BAB 6

Romance Completed 1289

“Sayang ni bilik sayang dan sebelah ni bilik abang tapi kalau sayang nak sebilik dengan abang pun takpe.” Ujarnya sambil tersenyum dan menunjuk arah bilikku.

Selepas dia berkata bergitu aku mengucapkan terima kasih dan terus berlalu kedalam bilik. Arh, leganya dapat baring atas tilam ni. Tak lama selepas itu aku terus terlena dibuai mimpi. Kring!!! Telefonku berbunyi dan tanpa melihat nama si pemangil aku terus mengangkat panggilan.

“Hello, siapa ni?” Soalku dalam keadaan mamai.

“Sayang Bangun mandi, solat dan turun bawah kita makan tengah hari sama-sama.” Ujar si pemanggil.

“Eh, apa benda awak merepek ni ha?” Soalku sekali lagi.

“Chenta Damieya ni sayalah Andra Aqasha suami awak, takkanlah baru kahwin seminggu dah lupa suami kot.” Terang si pemanggil. Dengan sepantas kilat aku melihat nama pemanggil yang tertera di handphone. Alamak laki akulah patut lain macam je cakap.

“Erm, ialah saya bangunlah ni” Balasku. Selepas mandi dan selesai solat zohor aku turun kebawah untuk makan tengah hari.

“Wah, banyaknya lauk.” Ujarku dengan nada teruja sewaktu aku tiba dimeja makan.

“Sayang duduklah kita makan.” Arah Andra. Dengan cepat aku menarik kerusi dan duduk.

“Mana awak beli semua lauk ni?” Soalku sambil merenung semua lauk yang berada di atas meja makan.

“Sayang abang tak belilah semua lauk ni, semua lauk ni abang yang masak sendiri tau.” Balasnya sambil tersenyum. Pandai juga mamat ni masak.

“Betul ke semua lauk ni awak yang masak, pandai ke awak masak?” Soalku sambil menunjukkan muka blur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience