BAB 8

Romance Completed 1289

Trett!! Bunyi mesej daripada phone Andra yang berada dihadapan meja tv. Aku pandang sekeliling untuk melihat kelibat Andra tapi tidak kelihatan. Aku dengan sepantas kilat mencapai phone Andra dan membaca mesejnya.

“Abang sayang, tak sabarnya nak jumpa abang.” Mesej yang tertulis. Tetiba aku terasa hatiku bagai dihiris-hiris selepas membaca mesej tu.

“Sayang buat apa dengan phone abang tu sayang?” Soal Andra sambil tersenyum. Aku memberikan phone Andra kepadanya dan berlalu pergi masuk kedalam bilik. Andra saya dah start sayang awak kenapa awak buat saya macam ni?

Tukk Tukk!! Ketukkan bertalu-talu dari pintu bilikku hanya kubiarkan saja.

“Sayang please bukak pintu ni sayang, abang boleh terangkan segalanya.” Pinta Andra dari luar pintu bilikku.

“Tak ada apa yang perlu diterangkan lagi Andra saya rela lepaskan awak dengan perempuan tu.” Balasku dari dalam bilik.

“No! Sayang jangan sekali-kali sayang pernah terfikir untuk lepaskan abang buat sesiapa pun sayang, because I only love you sayang.” Teriakkan dari Andra disusuli tangisan. Ya Allah, ampuni hamba ini kerana telah membuat suamiku menanggis Ya Allah.

Aku terus bangun dan membuka pintu itu. Bila pintu itu di buka Andra datang menerpaku sambil memelukku dan menanggis.

“Sayang please jangan pernah berfikir untuk tinggalkan abang, I really love you sayang.” Terangnya dalam tangisan.

“Macam mana awak boleh cintakan saya sedangkan kita kahwin pun kerana terpaksa.” Balasku sambil menolak badannya dari terus memelukku.

“Abang tak pernah rasa terpaksa kahwin dengan sayang. Abang dah jatuh cinta dengan sayang sejak kali pertama abang nampak sayang dekat universiti lagi.” Balasnya ambil menghapus air matanya.

“Sejak bila pula awak satu universiti dengan saya ni.” Soalku sedikit pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience