"haih bukan ke saya tak suruh awak balik,kenapa awak tak balik eh. awak tak penat ke ambik saya lepastu datang pulak kat sini, ohh saya lupa terima kasih ye ambik saya tadi. "selepas habis cakap mia pun terus bangun dari kerusi, tiba tiba mukhriz tarik tangan mia. "ehh apani!!lepaslah tak tahu ke dosa pegang tangan anak dara orang" kata mia dalam keadaan bengang. "opss sorry ii, boleh tak kita duduk kejap,saya nak cakap sesuatu jap kat awak. "mia pun dengan keadaan malas duduk jugak. "haa apa awak nak cakap ni, saya nak pergi jumpa walid pulak lepas ni" kata mia. "macamni sebenarnya saya nak bagitahu awak yang pertama sekali saya nak minta maaf kat awak sebab tadi, saya tak sengaja tersalah cakap dan buat awak marah. "mia sebenarnya pelik kenapa mukhriz guna awak saya sedangkan sebelum ni dia menggunakan nama, tapi dia malas nak pikir. mukhriz terus lagi berkata. "yang pasal tadi tu saya sebenarnya memang risau dekat awak, betul bagi awak saya bukan siapa siapa tapi bagi saya awaklah orang yang buat saya tak lena tido malam dan buat kan saya angau. walaupun jauh mana pun awak jauhkan diri dari saya, kita tak tetap juga berjumpa kan.. lagi satu saya nak terangkan kat awak pasal maira dulu. sebenarnya betul saya dan maira rapat,saya cuma anggap dia kawan tapi tak sangka plak dia anggap saya lebih lebih dan sebarkan fitnah yang kami bercinta, bila saya dapat tahu, saya nak terangkan kat awak perkara sebenar, awak dah takde itu yang saya cari awk tu sebab nak bagitahu perkara sebenarnya.
"angah awak dah cerita semua pasal awak lepas awak dengar cerita tu, saya rasa bersalah dan menyesal kerana rapat ngan maira, tapi bak kata pepatah nasi dah jadi bubur takleh buat apa dah. saya tahu awak tak benci saya kan, sebab angah kata dalam bilik awak masih ade gambar kita sama sama dan dia laptop pun masih gambar saya kan, betullah angah kata yang awk memang susah untuk jatuh cinta dan move on. saya sangat sangat nak minta maaf dan bolehkah awak terima saya balik." mia sudah sebak bile dengar semua pengakuan mukhriz tadi,dia tak sangka mukhriz seorang yang sangat setia dan tidak mudah putus asa. tapi egonya masih tinggi kerana takkan mengaku yang dia mencintaimu mukhriz. dia takut dan masih ada rasa tidak percaya pada mukhriz. hatinya bukanlah keras sangat tak cair dengan apa yang dikatakan oleh mukhriz tu.
"mukhriz pun mencapai tangan mia dan terus berkata sudikan mia menerima mukhriz dalam hidup mia "mia agak terkesima dengan apa yang didengari nya tadi, dia terharu dan menangis.mukhriz yang melihat mia menangis agak gelabah dan terus peluk mia. mia yang sudah penat menahan rasa hanya membiarkan mukhriz memujuknya, dia berasa selamat dalam dakapan mukhriz,selepas 15 minit dalam keadaan begitu mia terus tolak mukhriz dan cuba bangun, tiba tiba kepalanya rasa sakit dan pening, tiba tiba mia rasa dunianya gelap, rupa rupanya mia telah pengsan. selepas mia terjaga dia lihat dia berada dalam wad, sekarang dia pulak sudah dimasukkan ke dalam hospital. dia menoleh ke tepi rupanya mukhriz sedang tidur sambil mengengam tangannya, dia pun membelai rambut mukhriz dan memerhati muka mukhriz,dia pelik kenapa hatinya susah sangat nak berubah dengan laki ni. dan kenapa hatinya mudah terpujuk dengan lelaki ni. sedang asik dia main rambut mukhriz, mukhriz pun terjaga. aku pun tersenyum kepadanya. "kenapa mia, mia nak air ke, mia lapar ke, kejap ye mukhriz belikan mia makanan. mukhriz nampak gelabah lepas mia bangun. mia pun menarik tangan mukhriz dan menyuruh mukhriz duduk kembali. mukhriz agak terkejut tapi duduk semula.
Share this novel