"harini merupakan hari pertama mia menjejakkan kaki ke kolej itu, jujurnya mia agak gementar kerana dia begitu asing dengan pakaian nya yang bertutup litup walaupun tidak terlalu labuh tapi menampakkan dia wanita yang menutup aurat. akhirnya dia nampak seorang budakk perempuan melayu yang pakai tudung seperti nya.. dia pun berkenalan dengan budak itu, akhirnya dia menjadi kawan kepada mira, walaupun dia sudah meninggalkan malaysia tapi dia selalu bertanya khabar temannya bivi di malaysia, sekarang bivi sudah berkerja kerana dia tidak mahu menyambung pelajaran.
"dari jauh rupanya mia diperhatikan oleh hakam."hakam tertarik akan mia yang pandai menyesuaikan diri ditempat baharu walaupun berseorangan. sebenarnya dulu hakam pernah menaruh hati pada mia, tapi disebabkan egonya, dia tidak meluahkan perasaannya sebab takut kalau mia tak terima dia akan malu dan maruahnya akan jatuh, dia tidak sangka akan berjumpa dengan mia semula lepas beberapa tidak jumpa, dia juga dengar khabar angin kenapa mia pindah sekolah dulu tapi dia buat buat tak tahu dan sampai sekarang dia menyimpan perasaan dendam kepada orang itu.
"mia happy sangat berjumpa dengan mira dan kebetulan mira masih belum dapat rumah sewa, mia pun mengajak mira duduk dengan nya, mira sangat bersyukur kerana dapat berjumpa dengan mia yang baik hati, tiba tiba mia rasa macam ada orang lihatnya dan barulah dia sedar yang hakam dari tadi tengoknya, hakam pun terkejut bila mia tengok padanya, dia pun datang kat mia dan berkata "apa ni baru masuk dah pandai ponteng ponteng kelas, ingat kat sini bukan malaysia yang boleh lari balik ikut pagar"dengan muka tegas nya dan terus beredar, mia dan mira terpinga pinga dengan tindakan hakam itu,dan mereka pun terus masuk ke kelas kerana takut dimarah lagi.
Share this novel