Bab 4 Penemuan Underasia

Adventure Completed 239

Mendengar keluhan rakyat di situ, Suleiman mencadangkan mereka berpindah ke Pulau Pinang. Mereka bersetuju dengan cadangan Suleiman.

Sesampainya mereka di Pulau Pinang, tempat itu seperti tempat tak berpenghuni. Penduduknya melakukan kerja untuk keperluan sendiri sahaja. Namun bukan di Pulau Pinang yang dituju. Mereka meneruskan perjalanan hingga ke dalam hutan. Ia mengambil masa beberapa jam untuk meredah hutan yang tebal itu. Aminah mula tidak mempercayai Suleiman. Dia mula memarahi Suleiman kerana dia merasakan Suleiman ingin menipunya dan penduduk kampung yang lain.

Apabila tiba di pusat hutan, kelihatan sebuah batu yang besar dan sangat keras. Batu itu kelihatan seperti anak teras bumi yang mana membekalkan cahaya dan tenaga kepada keseluruhan komposisi bumi. Suleiman mengatakan bahawa mereka akan tinggal di bawah tanah sambil dijana oleh batu tenaga ini.

Apabila mereka tiba di bawah tanah, mereka melihat sebuah dataran yang luas. Suleiman dilantik menjadi sultan pertama negeri yang bernama Underasia ini. Aminah yang sebelum ini mengatakan tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya mula jatuh cinta akan Suleiman. Lalu, Sultan Suleiman menikahi Aminah dan menjadikannya permaisuri pertama Underasia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience