Bab 28

Romance Series 5439

"sesampainya di hospital mia terus terjah masuk bilik yang walidnya dirawat. apabila sampai tu situ, dia terus terduduk melihat keadaan walidnya yang berselirat dengan wayar itu, hatinya menjadi sayu dan sedih. rupanya walidnya bukan koma sahaja malah walidnya juga telah disahkan mengalami kerosakkan buah pinggang. umi dan abang abangnya sengaja tidak mahu memberitahu hal sebenar kepada mia kerana mereka tahu mia akan sedih. yang lagi menyedihkan mereka telah melakukan pemeriksaan buah pinggang untuk didermakan untuk walid mereka tetapi tiada satu pun yang sesuai. akhirnya mia mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan, kalau buah pinggangnya sesuai dia mahu bagi pada walidnya satu, dia tidak mahu kehilangan walidnya.

"tetapi satu lagi benda yang membuatkan kepalanya serabut ialah mukhriz juga mahu melakukan pemeriksaan. mia berasa rimas dan serabut dengan keberadaan mukhriz di situ, baginya ini hal keluarganya mengapa mukhriz perlu ada di situ.emosi mia mula tidak stabil dan tertekan menyebabkan dia rasa nak marah. mukhriz beria menghalangnya untuk melakukan pemeriksaan itu, katanya itu berbahaya dan dia taknak mia dlm bahaya. "awak boleh tak balik dan jangan masuk campur hal keluarga saya, saya boleh pikirkan cara untuk selesaikan Masalah saya, dan lagi satu saya nak awak tahu yang saya sanggup hilang nyawa saya sendiri daripada hilang walid saya. dan sayaa rasa awak tak payah nak risaukan sayalah, saya bukan siapa siapa bagi awak dan saya takde kaitan dengan awak"kata mia dalam keadaan tegas dan marah, dia terus berlari ke luar hospital. dia perlu mencari ketenangan sebentar. dia pergi ke taman hospital, di situlah dia melepaskan kesedihan dan menangis.

"mukhriz terkesima selepas dengar apa yang dikatakan oleh mia tadi, dia agak terasa dan bersalah kerana membuatkan mia marah.dia tak pernah sepatutnya menghalang mia melakukan pemeriksaan itu, tetapi dia takut buah pinggang mia sesuai dan boleh didermakan. mukriz terasa kerana mia kata yang dia bukan siapa siapa baginya. nampaknya macam hati mia sudah tertutup untuknya.betullah orang kata terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata badan binasa. disebabkan peristiwa nya dahulu mia sudah tawar hati padanya.dia perlu minta maaf pada mia, dia pun pergi mencari mia. akhirnya dia nampak mia tengah bersembang dengan seorang lelaki yang memakai baju hospital, mungkin salah seorang pesakit jugak yang sedang berehat di situ. daripada mata mia, mukhriz tahu yang mia baru lepas menangis. tapi apa yang mukhriz bangga dengan mia iaitu dia pandai mengawal emosi dengan keadaan sekeliling. timbul sedikit rasa cemburu melihat mia ketawa mesra dengan lelaki itu, akhirnya lelaki itu beransur, mukhriz pun pergi ke arah mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience