Bab 5 Siapa Moyangku?

Adventure Completed 241

Selepas 9 bulan Siti Aminah dan Ahmad Suleiman berkahwin, Aminah melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu dinamakan Muhammad Zulkarnain sempena nama 2 orang moyang Aminah. Dalam kegembiraan, terdapat kedukaan kerana Aminah meninggal dunia sewaktu
anak lelakinya. Selepas mendengar berita buruk itu, dia melepaskan puteranya kepada seorang pembesar kerajaan yang paling dipercayai. Kemudian, Sultan Ahmad Suleiman tidak dapat dikesan lagi selepas kejadian itu. Oleh kerana sultan melenyapkan diri, Underasia tidak mempunyai sebarang pemerintah sehinggalah putera Muhammad Zulkarnain menaiki takhta pada umur 20 tahun.

Keturunan sepanjang 8 generasi bergerak seiring berjalannya masa. Lahirlah 2 orang putera yang merupakan generasi ke-9. Sultan Underasia yang ke-8 iaitu Sultan Ahmad Farouk merupakan seorang sultan yang mempunyai 2 orang isteri dan 2 orang anak lelaki. Isteri pertamanya bernama Aisyah dan Isteri keduanya bernama Hamidah. Anak Sultan Farouk yang pertama lahir melalui Aisyah yang bernama Ahmad Suleiman. Manakala putera kedua sultan bernama Naim Musa. Kedua-dua putera ini membesar bersama-sama dengan gembira.

Pada zaman kanak-kanak mereka, Suleiman ingin membina sebuah mesin masa. Musa tergelak apabila mendengar pernyataan Suleiman itu. Suleiman merupakan seorang budak yang pandai dalam memanipulasi hukum genetik. Dia mempelajarinya dalam buku yang ditulis oleh Alphus. Contohnya, dia pernah mengacukkan dua jenis haiwan pada umurnya baru mencecah 8 tahun. Dia mula membina mesin masa pada umur 10 tahun. Dia ingin ke masa lampau untuk berjumpa dengan moyangnya, Sultan pertama Underasia.

Pada umur 29, mesin masa yang dibuatnya bersama Musa dapat disempurnakan. Walaubagaimanapun, pada tahun itu berlaku satu tragedi iaitu Perang 2 Daratan. Oleh sebab itu, misinya untuk ke masa lampau perlu ditangguhkan. Suleiman dilantik menjadi Ketua Panglima oleh bonda tirinya iaitu Permaisuri Hamidah manakala Musa dilantik menjadi panglima. Pada masa ini, ayahandanya jatuh gering dan tidak boleh berbicara.

Setelah perang selesai, Suleiman dilantik menjadi sultan ke-9 Underasia selepas kemangkatan ayahandanya. Walaupun rakyat Underasia berhijrah ke permukaan, Suleiman masih lagi ingin merealisasikan impiannya dan Musa. Suleiman menaiki kenderaan mesin masanya sementara Musa mengendalikan sistem-sistem tenaga seperti hardonium yang diperlukan oleh mesin itu untuk berfungsi.

Musa melakukan kiraan 5 kebawah. Dalam 5 saat, Suleiman telah lenyap dalam penglihatannya. Musa cuba untuk berhubung dengan Suleiman tapi gagal.


Suleiman terkandas pada tahun di mana Underasia ditemui. Matanya tak dapat melihat dengan baik. Dia cuba meminta tolong daripada orang sekeliling. Suleiman yang seperti orang mabuk itu memasuki sebuah rumah yang dipenuhi dengan manusia. Dia meminta tolong. Dia pitam dan kemudiannya pengsan. Orang kampung yang baik itu pun menolongnya.


Apabila dia tersedar, dia ingin mengucapkan terima kasih kepada orang kampung itu. Dia terdengar rancangan mereka untuk mempertahankan negeri mereka. Dia pun mencelah dan menawarkan dirinya untuk turut sama dalam peperangan.


Terjadi peperangan di antara penduduk Kedah dan musuh. Strategi telah disusun oleh Suleiman dan penghulu mereka iaitu Aminah. Strategi yang digunakan oleh Aminah sama seperti strategi yang digunakan oleh moyangnya yang diceritakan oleh ayahnya. Peperangan yang dahsyat pun berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience