Completed
8021
“Aril just go.” Tegas kedengaran suara Datin Hashima. Wanita itu mengerti perasaan Fira yang malu disindir oleh anak terunanya. Zafril pantas bangun sambil ketawa dan maksud di sebalik tawanya itu hanya difahami oleh Fira.
Fira melipat telekungnya usai solat Isyak. Tudung bawalnya disarung menutupi kepala. Dia ingin turun ke bawah membantu perkara yang patut di dapur. Lagipun tidak manis pula rasanya berada di dalam bilik sahaja memandangkan kebanyakan ahli keluarga Sofea berkumpul di bawah setelah majlis persandingan selesai petang tadi.
“Oii mak kau!” Fira melatah apabila tubuhnya tiba-tiba melanggar seseorang sebaik sahaja dia keluar dari bilik yang dihuninya. Wajahnya diangkat melihat gerangan manusia yang tinggi lampai. Bulat matanya memandang Zafril. Lama mereka berdua hanya diam dan memandang antara satu sama lain.
“Err..sorry.” Ucap Fira memecahkan kesunyian yang mulai bertandang.
“For?” Sengaja lelaki itu bertanya biarpun dia tahu sebabnya. ‘Eeeee! Lembaplah! Takkan tak tahu kenapa’ Marah Fira dalam hatinya.
“Err..err..se..se..sebab terduduk atas awak tadi. Sa..saya tak sengaja.” Tergagap-gagap Fira dibuatnya. Renungan mata Zafril membuatkan jantungnya seperti hendak melompat keluar.
“Oh, it’s okay. Just that…” belum sempat Zafril menghabiskan ayatnya, Fira sudah mahu melangkah.
Namun langkahnya dihalang oleh Zafril dan lelaki itu sengaja merapati Fira. Perlahan-lahan Fira melangkah ke belakang menjauhkan diri dari Zafril sehingga tubuhnya melekap ke dinding. Zafril meletakkan kedua-dua belah tangannya ke dinding dan kini tiada ruang untuk Fira melarikan diri.
“Apa awak buat ni hah?” Keras suara Fira bertanya. Namun ton suaranya masih rendah.
“I love you.” Sebaris ayat yang keluar dari mulut Zafril membuatkan Fira terpana.
“What?” Tanya Fira seperti tidak percaya dengan kata-kata Zafril.
“I love you. I love you Fira. Did you hear me?” Zafril mengulangi ayatnya dan anak mata Fira direnung sedalam-dalamnya. Suara romantis Zafril membuatkan Fira seperti berada di awang-awangan. Tiba-tiba satu perasaan yang aneh menjalar di pelusuk hatinya. Belum pernah lagi dia merasakan perasaan aneh seperti ini. ‘Isk! Merepek la cintan cintun semua ni. Astaghfirullahhalazim.’ Gadis itu beristighfar dalam hatinya. Melihat Fira yang diam tanpa reaksi membuatkan Zafril mendekatkan lagi tubuhnya kepada Fira.
“No! jangan sentuh saya!” Fira memberi amaran apabila dia menyedari jarak antaranya dan Zafril semakin lenyap. Namun Zafril tidak mempedulikan amaran tersebut dan wajahnya didekatkan dengan wajah gadis itu. Jantung Fira berdegup kencang dan matanya pantas dipejamkan. Dia gementar dengan tindakan Zafril yang seterusnya.
“Saya tak akan sentuh awak selagi awak tak halal untuk saya sayang.” Perlahan Zafril membisikkan ayat itu ke telinga Fira. Kemudian lelaki itu terus melangkah meninggalkan Fira terpinga-pinga.
“Fira, kau buat apa sorang-sorang kat sini? Lama tau aku tunggu kau kat bawah.” Suara Sofea yang muncul tiba-tiba itu memeranjatkan Fira.
“Err..aku nak turunlah ni. Jom.” Fira pantas melangkah menuruni anak tangga dalam banglo itu. Sofea hanya menggeleng dan mengekori Fira.
“Ouch!” Fira menjerit kecil. Jarinya berdarah terhiris pisau. Wajah gadis itu berkerut menahan pedih.
“Ya Allah cik Fira, kenapa ni?” Mak Jah yang merupakan pembantu rumah Sofea cemas melihat keadaan Fira.
“Tak ada apalah Mak Jah. Sikit je ni.” Ujar Fira sambil mencuci darah di jarinya.
“Itulah cik Fira, Mak Jah dah kata biar Mak Jah yang buat semua ni. Dah, cik Fira pergi duduk kat depan tu. Biar Mak Jah yang hantar buah epal ni.” Tangan Mak Jah pantas memotong dan menyusun epal tersebut di atas pinggan.
Keadaan di ruang tamu riuh dengan gelak tawa ahli keluarga Fira. Zafril dan keluarganya juga masih berada di situ. Fira mengatur langkah perlahan dan dia duduk bersebelahan dengan Puan Asma.
Share this novel