BAB 8

Vampire Completed 35472

First POV (Nina)

Sudah hampir dua bulan aku menghilangkan jejak keluargaku, dalam dua bulan ini jugalah, sudah hampir 200 nyawa tidak bersalah diragut oleh Tuanku Maharaja dan Tuanku Permaisuri kerajaan The Vampire. Dua bulan jugalah aku bersabar dan menahan rindu pada Kieran. Kieran sayang, saya akan kembali bagi menyelesaikan masalah ini. Kita akan bahagia.

Ibu: Nina...
Nina: Ya..?
Ibu: Berapa lama kita akan begini sayang??
Nina: Bersabarlah Ibu, hujung bulan ini, tepat 30 haribulan, kita akan kembali ke realiti kerana saya sudah menjumpai penawarnya.
Ibu: Baiklah sayang. Ibu hendak beritahu, Kieran, muncul lagi. Dia mengambil salah satu gambar milik kamj yang diletakkan di atas pemanas kayu api kita. Dia menangis dan meminta kamu kembali.
Nina: Dia hanya perlu bersabar, Ibu.

Ibu hanya mengangguk dan berlalu keluar dari bilik sambil menarik pintu hingga pintu tertutup rapat. Kieranku, bersabar sayang. Tataplah sepuasnya gambar yang sering juga aku tatapkan apabila punya masa lapang. Bersabar sayangku, Cintamu ini bakal kembali apabila kena pada masanya.

Secong POV (Kieran)
Nina, wajahmu sungguh ayu sekali..! Tidak kusangka, aku bercinta denganmu. Kemana kau menghilang?? Tidakkah kamu kasihankan aku disini sendirian menanti kepulanganmu?? Aku makin sengsara cintaku..!! Aku berjanji akan lakukan apa saja untuk dirimu, sayang..!!

Kieran: Salam sejahtera pada Bonda dan Ayahanda..!
T. Maharaja: Sejahtera pada anakanda juga. Apanya hajat anakanda datang ke mari??
Kieran: Ampunkan anakanda, wahai Tuanku Maharaja. Anakanda punya satu perihal untuk dibincangkan. Benarkan anakanda bercerita..?!
T. Maharaja: Silalah anakanda beta.
Kieran: Bolehkah ayahanda dan Bonda berhenti bersantapan? Sudah hampir dua purnama berlalu. Bukankah terlalu banyak sangat?
T. Maharaja: Anakanda..! Apakah berkawan dengan anak manusia merubah anakanda..? Kita, sudah lama tidak bersantapan..! Hampir 3000 tahun kita dipulaukan..! Mengapa anakanda jadi sebegini??
Kieran: Kerana, cukuplah seramai 200 nyawa tidak bersalah dijadikan santapan kita, wahai Ayahanda. Ampunkan anakandamu ini..kerana menyinggungkan perasaan Ayahanda dan Bonda tersayang. Selamat bersantap.

Kataku sambil menjunjung tangan dan terus berlalu pergi. Aku sudah tak tahan menanggung rindu dan kesakitan mendengar jeritan orang ramai. Sudahlah..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience