BAB 1

Romance Completed 8021

Dalam keasyikan dia membelek-belek checklist untuk majlis bersejarahnya, tiba-tiba satu suara memanggil namanya membuatkan dia terkejut.

“Sofea! Fira dah sampai ni ha.”Lantang sungguh suara Puan Asma memanggil anak daranya yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh seminggu lagi.

“Fira! I miss you la baby!” Sofea memeluk erat tubuh sahabat baiknya. Sudah setahun mereka tidak bertemu sejak tamat belajar di Universiti Sains Malaysia.

“I miss you too.” Fira membalas pelukan itu. Puan Asma hanya tersenyum dan wanita itu menggeleng-geleng sebelum meninggalkan ruang tamu.

“Kau akan tido sini dengan aku.” Ujar Sofea setelah mereka berdua berada di dalam sebuah bilik tidur yang agak besar keluasannya.

“Besarnya bilik kau Fea.” Fira terpegun melihat keadaan bilik tidur yang mewah itu. Berbeza dengan bilik tidurnya yang sederhana besar dan tidak begitu mewah. Namun gadis itu tetap bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

“Yelah tu. Weh, esok kau teman aku pergi butik okay. Aku nak ambik baju nikah dengan gaun pengantin aku.” Sofea melabuhkan punggungnya di atas katil. Fira memandang pelik ke arah Sofea.

“Apesal pandang aku macam tu?” Tanya Sofea.

“Fea bukan ke you should go with your fiancé?” Sofea tersenyum mendengar pertanyaan Fira.

“Yelah tapi Riz ada kat Johor sekarang ni. Dua hari sebelum nikah baru dia balik. Banyak kerja katanya. So aku ada ajak sepupu aku and aku nak kau follow sekalilah beb. Takkan kau nak duduk rumah dengan mama and papa? Sanggup ke ha?” Sindir Sofea. Pantas Fira menggeleng tanda dia tidak sanggup. Tiba-tiba telefon Sofea berbunyi minta diangkat.

“Ha baru sebut je Riz dah call. Hehehehe!” Sofea ketawa sebelum menjawab panggilan tersebut. Fira hanya tersenyum dan dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Matanya sudah semakin memberat ekoran badannya yang penat kerana dia memandu dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.

“Fea mana cousin kau ni? Lambat gila! Aku dah penat tunggu tau tak.” Rungut Fira. Panas hati dibuatnya apabila orang tidak menepati janji. Ingat berjanji waktu Jepun ke!

“Entah mana dia pergi. Heii aku pun geram ni!” Sofea sudah menggenggam buku limanya.

“Hai Fea! Sorry I am late.” Sapa Zafril.

“Hai Fea!” Kedengaran satu lagi suara manja yang menyapa Sofea.

“Ya Allah panasnya hati aku dengan dia orang ni. Mamat ni dahlah lambat, bawak pulak perempuan gedik tahap kritikal ni!” Perlahan Sofea berkata kepada Fira.

Fira hanya memandang Zafril dengan pandangan tajam. Menyampah pula dia melihat perempuan yang memaut lengan lelaki itu. ‘Dah tak ada rasa malu agaknya!’ Getus Fira.

“You are late beb! And why did you bring her along? She gonna sucks my day!” Bisik Sofea keras kepada Zafril.

“I didn’t bring her. I met her downstairs and she followed me. Not my fault.” Jelas Zafril perlahan.

“Eh you all, tak payahlah bisik-bisik kat sini. Let’s go shopping!” Ceria nada Emma berkata.

“We are not here for shopping. Just to get my nikah and wedding reception gown.” Sofea menyindir. Emma hanya tersenyum sinis tanda dia tidak peduli dengan kata-kata Sofea. Yang penting Zafril ada bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience