BAB 2

Romance Completed 1289

“Kau memang dah melampau!” Jeritku sekuat hati dan cuba untuk menampar Mira tetapi aku merasa ada seorang memegang tanganku dan orang itu adalah Zaqir.

“Heh, Chenta apa hak kau nak tampar Mira dan aku dah dengar semuanya. Kau tahu tak, aku tak pernah cintakan kau dan aku Cuma anggap kau ni kawan baik aku je tak lebih pun.” Tengking Zaqir.

“Tapi aku cintakan kau Qir.” Balasku dengan nada sedu-sedan.

“Hah, cinta kau cakap kau sedar tak yang kau tu dahlah gemuk, buruk pulak tu dan mulai hari ini kau bukan kawan aku lagi.” Jerkah Zaqir.

“Sampai hati kau hina aku Zaqir, dulu kau selalu cakap kalau ada orang yang hina aku kau akan pukul orang tu dan sekarang kau yang hina aku, kau sedar tak dan aku juga nak ucap terima kasih sebab sudi jadi kawan aku hingga hari ni.” Aku segera pergi dari situ dengan perasaan yang sedih dan sakit.

Hari ini merupakan hari perkahwinan Zaqir dan Mira. Aku doakan kau orang bahagia dan hari ini juga aku tidak hadir kemajlis mereka kerana aku pergi ke rumah nenek aku di Kuala Lumpur untuk menenangkan hati aku yang kecewa. Hanya aku titipkan hadiah kepada mamaku untuk mereka iaitu album gambar sewaktu kami kecik hingga kami remaja yang aku simpan.

“Hai, Chenta kenapa nenek tengok Chenta macam tak ceria je sejak datang rumah nenek ini Chenta ada masalah ke kalau ada ceritalah kat nenek.” Ujar nenek ketika aku sedang duduk diluar rumah berdekatan kolam.

“Takda apalah nek Chenta ok je, cuma Chenta rasa sedih dengan diri sendiri.” Balasku.

“Ehh, kenapa cucu nenek ni cakap macam tu?” Soal nenek sedikit hairan kerana aku tak pernah cakap seperti ini.

“Nek, orang macam Chenta tak berhak ke untuk bahagia?” Soalku dalam nada yang sedih.

“Kenapa Chenta cakap macam tu, semua orang berhak bahagia dan satu hari nanti pun Chenta akan bahagia.” Terang nenek dengan panjang lebar. Nenek ni cakap senang je, tapi ada ke orang yang nak terima perempuan macam aku ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience