Completed
8021
Puan Rosnah tersandar lemah di kerusi yang disediakan di ruangan menunggu. Dia bagaikan hilang punca apabila Fira ditimpa kemalangan dan anaknya itu masih berada di dalam bilik pembedahan biarpun enam jam sudah berlalu.
“Bu, sabarlah. Along insyaallah tak apa-apa.” Ujar Afif, satu-satunya adik lelaki Fira. Dia juga terasa nafasnya bagaikan terhenti seketika saat menerima berita buruk mengenai kakaknya. Mujur ada Zafril yang memaklumkan Puan Rosnah tentang keadaan Fira. Kebetulan ketika itu Puan Rosnah menghubungi Fira, dan Zafril yang memegang semua barang termasuk telefon bimbit milik Fira sewaktu gadis itu dibawa ke bilik pembedahan.
“Doktor, macam mana keadaan anak saya?” Puan Rosnah menerpa ke arah Doktor Zain sebaik sahaja doktor muda itu keluar dari bilik pembedahan.
“Anak puan dalam keadaan koma sekarang. Selebihnya kita serahkan kepada Allah. Maafkan saya puan. Sabar ya.” Doktor Zain tunduk memandang lantai seketika sebelum dia mengatur langkahnya.
“Ya Allah! Anak aku.” Empangan air mata Puan Rosnah pecah lagi. Lututnya terasa lemah.
“Ibu, duduk dulu. Jangan menangis macam ni. Tolong bu.” Ujar Afif menenangkan ibunya.
“Kamu kata apa Afif? Kakak kamu bertarung dengan maut kat dalam tu. Kamu tahu tak!” Jerkah Puan Rosnah dalam tangisnya. Afif pantas memeluk ibunya tanpa sebarang kata-kata. Puan Rosnah menghamburkan segala kesedihan di bahu anak teruna tunggalnya itu.
“Makcik saya pergi ke surau kejap.” Tiba-tiba Zafril bersuara. Puan Rosnah mengangguk lemah. Namun dia sempat memandang wajah Zafril yang kelihatan seperti kehilangan sesuatu. Matanya juga merah tanda dia menangis.
“Ya Allah, jangan Engkau ambil Fira dari aku. Sembuhkanlah dia serta Engkau jadikanlah dia milikku yang sah dunia dan akhirat. Amin.” Air mata lelakinya gugur lagi entah untuk kali yang ke berapa usai dia mengaminkan doanya..Kepalanya didongakkan memandang kalimah suci Allah yang tergantung di dinding surau. ‘Berilah aku kekuatan Ya Allah.’ Doa Zafril sebelum dia melangkah keluar dari surau.
Sudah seminggu berlalu, Fira masih belum menyedarkan diri. Dan sepanjang seminggu jugalah Zafril berulang alik dari hotelnya ke hospital. Puan Rosnah tidak membenarkannya untuk menjaga Fira pada waktu malam dan tidur di hospital kerana bereka berdua bukan mahram.
“Makcik, ni saya ada bawakan bubur. Makanlah dulu.” Zafril meletakkan bubur dan sebotol air mineral di atas meja. Puan Rosnah hanya memandang lesu tanpa sebarang selera.
Zafril tunduk memandang lantai. Dia sudah tidak berdaya untuk memujuk Puan Rosnah sedangkan dirinya juga sudah separuh gila mengadap kedaan Fira yang berselirat dengan wayar di badannya.
“Takpe bang. Biar saya pujuk ibu.” Perlahan Afif berbicara dengan Zafril. Zafril hanya mengangguk.
“Bu, makan dulu ya.” Pujuk Afif. Puan Rosnah menggeleng tanda tidak mahu menjamah bubur tersebut.
“Bu, kalau bu tak makan, nanti sakit. Bila along da sihat nanti mesti dia sedih tengok ibu macam ni. Ibu nak ke along sedih?” Afif masih memujuk ibunya menggunakan nama kakaknya. Dia tahu ibunya pasti akan tewas mendengar nama Fira. Akhirnya Puan Rosnah membuka mulutnya apabila Afif menyuakan sesudu bubur. Zafril tersenyum hambar melihat Puan Rosnah yang makan disuapi anaknya. ‘Fira, bangun sayang. Aril tak suka tengok Fira macam ni. Please.’ Sayu hati lelakinya melihat keadaan Fira yang terlantar sebegitu rupa.
“Assalamualaikum.” Pintu wad dikuak dari luar dan terjengul wajah Sofea, Rizuan, Puan Asma dan Encik Yahya.
“Waalaikumussalam.” Zafril menjawab salam diikuti dengan Afif dan ibunya. Air mata Sofea gugur ke bumi tatkala dia melihat Fira. Luluh hatinya melihat Fira yang kaku seperti mayat.
“Abang, Fira…” Rintih Sofea. Rizuan mengusap lembut bahu Sofea bagi menenangkannya.
“Sabar ye kak. Ni semua dugaan Allah. Sama-sama kita doakan Fira. Insyaallah dia selamat.” Ujar Puan Asma kepada Puan Rosnah. Tubuh wanita itu dipeluknya. Dia mengerti kesedihan Puan Rosnah kerana dia juga seorang ibu.
Share this novel