"sesampainya mia dirumah, dia terus masuk ke dalam bilik, umi dan abang abangnya pelik kenapa mia balik sendiri sedangkan tadi dia bersama mukhriz, mereka mahu bertanya tetapi kelihatan muka mia yang agak mendung itu membantutkan niat mereka.angah apa lagi, terus menelefon mukhriz menanyakan apa yang berlaku, dia pun menceritakan semuanya. angah jugak memarahi mukhriz kerana membuat keputusan yang bodoh dan mengikut emosi.penat penat dia arrangekan mereka berdua bersatu mukhriz pulak membuat hal, payah betul hubungan diaorang ni..
"mia hanya menangis dan berkurung dalam bilik, dia langsung tidak keluar untuk menjamah makanan walaupun sedikit, nasiblah dalam biliknya ade peti ais kecil dapatlah dia mengalas perut dengan minum apa yang ada didalam peti itu.akhirnya selama hampir 4 jam menangis, mia akhirnya dapat mengawal dirinya dan pergi mandi dan solat untuk dekatkan dirinya pada allah.dia kemudian keluar untuk mencari makanan dan mencari ketenangan. dia pergi membeli mcd dan duduk di tepi tasik sambil melayan perasaan, dia fikir apa faedahnya dia menangis untuk orang yang langsung tidak memahami dan mempercayainya. dalam asyik makan dan melayan perasaan tiba tiba ade satu tangan yang memegang nya dari belakang, tiba tiba darahnya semua naik ke muka kerana terkejut, apabila dia pusing belakang rupanya mukhriz yang muka kelihatan lesu....
Share this novel