Bab 2 Semangat Juang Aminah

Adventure Completed 241

Siti Aminah, satu-satunya wanita di dalam keturunan Raden Zulkarnain. Dia lahir di Kedah kerana penghijrahan moyangnya iaitu Raden Muhammad. Dia merupakan seorang wanita yang berani dan kuat.

Pada masa itu, terdapat seorang Raja dari Goa, India datang ke Kedah. Pada masa itu, Sultan Muzaffar Shah memerintah Kedah. Kedatangan raja dari Goa itu disambut dengan baik. Raja itu membawa sejumlah harta dari Goa untuk diberikan kepada Sultan Muzaffar Shah. Harta yang diberikan adalah dalam bentuk emas,perak,permata dan zamrud. Barang-barang itu sungguh mewah. Tetapi, Raja Goa itu datang bukan kerana ingin menjalinkan hubungan persahabatan malah, ingin menakluk Kedah. Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah, Raja Goa itu pergi dari kampung ke kampung untuk memberitahu bahawa Kedah telah menjadi miliknya. Segala harta yang diberikan tempoh hari diambil balik kemudian, semua harta itu dibawa balik ke Goa.

Untuk membuatkan kuasa pemerintahannya tidak terganggu, dia mengarahkan kulinya untuk membunuh semua pembesar-pembesar dalam kerajaan itu. Dia juga mengarahkan kanak kanak supaya berhenti belajar dan membuat kerja berat untuk kerajaan. Orang-orang tua akan dibunuh olehnya. Wanita akan dijadikan hamba pemuas nafsu syaitannya. Dan lelaki remaja dan dewasa diarahkan untuk berkurung di penjara bawah tanah dan diseksa hidup-hidup.

Melihat bangsa tanah airnya diseksa, Aminah tidak dapat duduk diam lagi. Dia mengumpulkan pahlawan-pahlawan negerinya untuk menentang raja iblis itu. Beberapa jam sebelum perintah raja dikuatkuasakan, Aminah mengumpulkan semua penduduk kampung untuk merancang strategi bagi mengalahkan si raja iblis.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena, datang seorang lelaki masuk ke ruang mesyuarat itu dalam keadaan yang sangat letih dan mabuk. Yang pasti, lelaki itu bukanlah penduduk di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience