Completed
8021
“Eh! Mana boleh! Bunga tu aku punya.” Pantas Fira menyambar jambangan bunga itu sehingga membuatkan semua orang ketawa.
“Fira, kenapa awak pergi macam tu aje? Awak tahu kan saya tunggu awak?” Soal Zafril lembut selepas mereka semua meninggalkan wad tersebut bagi memberi ruang kepada mereka berdua untuk berbicara.
“Awak kan suka Emma. Pergilah kat dia. Tak payah tunggu saya.” Fira pura-pura merajuk. Zafril tersenyum mendengar jawapan Fira.
“Oh, dah pandai cemburu ye sekarang. Maknanya awak dah jatuh hati dengan saya kan?” Fira terdiam mendengar soalan Zafril. Dia hanya tertunduk malu.
“Ni untuk awak.” Zafril menghulurkan sebuah bungkusan hadiah yang berbalut cantik.
“Apa ni?” Berkerut wajah Fira membelek hadiah itu.
“Bukalah dulu, baru tahu.” Ujar Zafril sambil menongkat wajahnya.
Terbeliak mata Fira melihat isi kotak hadiah itu.
“Aril, ini kan gaun yang ada kat butik hari tu.” Fira membelek-belek gaun yang berwarna gold itu tanpa henti. Dia seperti tidak percaya, gaun perkahwinan idaman yang dilihatnya tempoh hari kini menjadi miliknya.
“Yes sayang. Saya tahu awak sukakan gaun tu. And that’s it.” Zafril tersenyum lagi.
“Thank you a lot. Maafkan saya sebab terlalu banyak susahkan awak. Dan terima kasih sekali lagi sebab sudi terima saya walaupun saya tak sempurna.” Lembutnya bicara Fira menenangkan hati Zafril.
“Jangan cakap macam tu Fira. Manusia semua tak sempurna. Sebab tu Allah temukan saya dengan awak untuk saling melengkapi.
Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke jannah. Amin.” Fira turut mengaminkan kata-kata Zafril sambil tersenyum.
“Aku terima nikahnya Nur Shafira binti Kamal dengan mas kahwin sebanyak seribu satu ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz, Fira sah menjadi isteri kepada Zafril. Air matanya gugur ke bumi tanda dia bersyukur disatukan dengan Zafril. Jari manis Fira yang dihiasi dengan inai disarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian oleh Zafril. Terasa hatinya bagaikan disimbah dengan air yang dingin apabila Fira menyalami tangannya.
“Sayang kenapa menangis ni? Nanti isteri abang tak cantik dah.” Bisik Zafril perlahan setelah dia mengucup dahi isterinya. Fira hanya tersenyum manis apabila mendengar ungkapan Zafril.
Usai mengaminkan doa solat Isyak berjemaah, Fira menyalami tangan Zafril dan kemudian dahinya dikucup lelaki itu.
“Sayang, terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.” Ujar Zafril sambil membuka telekung yang dipakai Fira. Rambut isterinya yang panjang itu diusap lembut.
“Terima kasih juga sebab abang sudi terima Fira sebagai isteri. Insyaallah Fira janji akan menjadi isteri yang solehah.” Fira memautkan jari-jarinya dengan jari suaminya.
“Insyaallah, abang nak Fira jadi isteri abang dunia dan akhirat. And lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah untuk abang.” Ujar Zafril sambil mengusik. Bulat mata Fira memandang Zafril dan lengan lelaki itu ditampar lembut sebelum dia memeluk suaminya. ‘Ya Allah terima kasih kerana telah menyempurnakan hidupku dengan ikatan yang suci ini.
Engkau kekalkanlah jodoh kami sehingga ke syurga dan semoga kami sentiasa berada di bawah lembayung rahmatMu Ya Allah. Amin.’ Doa Fira dalam hatinya. Semoga ikatan suci diantara dirinya dan Zafril akan bersimpul mati dan hanya maut yang akan memisahkan mereka. Jika di dunia kita terpisah, kita berdoa biar Allah menemukan kita di syurga pula. Sementara itu, kita jadikan dunia ini syurga cinta kita berdua moga Allah sentiasa bersama kita.
Share this novel