"haziq makin bengang sebab mia menyebelahi mukhriz, kalau bukan disebabkan mia perempuan yang dia suka dah lama mia makan pelempangnya.ya memang haziq seorang yang panas baran, disebabkan itulah ramai yang takut nak dekat dengannya walaupun dia kaya dan ada rupa...
"Apa syarat yang mia nak bagi kat haziq?"mia tersenyum apabila rancangannya berjaya, "oke syarat yang pertama haziq mesti kene main dengan jujur dan tiada main tipu, kedua mukhriz tak boleh main kasar, oke tu je syarat mia nak bagi"mia tersenyum manis untuk membuat haziq terima syaratnya, haziq yang lihat senyuman mia terus cair, dan dia berasa dia perlu memenangi perlawanan bola baling itu..
"oke haziq terima syarat syarat mia tu, tapi haziq pun nak bagi syarat jugak"haziq sengaja mahu main tarik tali dengan mia. mia mula berdebar apabila memikirkan syarat yang akan diberi oleh haziq. "apa syaratnya" haziq tersenyum kerana mia mahu mengikut syaratnya.."syarat dia senang je lepas haziq menang nanti, mia kene ikut semua cakap haziq dan yang paling penting mia takleh jumpa dengan si mukhriz dungu tu"mia menelan air liur selepas mendengar syarat yang diberi oleh haziq.
"insyallah mia akan ikut syarat haziq selagi tidak melanggar hukum hakam" dia terpaksa terima untuk menyelamatkan mukhriz dan dia.. haziq tersenyum puas selepas mendengar jawapan mia, kenapalah dia tak pikir dari dulu lagi macam ni, mesti dah lama dia dapat mia..
Share this novel