Bab 1 Hikayat Raden Zulkarnain

Adventure Completed 241

Semuanya bermula apabila seorang ilmuwan Rom yang bernama Alphus dibuang dari negerinya. Alphus dikatakan mengkritik teori yang dikeluarkan oleh ahli falsafah mengenai angkasa lepas dan tenaga dalam bumi. Dia mengatakan bahawa sekecil-kecil batu di angkasa apabila terhempas di muka bumi, teras bumi akan mengeluarkan tenaga. Tetapi, teorinya ini telah mencanggahi hukum alam. Kemudian, raja pada ketika itu menghalau Alphus seorang diri ke luar negeri. Alphus meminta kebenaran nakhoda untuk turut berdagang ke Srivijaya dengan menaiki kapal dagang.

Setelah sampai di pelabuhan, Alphus pergi ke sebuah pasar bagi menyara hidupnya. Di sana, terdapat seorang pak cik yang bernama Raden Privasam yang menjual barang barangan basah. Dia melihat Alphus yang sedang merayu kepada peniaga untuk bekerja tapi tiada seorang pun yang mengambilnya. Privasam memanggilnya lalu, memberikannya tempat tinggal dan pekerjaan. Alphus bekerja dengan baik sekali.

Privasam mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Srisivasam. Privasam kemudiannya mengahwinkan anaknya itu dengan pekerja terbaiknya iaitu Alphus. Melalui hubungan itu lahir seorang putera yang dinamakan Raden Visharwan. Visharwan dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan dididik oleh ayahnya, Alphus. Alphus juga mengajarkannya tentang ilmu matematik dan ilmu berkaitan alam semesta. Visharwan kelihatan begitu semangat apabila ayahnya mengajarnya. Dia juga mengkaji tentang tenaga atau bahan yang dapat ditemukan di dalam bumi. Kajian mereka diterjemahkan dalam bentuk lukisan dan catatan.

Parameswara, seorang putera Srivijaya yang beragama Hindu yang berlayar dari Palembang hingga ke Melaka. Dia membawa sekali orang orang kuatnya bersamanya. Raden Visharwan turut menyertai golongan ini. Mereka bersama-sama mendirikan Kesultanan Melayu Melaka sebaik saja Parameswara memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Iskandar Shah. Raden Visharwan juga menukarkan namanya menjadi Raden Zulkarnain.

Raden Zulkarnain mempunyai seorang cucu yang amat disayanginya yang bernama Raden Muhammad. Setelah ibu dan ayah Raden Muhammad meninggal akibat dibunuh, dia dijaga oleh atuknya, Raden Zulkarnain. Raden Zulkarnain mengajarkannya ilmu yang pernah diajarkan oleh Alphus kepadanya dahulu. Muhammad membesar dengan penuh berilmu. Dia bercita-cita ingin menjadi seorang ilmuwan. Pada umur 45 tahun, dia telah menemui satu logam yang sangat kuat di Kedah.

Keturunannya tidak terputus sampailah seorang puteri dilahirkan. Gadis itu bernama Aminah. Gadis itu mempunyai rupa yang menawan dan cantik. Walaupun begitu, dia mempunyai semangat juang yang diwarisinya oleh Alphus yang merupakan seorang tentera. Aminah tidak perlu bergantung kepada lelaki kerana dia ingin berdikari di dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience