Objektifnya untuk mencari moyangnya tertangguh apabila niatnya ingin menolong penduduk kampung. Dia ingin menolong mereka kerana dia ingin mewarisi sifat moyangnya yang berani dan penolong.
Setelah selesai peperangan, kelihatan yempat tinggal penduduk musnah. Kemudian, dia teringat akan kata-kata bondanya. Bondanya pernah berkata bahawa jika sekelompok manusia memerlukan bantuan tempat tinggal, bawalah mereka ke Underasia. Walaupun begitu, pada zaman itu Underasia masih lagi belum ditemui.
Kemudian, Suleiman membawa semua orang itu ke Pulau Pinang. Mereka menuju ke Underasia yang masih belum diwujudkan itu. Mereka meredah hutan tebal untuk menuju ke batu hardonium yang pernah diceritakan oleh ayahnya dahulu.
Suleiman berasa lebih pelik kerana semua perbuatan yang dilakukan oleh moyangnya dilakukan olehnya juga termasuklah menikahi seorang wanita cantik bernama Aminah dan menjadi raja di Underasia yang lampau.
Hal hal pelik itu baginya mungkin kebetulan semata mata. Suleiman dan Aminah dikurniakan seorang putera sebagai cahaya mata. Kemudian anak itu dinamakan Muhammad Zulkarnain. Dia berasa bertambah pelik apabila isterinya yang melahirkan anak itu meninggal dunia.
Kemudian, dia mula membuat kajian mengenai moyangnya kerana semua perbuatan Sultan pertama Underasia dilakukan olehnya juga. Dia mendapat tahu bahawa Sultan pertama Underasia merupakan dirinya sendiri. Dia telah berdosa besar kerana telah berkahwin dengan moyangnya sendiri. Dia memberikan bayi lelakinya kepada seorang pembesar yang paling dipercayainya. Dia kemudian pergi jauh dari Underasia dan puteranya.
Dia melarikan diri ke dalam hutan. Dia tersepak batu lalu jatuh ke dalam sebatang sungai yang sedang mengalir. Dengan kuasa tuhan, sungai itu membawa dirinya ke zaman sebenarnya semula.
Setelah dia sedar daripada pengsan, dia melihat adik tirinya di sampingnya. Kemudian, adiknya bertanya "Kenapa abang pergi merentas masa selama 7 minit sahaja. Apa yang abang temukan." Dia berasa hairan dengan pertanyaan adiknya itu kerana dia telah seminggu berada di zaman lampau. Dia menceritakan segala-galanya kepada Musa. Musa berasa terkejut. Dia hanya menceritakan peristiwa itu kepada Musa sahaja. Kemudian, dia berkahwin dengan seorang wanita muda bernama Hafsah dan menjadikannya permaisurinya. Mereka hidup aman dan bahagia selamanya.
Share this novel