BAB 7

Romance Completed 1289

“Sayang tak percaya ke abang yang masak. Kalau sayang nak tahu masa lepas SPM dulu abang ada masuk kelas memasak tau. Dah lah, jom makan kang kalau dengar abang cakap sampai esok pun kita tak makan.” Terangnya sambil tersenyum. Asallah laki aku ni suka sangat senyum buat aku melting je.

Kami makan tengah hari dengan kenyangnya.Terer gak laki aku ni masak ek,sedap kot.

“Sayang sedap tak abang masak?” Soalnya sambil membantuku mengemas dapur selepas kami makan.

“Erm, not bad la kalau masuk master chef bolehlah dapat nombor 2.” Balasku.

“Eh, kenapa dapat nombor 2 dan bukan nombor 1 sayang?” Soalnya pelik.

“Ialah kalau saya masuk sekali comfirm lah saya yang dapat nombor 1.” Balasku sambil ketawa.

“ Eleh, macamlah sayang masak sedap sangat sampai boleh dapat nombor 1.” Balasnya sambil mencebik.

Tiga bulan kami tinggal bersama melalui alam perkahwinan sedikit sebanyak perasaan sayang aku ada buatnya kerana dia melayan aku dengan sangat baik.

“Sayang jom hari ni kita pergi shopping mall, lagi pun hari ni kita cutikan.” Ajak Andra.

“Erm, boleh juga saya pun rasa nak beli handbag barulah.” Balasku sambil bangun dan kami berlalu untuk bersiap. Selepas 30 minit kami berjumpa semula diruang tamu dan kami bergerak pergi ke mall.

“Sayang pilihlah apa pun yang sayang nak abang belanja hari ni.” Ujarnya sambil tersenyum.

“Thank.” Balasku. Setelah selesai membeli belah kami berdua pulang kerumah.

“Thank awak sebab belanja saya.” Ujarku sambil tersenyum.

“Everything for you sayang.” Balasnya sambil tersenyum. Melting hati aku. Semakin lama aku semakin jatuh cinta dengan suami aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience