BAB 3

Romance Completed 8021

“Saya nak sikit boleh?” Seperti hendak tersembur rasanya air di dalam mulutnya mendengar suara itu.

“Lain kali bagi salam dulu boleh tak Encik Zafril?” Marah Fira. Keras nada suaranya. Zafril tersenyum mendengar suara Fira. Pertama kali gadis itu berbicara dengannya biarpun dalam keadaan marah.

“Oh, sorry. Assalamualaikum.” Fira menghadiahkan jelingan tajam apabila mendengar salam dari Zafril.

“Tak jawab salam berdosa tau.” Ujar Zafril dalam nada mengusik biarpun kata-katanya itu benar.

“Dah jawab dalam hati.” Dingin sahaja Fira menjawab. Dia tidak ingin berbual mesra dengan lelaki itu. Dirasakan seperti dirinya hilang arah apabila berhadapan dengan Zafril. Fira terus melangkah keluar dari dapur.

“Fira.” Nama itu meniti di bibir Zafril sambil tangannya menuang jus oren ke dalam gelas yang digunakan oleh Fira dan dia meneguknya dengan penuh nikmat.

Kedengaran bunyi kompang dipalu menandakan pasangan pengantin sudah tiba. Semua ahli keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan berdiri di luar dewan utuk menyambut pasangan mempelai tersebut. Zafril terpegun melihat Fira yang menjadi pengapit Sofea. Fira kelihatan begitu anggun mengenakan kebaya moden berwarna merah darah. Tudung berwarna hitam yang dililit di kepalanya menambahkan lagi seri gadis itu.

Apabila pandangan mata Zafril dan Fira berlaga, matanya dikenyitkan kepada gadis itu. Fira pantas mengalihkan pandangannya. ‘Isk! Apahal la mamat ni? Kenyit-kenyit mata bagai. Tadi kat majlis nikah pun dia buat macam tu. Sakit mata ke hape? Aku yang tengok ni pun macam dah sakit jiwa je.’ Sebal hati Fira dibuatnya.

Perlahan-lahan pasangan pengantin berarak masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin persandingan. Sofea dan Rizuan kelihatan secocok bagai pinang dibelah dua. Gaun labuh yang dibeli Lazaro Style Boutique tempoh hari tersarung elok di badan Sofea membuatkan Fira sedikit cemburu kerana dia tahu dia tidak mungkin dapat memakai gaun semahal itu pada hari persandingannya kelak. Namun hatinya tetap mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Meja bulat yang ditempatkan di dalam dewan untuk para hadirin sudah dihidang dengan pelbagai lauk pauk.

“Fira, come seat here.” Datin Hashima memanggil Fira yang tercari-cari tempat duduk. Fira tersenyum sambil mengangguk. Langkahnya diatur perlahan menuju ke arah meja tersebut.

“Tengok tu, Fea nampak happy sangat.” Ujar Puan Hashima sebaik sahaja Fira menarik kerusinya untuk duduk.

Gadis itu menoleh sambil tersenyum melihat Sofea dan Rizuan yang berada di atas pelamin sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“Adoi!” Tiba-tiba suara lelaki mengaduh memeranjatkan Fira. Alangkah malunya dia apabila dia terduduk di atas riba Zafril. Seingatnya ketika dia menarik kerusi, tempat itu masih kosong. Bila pula lelaki ini muncul? Fira pantas bangun dan duduk di kerusi sebelah Datin Hashima. Wajahnya yang merah bagaikan udang bakar hanya ditundukkan ke lantai. Datin Hashima dan Zafril hanya tersenyum melihat gelagat gadis itu. Emma yang berada di sebelah Zafril menjeling tajam kepada Fira.

Benci rasanya dia melihat wajah Fira yang bertudung itu. Fira perasan akan jelingan Emma dan dia tidak peduli akan perempuan itu.

“Aril, please get me my tablets in the car.” Arah Datin Hashima kepada anak terunanya.

“Alah, kejaplah mummy. Peha Aril sakit ni sebab ada benda berat duduk atas Aril tadi.” Zafril menyindir sambil memandang wajah Fira untuk melihat reaksi gadis itu. Wajah Fira kelihatan tenang namun gelodak hatinya hanya tuhan yang tahu.

‘Benda berat dia panggil aku? Kurang asam boi punya mamat. Eeee! Benci la aku!’ Bentak Fira dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience