BAB 7

Romance Completed 8021

“Fira, bila kamu balik? Kenapa tak bagitahu ibu yang kamu nak balik?” Tiba-tiba Puan Rosnah muncul di dalam bilik Fira. Terperanjat gadis itu dibuatnya.

“Ibu ni, takutkan Fira aje. Fira balik tadi ibu tengah tidur. Tak sampai hati nak kejut pun. Ibu kenapa jaga pagi-pagi buta ni?” Berkerut dahi gadis itu memandang ibunya.

“Ibu haus, turun ke dapur nak minum tadi. Lepas tu nampak lampu kat ruang tamu tu duk menyala lagi. Masa nak tutup lampu, ibu nampak kereta Fira. Itu yang ibu naik ke bilik Fira ni. Fira ni kenapa pulak berjaga pagi-pagi buta?” Puan Rosnah kembali menyoal selepas penjelasannya yang panjang lebar.

“Oh ye ke. Fira tahajjud tadi bu. Huaargghh!” Fira menguap besar.“Ishh! Anak dara tak senonoh menguap macam tu. Dah kamu pergi tidur. Nanti jangan terlajak subuh pulak.” Ujar Puan Rosnah memulas tombol pintu. Fira hanya tersengih dan tubuhnya dihempaskan ke atas katil setelah ibunya hilang di sebalik pintu.

“Ni kenapa monyok aje pagi-pagi ni? Buruk betul ibu tengok.” Tegur Puan Rosnah kepada Fira yang duduk termenung di meja makan. Hairan pula dia melihat anak gadisnya yang tidak berselera lansung melihat nasi lemak yang dimasaknya usai solat subuh tadi.“Fira, kenapa ni? Ada masalah ke?” Soal Puan Rosnah sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Fira.

“Mana ada apa-apa ibu. Fira okay je. Ibu masak apa hari ni? Wangi aje bau.” Tanya Fira pura-pura ceria.

“Ni ha, ibu masak nasi lemak. Itu pun kamu buat tak tahu aje.” Rungut Puan Rosnah.

“Tapi Fira ada bau macam pisang la bu.” Ujar Fira sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Oh ya, ibu ada buat pengat pisang. Kamu nak Fira? Ibu ambilkan.” Puan Rosnah sudah bangkit dari tempatnya dan Fira pantas menahan.

“Tak payahlah bu. Fira naik atas kejap.” Gadis itu terus berlalu pergi meninggalkan wanita itu terpinga-pinga.

Wajah Fira lencun dibasahi dek air mata. Pengat pisang yang dibuat ibunya mengingatkannya kepada Zafril. Dia terkenang akan pengat pisang yang dibawa oleh Zafril. Mereka semua menikmati pengat pisang itu beramai-ramai di rumah Sofea. ‘Hai air mata, berhentilah. Kenapa dengan kau Fira? Menangis untuk seorang lelaki yang baru kau kenal buat apa?’ Fira mengelap air matanya. Perit matanya kerana menangis terlalu banyak. Akhirnya gadis itu terlena dengan bayangan Zafril.

Fikiran Zafril runsing. Serabut sungguh dirasakan dirinya sekarang ini. Wajahnya yang kelihatan tegang diraup beberapa kali. ‘Hai Ya Allah, kenapa jadi macam ni?’ Keluh Zafril sendirian.

“Hai honey, buat apa termenung sorang-sorang kat sini. Rindu I ya?” Suara Emma yang tiba-tiba kedengaran menyesakkan dada lelaki itu.

“Emma, you buat apa kat rumah I ni?” Soal Zafril bengang.

“You ni sampai hati tanya macam tu. Jomlah kita keluar pergi makan, tengok wayang and maybe shopping. Takkan you nak lepak kat rumah je. Bosan.” Emma sudah menanyangkan muka bosannya.

“No, I takde mood sekarang. You can go now.” Dingin sahaja Zafril menjawab. Wajah Emma pun tidak ingin dipandangnya. Hanya wajah Fira yang bermain dalam fikirannya. Dunianya seperti berhenti berputar apabila Sofea memberitahu Fira sudah pulang Pulau Pinang dua hari yang lalu.

“Aril, please. Please sayang. I bosan keluar sorang taw.” Emma merengek-rengek seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula. Zafril masih tidak bereaksi apa-apa.

“Aril, you dengar tak ni! You selalu macam ni. Apa salahnya kalau you temankan I?” Nada suara Emma sedikit keras.

“I dah kata I takde mood! You ni tak faham ke apa yang I cakap? Takkan belajar tinggi-tinggi pun tak faham bahasa? You pergi berambus sekarang! I tak mahu tengok muka you!” Jerkah Zafril. Wajahnya merah menahan amarah yang sudah menggunung.

“I benci you Aril. You tak pernah pedulikan I. I takkan maafkan you.” Emma menghamburkan kemarahannya sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience