Bab 3 Pertahankan Maruah Bangsa

Adventure Completed 239

Semua penduduk hairan dengan kehadiran lelaki aneh itu. "Siapakah gerangan tuan hamba ini?"tanya Aminah kepada lelaki itu. "Tolong aku. Aku sesat."kata lelaki itu. Dia mengatakan bahawa namanya ialah Ahmad Suleiman. Lau, mereka pun menolongnya sambil mendengar rancangan Aminah itu. Selepas beberapa perkataan keluar dari mulutnya, Suleiman mencelah. Dia mengatakan bahawa dia ingin menjadi seperti moyangnya yang gagah dalam medan peperangan. Dia ingin menyertai perjuangan itu.

Tibalah waktu yang ditakuti, penduduk Kedah ingin memberontak daeipada pemerintahan kuku besi si iblis. Mereka menyerang secara senyap terlebih dahulu. Mereka menghantar 2 orang yang pakar dalam seni mempertahankan diri untuk melawan tentera barisan hadapan. Ahmad Suleiman ditugaskan untuk melakukan tugas ini. Mereka berdua menewaskan barisan hadapan tentera musuh dengan bergaya. Selepas itu, Aminah mengarahkan 1 wanita yang paling cantik untuk menggoda tentera musuh supaya penduduk dapat menyerang secara besar-besaran. Aminah sendiri mendapat undian terbanyak untuk melakukan tugas ini.

Tugas ini pun dijalankannya dengan terpaksa. Ahmad Suleiman melihat bahawa tentera musuh begitu asyik dengan Aminah. Jadi, tentera Ahmad Suleiman menggunakan kesempatan ini untuk menyerang secara besar-besaran ke atas tentera raja iblis.

Mereka berjaya mempertahankan negara mereka. Strategi yang disusun oleh Aminah dan Suleiman amat tepat dan terancang. Walaubagaimanapun, negeri mereka kehilangan segalanya. Tiada lagi khazanah yang dapat dibanggakan. Tempat tinggal mereka sudah dirobohkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience