"akhirnya selama berbelas belas jam mia dalam kapal terbang akhirnya dia sampai jugak di uk.sepanjang berada dalam kapal terbang dia menangis dengan teruk sehingga org di sebelahnya pelik dan tanya apa sebabnya. dia hanya diam membisu.. dia tidak pernah rasa sesakit ini tapi selepas dia melihat muka mukhriz dia rasa diri dialah yang paling lemah, mana tak nya, mukhriz orang pertama yang buatkan dia rasa jatuh cinta dan mencintai... sebenarnya dia belum dapat move on lagi dengan mukhriz walaupun sudah bertahun tahun mereka tidak berjumpa, muka mukhriz selalu ada dan senyuman mukhriz tidak pernah dia lupa...
"dalam pada dia termenung sambil menunggu teksi untuk pergi ke rumah sewanya, tiba tiba ada seorang lelaki datang menghulurkan tisu kepadanya, rupa rupanya dia tidak sedar yang dia tengah menangis, dia pun mengambil tisu tadi dan senyum pada pemberi tisu itu, dia agak terkejut kerana pemberi tisu itu ialah hakam kawan satu sekolahnya dulu.. hakam juga sama macam mukhriz seorang yang femes disekolah tapi yang membezakannya dia seorang yang sombong dan ego membuatkan ramai org tidak suka dengannya, ramai jugak perempuan yang tergila gila kan nya tapi tidak dilayan,itu yang membuatkan mia terkejut.
"mia awak buat apa kat sini "tanya hakam "erkk saya baru nak sambung belajar kat sini"mia sebenarnya tiada mood nak bercakap kerana matanya masih lagi nak menangis tapi takkanlah dia nak pergi dari hakam begitu saja, nanti dianggap kurang ajar pulak."ohh awkk budak baru lah kan, okay awak sebenarnya junior saya, kalau ada apa apa nanti just bagitahu je saya okey, andd jumpa lagi" sempat hakam mengenyitkan mata pada mia sebelum beredar, mia terkejut dengan tindakan hakam tu tapi dia beranggap yang hakam hanya bergurau,dia juga bersyukur kerana ada jugak orang yang mengenalnya dia tanah uk ini.
Share this novel