BAB 3

Romance Completed 1289

“Dah tak payah nak fikir-fikir sangat nenek yakin suatu hari nanti pasti ada lelaki yang sanggup terima cucu nenek yang comel ni seadanya. Dah cuba senyum sikit ni tak dah macam cengkodok penyek dah muka tu.” Ujar nenek sambil menarik pipiku dan tersenyum. Chenta pun berharap dan berdoa nenek.

“Nek oh nek.” Mana pulak nenek aku ni tak nampak pun dari tadi.

“Nenek pergi pasar.” Jawab seseorang dari arah belakang dan apabilaku pusingkan badan untuk melihat siapakah gerangan yang orang itu alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang lelaki yang tidak ku kenali didalam rumah itu.

“Awak siapa, macam mana awak boleh masuk rumah ni dan mana awak tahu nenek saya pergi pasar?” Soalku bertubi-tubi.

“Eh, satu-satulah. First nama saya Andra Abit tapi awak boleh panggil saya Andra je. Second ni rumah nenek angkat saya iaitu nenek awaklah and the third sebelum nenek keluar dia ada bagitau saya yang dia nak pergi ke pasar.” Terangnya dengan panjang lebar.

Boleh percaya ke mamat ni? Tapi muka dia hansome macam muka Kim Hyung Joong.

“Kalau betul awak cucu angkat nenek saya siapa nama saya dan siapa nama nenek saya?” soalku lagi kerana masih belum berpuas hati dengan jawapanya.

“Nama awak Chenta Damieya kan dan nama nenek awak Hajah Kalsom kan.” Jawabnya sambil tersenyum.

Eh, betullah tapi kenapa aku tak penah tahu kalau nenek ada cucu angkat, lelaki pulak tu.

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara nenek memberi salam. Huh, nasib nenek balik kalau tak buat naya je kena kalau tangkap basah nanti.

“Waalaikumusalam.” Jawab kami serentak.

“Hah, Andra kamu dah jumpa Chenta ?” nenek menyoal Andra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience