BAB 4

Romance Completed 1289

“Erm, dah nenek.” Jawabnya sambil tersenyum.

“Nenek Chenta laparlah jom sarapan.” Pintaku manja.

“Eh, manjanya cucu nenek ni.” Ujar Andra sambil tersenyum.

“Biasalah cucu comel nenek ni memang macam ni manja tak bertempat.” Ujar nenek sambil tersenyum. Eh, mamat ni menyibuk je.

Sedang aku menikmati keindahan malam di pondok berdekatan kolam Andra menegurku.

“Hai, awak buat apa kat luar ni sorang-sorang?” Soalnya.

“Saja je nak menikmati keindahan malam.” Jawabku.

“Awak ni study lagi ke?” soalnya lagi.

“Tak adalah saya baru je habis degree sekarang tengah malas nak kerja and just nak lepak kat rumah je.” Terangku.

“Minggu depan nenek nak Chenta kahwin dengan Andra.” Kata-kata nenek seseolah telah memberhentikan masa.

“Apa nek. Nenek nak Chenta kahwin dengan Andra ?” soalku dengan nada yang agak tinggi kerana terkejut dengan idea yang tak berapa bernas nenek ni.

“Ye dan Andra pun dah setuju, kan Andra.” Ujar nenek sambil meminta persetujuan Andra dan dia hanya mengangguk.

Alamak ingatkan datang rumah nenek untuk hilangkan rasa sedih rupanya bala datang melanda.

“Tapi nek mama dan papa macam mana?” soalku supaya nenek tidak terlalu memaksa.

“Oh, tu jangan risau mama dan papa kamu akan kesini esok.” What? Dah takda harapan aku nak menolak. Yang Andra ni boleh dok senyum je tak menolak langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience