak senonoh....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience